27 ; IBU

2.4K 234 36
                                        

Kau baru pulang dari kelas tambahan. Kau melirik ke arah jam tangan digitalmu, sudah pukul 10:00 malam. Ketika kau melangkah masuk ke dalam rumah, kau mendengar ibumu sedang memanggil namamu dari tingkat atas.

Kau pun mendaki anak tangga dengan malas. Namun langkahmu terhenti apabila mendengar jeritan ibumu di tingkat bawah. Dahi kau berkerut seribu.

"Bukankah ibu berada di atas? Bagaimana ibu ada di bawah pula?" Kau menggumam perlahan.

"Bukankah ibu berada di atas? Bagaimana ibu ada di bawah pula?" Kau menggumam perlahan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kau memandang wajah ibumu yang turut berada di anak tangga pertama. Dia bersuara, "Jangan pergi. Ibu juga mendengari suara itu..."

Derapan tapak kaki dari tingkat atas kedengaran. Kau berdepan pula dengan ibumu yang berada di tingkat atas itu. Kau keliru. Sungguh keliru. Jadi, untuk memastikan mana satu ibumu yang benar, kau membuat keputusan untuk menghubungi ibumu. Mahu melihat siapa yang bakal mengangkat panggilan itu.

Ketika kau ingin menghubungi ibumu, ada satu pesanan ringkas telah masuk. Wajah kau pucat apabila membaca pesanan ringkas itu.

IBU
Hari ini,  22:15.
Ibu pulang lewat mlm ni. Tapi jgn risau, mkn mlm sudh ibu sediakn. Tinggal panaskn je~
Luv u...

Kau tercenggang membaca mesej itu. Peluh dingin mulai membasahi dahi. Kau ketakutan.

Siapa mereka berdua sebenarnya?

Siapa mereka berdua sebenarnya?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

27 ; IBU

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang