26 ; PENGALAMAN DIHANTUI HANTU BLOODY MARY

2.8K 241 37
                                        

Waktu aku masih kecil, aku langsung tak berminat dengan cerita seram. Kerana setiap kali aku menonton filem yang menakutkan, aku akan mengalami mimpi buruk.

Kisah aku bermula di sekolah. Aku berada di kelas 5, seseorang yang selalu disisihkan oleh rakan sekelasku. Ketika kami semua berada di dalam tandas perempuan, seorang gadis mula berbicara mengenai Bloody Mary. 

Dia berkata, "Kalau kita matikan semua lampu di dalam bilik mandi, kunci pintu, nyalakan satu lilin, dan berputar tiga kali melihat cermin dan berkata 'Bloody Mary' sebanyak tiga kali, dia akan muncul di belakang kita." 

Aku ragu dengan perkara ini, tetapi aku terfikir untuk mencubanya supaya aku dapat membuktikan kepada mereka bahawa benda ini tidak betul. Seperti yang aku katakan, aku adalah seorang yang penakut semasa kecil, namun aku tetap mahu mencuba memanggil hantu 'Bloody Mary'.

Aku mematikan semua lampu, ketika itu waktu masih siang. Aku berada di bilik, bukannya di dalam tandas. Aku kemudiannya menyalakan lilin dengan pemetik api yang telah aku curi daripada ibu semasa dia tidur. Aku melihat ke arah cermin rias, dan berkata 'Bloody Mary' sebanyak tiga kali sambil berpusing.

Mata aku tertutup sepanjang masa. Ketika aku membuka mata, dia ada di sana; berdiri tepat di belakangku. Rambut hitam pekatnya sangat panjang, matanya tenggelam, bibirnya merah seakan dicat, gaun putih yang dipakainya comot dan juga kulitnya jelas kelihatan kesan darah merah.

Aku mula panik. Aku berpusing, namun tiada apa di belakangku, tapi bila aku berpaling pada cermin semula, dia masih ada di situ. Tidak lama kemudian, dia mula bersuara. Aku tidak dapat mendengar apa yang dia katakan kerana aku masih berasa takut dan panik. Lalu, aku jatuh berlutut, dan bila akhirnya aku bangun, ada kesan tapak tangan berwarna merah darah pada cerminku. Aku segera membersihkannya dan kemudian menutup cermin itu dengan menggunakan selimut.

Malam itu aku rasa seakan diperhatikan, tetapi aku enggan membuka mata. Ibu pula tidak perasan ada sesuatu yang tak kena denganku. Setiap kali aku melintasi cermin, aku dapat merasakan Bloody Mary masih memerhatikan aku. Membuatkan aku enggan melihat ke arah cermin. 

Sebulan kemudian, aku berfikir bahawa aku sudah selamat. Jadi aku tanggalkan selimut yang aku gunakan untuk menutup cermin itu. Aku memandang ke arah cermin, dan apa yang aku dapat lihat hanyalah pantulan diriku sendiri, dan seluruh bilik ini, tak ada benda lain. Aku menghela nafas lega. 

Ketika aku tidur malam itu, aku dapat mendengar bunyi loceng berkerincing. Bunyinya tak sama macam bunyi loceng yang aku biasa dengar. Kemudian, suara Bloody Mary berbicara lagi. Kata-katanya membakar minda aku, seakan api yang tak akan pernah padam.

"Si anak-anak kecil yang tidur pada waktu malam akan ditimpa nasib yang buruk dan malang. Badan dikotori darah dan tulang mereka patah. Loceng ini sudah dibunyikan, dan tiada siapa yang akan dapat diselamatkan."

Aku sangat takut, terlalu takut untuk membuka mata. Namun begitu, aku sukar untuk kembali melelapkan mata. Kejadian yang sama berlaku lagi pada keesokkan harinya. Loceng yang mengerikan itu berbunyi lagi seiring dengan suara menyeramkan miliknya menyapa telinga.

"Gadis kecil yang tidur di atas katil ini. Kau berjaya lari daripada cengkaman kematian. Kau akan menemui nasib yang sama seperti aku. Selamat bermimpi buruk, gadis manis, kau akan segera mati."

Aku tak tahan dengan ketakutan yang melampau ini. Aku segera membuka mata dan melihat bilik aku yang kosong. Aku berpaling pada cermin, dan sekali lagi kesan tapak tangan berdarah itu ada di situ. Aku cuba menenangkan diri dan berpaling pada tingkap untuk meneruskan tidur.

Keeseokkannya, aku pergi ke rumah nenek untuk menggunakan komputer. Nama Bloody Mary aku cari di internet. Aku mengklik beberapa laman web yang meceritakan kisah asal usul Bloody Mary, semuanya berbeza namun masih mengerikan. Aku tak nak mati dengan cara begini! Aku baru berumur 10 tahun, tidak mencecah umur 11 tahun pun lagi!

Secara tiba-tiba, komputer milik nenek mula bergegar dan bergoncang sebelum jatuh ke lantai dan rosak. Namun sebelum komputer itu jatuh menyembah bumi, wajah Bloody Mary sempat memenuhi ruangan skrin. Aku berundur menjauhi komputer tersebut, dan meminta atok mencuba untuk membaikinya, tetapi nampaknya atok terpaksa membeli komputer yang baru.

Nahaslah aku! Betul-betul nahas! Tapi pada siapa aku nak meminta tolong? Orang akan anggap aku gila dan panggil aku budak bodoh. Kedua kawan yang aku ada tak akan faham.

Aku tak tahu apa yang aku patut buat. Sekali lagi aku menutup cerminku dengan menggunakan selimut, berharap yang sekurang-kurangnya ia akan melindungi aku daripada Bloody Mary. Sehingga ke hari ini, aku tak pernah sekalipun menceritakan kepada sesiapa mengenai pengalaman aku. 

Hari ini genap 5 tahun kejadian itu berlaku, dan aku masih tak mampu melihat bayanganku di dalam cermin tanpa dihantu rasa takut. Jangan pernah pandang apa yang sedang berdiri di belakang kau di dalam cermin.

 Jangan pernah pandang apa yang sedang berdiri di belakang kau di dalam cermin

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

26 ; PENGALAMAN DIHANTUI HANTU BLOODY MARY

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang