3 ; MISTERI HANAKO-SAN

3.9K 353 47
                                    

Hanako-san merupakan seorang gadis muda menyeramkan yang telah menghantui banyak tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Hanako-san juga telah menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun.

Ia bukan sesuatu yang misteri untuk sekolah mempunyai tandas yang telah diduduki oleh gadis misteri ini, yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako Tandas). Dia selalunya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga. Biasanya tandas perempuan. Hanako-san dikatakan datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan mempunyai potongan rambut yang pendek.

Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia akan tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani mencabarnya. Biasanya mereka akan mengetuk pintu (sebanyak tiga kali), memanggil namanya, dan bertanyakan soalan yang tertentu. Soalan yang paling biasa adalah;

"Adakah anda ada di dalam tandas, Hanako-san?"

Jika Hanako-san benar-benar wujud, maka gadis itu akan membalasnya dengan suara yang lemah, "Ya, saya di dalam."

Ada berita yang mendakwa, sesiapa yang berani membuka pintu ketika Hanako-san di dalamnya, mereka akan ditarik masuk ke dalam tandas.

Cerita mengenai Hanako-san ini terdapat dalam banyak versi. Walaupun ia menjadi satu fenomena di Jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa Hanako-san telah wujud sejak tahun 1950-an. Ada cerita yang mendakwa dia adalah hantu gadis era Perang Dunia ke-2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok. Selain itu, ada yang mendakwa Hanako-san mati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorok didalam tandas selama bertahun-tahun. Dalam sesetengah kes, ada juga khabar cerita menyatakan dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (merupakan salah satu cerita dari Wilayah Fukushima), Sebagai contoh, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan.

Tidak terkira banyaknya versi legenda Hanako-san ini, dari semasa ke semasa. Berikut adalah beberapa versi mengenai Hanako-san:-

Menurut salah satu legenda Wilayah Yamagata, sesuatu yang dahsyat akan terjadi kepada anda jika Hanako-san bercakap dengan anda menggunakan suara yang keras atau jahat. Satu lagi legenda dari Wilayah Yamagata juga, mendakwa bahawa, Hanako-san sebenarnya 3 meter panjang, berkepala cicak yang menggunakan suara seorang gadis kecil untuk menarik mangsanya.

Di sebuah sekolah di Bandar Kurosawajiri (Wilayah Iwate), Hanako-san dikatakan mempunyai tangan yang besar dan berpakaian putih. Sering muncul dari lubang di tandas yang ke tiga.

Dalam tandas lelaki di sebuah sekolah di Yokohama (Wilayah Kanagawa), mendakwa, bahawa ada tangan berdarah muncul dari tandas yang ditinggalkan jika anda berjalan di sekitar tandas sambil memanggil nama Hanako-san sebanyak tiga kali.

Dalam tandas lelaki di sebuah sekolah di Yokohama (Wilayah Kanagawa), mendakwa, bahawa ada tangan berdarah muncul dari tandas yang ditinggalkan jika anda berjalan di sekitar tandas sambil memanggil nama Hanako-san sebanyak tiga kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 ; MISTERI HANAKO-SAN

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYWhere stories live. Discover now