37 ; KAWAD

1.6K 174 6
                                    

Aku teringat seminggu sebelum perkhemahan kadet polis, budak-budak kadet polis akan berlatih kawad kaki setiap malam di dataran.

Pada satu malam, tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan-hentakan kaki berlari di kawasan dorm asrama. Kami pun tengok dekat kaki lima dorm, kelihatan budak-budak kadet polis lari lintang-pukang masuk ke dalam bilik masing-masing. Muka diorang cuak habis. Macam baru lepas nampak hantu.

"Apesal ni weh lari-lari?" Ahmad menyoal.

"Cuak doh! Cuak doh! Kami nampak hantu!" Ijat berkata. Dia juga merupakan salah seorang budak kadet polis yang berlatih kawad ketika itu.

Korek punya korek, rupa-rupanya semasa berlatih kawad di dataran, diorang ternampak kelibat yang memakai baju serba putih berterbangan di atap blok akademik.

Kalau sorang nampak, boleh dipertikai lagi kan? Ini semua nampak, memang sorang-sorang lari macam nak gila la kan. Seram jugak lah bila kitorang dengar cerita tu. Sebab selepas diaorang nampak kelibat tu, masing-masing bertambah gerun apabila mendengar ketawa mengilai berserta sahutan panjang. Rupanya bukan hanya satu kelibat yang sedang bertenggek di atas bumbung akademi tu. Ada banyak lagi!

 Ada banyak lagi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

37 ; KAWAD

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYWhere stories live. Discover now