22 ; POGO THE CLOWN

242 19 2
                                        

Dilahirkan dengan nama John Wayne Gacy Jr pada 17 March 1942, dibesarkan bersama keluarga kandung namun dilayan teruk oleh bapanya. Gacy tidak disayangi oleh bapanya malah selalu didera secara fizikal dan mental. Namun Gacy ketika ditemu ramah di dalam tahanan, menafikan mempunyai perasaan benci terhadap bapanya malah ketika mengetahui kematian bapanya dia menangis sehingga pengsan.

Ketika kecilnya dia digambarkan sebagai 'anak ibu' kerana ibunya sering melindungi Gacy daripada deraan bapanya. Malah dia turut merupakan seorang mangsa buli dan pernah diliwat oleh bapa saudaranya sendiri. Namun dia telah menjadi seorang yang berjaya ketika dewasa kerana pekerjaannya. Malahan pendapatannya boleh menjangkau sebanyak $15,000 setahun (bersamaan $114,044 kiraan dolar dalam tahun 2017) lebih kurang $9000 sebulan.

Ayahnya pernah memberitahu Gacy ketika itu, "Son... I was wrong about you."

Gacy selama hidupnya pernah berkahwin sebanyak dua kali bersama Marlynn Myers (berkahwin pada tahun 1964 dan bercerai pada tahun 1969) dan mengikat perkahwinan dengan Carole Hoff (berkahwin pada tahun 1972 dan bercerai pada tahun 1976). Dikurniakan dua cahayamata iaitu Micheal dan Kristine.

Apa yang menjadikan Gacy sebagai pembunuh? Gacy adalah seorang 'biseksual' malah mempunyai keinginan yang lebih kuat terhadap kaum sejenis. Walau bagaimana pun dia sering digambarkan sebagai seorang yang suka membantu dikejiranannya dan dia sangat aktif dalam bidang politik.

Pada lewat tahun 1975, Gacy telah menyertai Jolly Joker iaitu kumpulan badut yang sering beraksi dalam majlis keramaian dan kutipan amal. Dia membina sendiri watak 'Pogo The Clown' dan 'Patches The Clown' malah dia menyolek sendiri mukanya dan akan melebarkan lukisan senyuman dimukanya dengan alasan untuk tidak menakutkan kanak-kanak.

Bermula dari sinilah, Gacy mencari mangsanya.

Bermula dari sinilah, Gacy mencari mangsanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

PEMBUNUHAN PERTAMA.

Pembunuhan pertama yang dilakukan oleh Gacy sebenarnya adalah satu kesilapan yang telah membuka keinginan Gacy untuk membunuh.

Pada 2 Januari 1972, Gacy telah mengambil Timothy Jack McCoy daripada terminal bas Chicago's Greyhound. McCoy ketika itu datang daripada Michigan ke Omaha. Dengan mengumpan McCoy untuk berjalan dan membawa pulang McCoy ke rumahnya.

Namun keesokkan harinya Gacy terjaga dan ternampak McCoy telah berdiri di biliknya dengan pisau ditangan. Kerana terkejut dia bingkas bangun dan McCoy mengangkat kedua belah tangannya seperti menyerah diri.

Ketika itu Gacy telah memulas tangan McCoy kebelakang untuk menjatuhkan pisau namun terkena pada lengan Gacy. Akibat terkejut, Gacy telah menikam McCoy bertubi-tubi sehingga mati.

Namun alangkah terkejutnya Gacy apabila dia pergi ke dapur, lelaki itu mendapati sebenarnya McCoy sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Pisau ditangan McCoy adalah pisau yang digunakan untuk menghiris bakon bagi menyediakan sarapan namun kesilapan McCoy ialah membawa pisau tersebut ke bilik Gacy untuk mengejutkan Gacy untuk bersarapan dan telah menyebabkan Gacy salah faham.

Kejadian itu langsung tidak dikesali oleh Gacy malah disitulah permulaan keinginan Gacy untuk membunuh dan dia sendiri mengatakan, "That's when I realized the death was the ultimate thrill."

Selepas kejadian itu dia telah membunuh kira-kira 33 orang dan semua mangsanya adalah lelaki. Mereka yang telah dibunuh ialah :-

1. Timothy McCoy (16) - 3 Jan 1972

2. John Butkovitch (17) - 29 Jul 1975

3. Darrell Sampson (18) - 6 Apr 1976

4. Randall Reffett (15) - 14 May 1976

5. Samuel Stapleton (14) - 14 May 1976

6. Micheal Bonnin (17) - 3 June 1976

7. William Carrol (16) - 13 June 1976

8. James Haakenson (16) - 5 Aug 1976

9. Rick Johnston (17) - 6 Aug 1976

10. Kenneth Parker (16) - 24 Oct 1976

11. William Bundy (19) - 26 Oct 1976

12. Gregory Godzik (17) - 12 Dec 1976

13. John Szyc (19) - 20 Jan 1977

14. Jon Prestidge (20) 15 Mar 1977

15. Matthew Bowman (19) - 5 July 1977

16. Robert Gilroy (18) - 15 Sept 1977

17. John Mowery (19) - 25 Sept 1977

18. Russell Nelson (21) - 17 Oct 1977

19. Robert Winch (16) - 10 Nov 1977

20. Tommy Boling (20) - 18 Nov 1977

21. David Talsma (19) - 9 Dec 1977

22. William Kindred (19) - 16 Feb 1978

23. Timothy O'Rourke (20) - 16-23 June 1978

24. Frank Landingin (19) - 4 Nov 1978

25. James Mazzara (20) - 24 Nov 1978

26. Robert Piest (15) - 11 Dec 1978

Suspek mangsa yang tidak dikenali :-

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Suspek mangsa yang tidak dikenali :-

1. Micheal Marino (14) - 24 Oct 1976

Manakala terdapat lagi 6 mangsa yang tidak dapat dikenalpasti. Dipendekkan cerita, pada 22 December 1978, Gacy telah membuat pengakuan kepada polis bahawa dia telah melakukan pembunuhan sejak 1972 lagi.

Pada 10 May 1994 (ketika berusia 52) Gacy telah dijatuhkan hukuman mati melalui suntikan maut. Kata-kata terakhir Gacy sebelum dijatuhkan hukuman ialah "Kissing my ass!" Otaknya kemudian telah diambil oleh Dr. Helen Morrison sebagai bahan kajian penyakit 'sociopath'.

 Helen Morrison sebagai bahan kajian penyakit 'sociopath'

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

22 ; POGO THE CLOWN

"Thanks for reading. Do vote and comment."

👣

Sumber dipetik dan diubahsuai daripada Web Bebelan CikMin,
Pogo Clown, Badut Peragut Nyawa

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang