32 ; CERMIN

1.6K 201 4
                                        

Hanum merupakan seorang budak perempuan yang berumur 8 tahun. Ibu bapanya sering lewat pulang ke rumah atas faktor kerja. Mereka meletakkan tanggungjawab menjaga Hanum ke atas Mak Wan, pembantu rumah mereka.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Ibu bapa Hanum masih belum pulang. Hanum sudah pun nyenyak dibuai mimpi di dalam bilik tidurnya di tingkat dua.

“Nampaknya mereka akan pulang lewat lagi.” bisik Mak Wan. Nadanya sedikit kecewa.

Mak Wan melabuhkan duduk di atas sofa lalu menonton siaran TV3. Itulah yang dilakukan Mak Wan sepanjang malam pada setiap hari sementara menunggu ibu bapa Hanum pulang.

Mak Wan tidak boleh tidur selagi ibu bapa Hamum tidak pulang ke rumah kerana perlu memastikan perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Satu demi satu punat alat kawalan TV ditekannya. Tiada satupun rancangan yang menarik minatnya. Mak Wan sudah berasa bosan.

“WUARGH...” Satu jeritan kuat kedengaran dari tingkat atas.

Mak Wan bergegas berlari menuju ke tingkat dua rumah itu. Suara jeritan itu merupakan suara milik Hanum. Dia mula merasa panik dan risau jika ada apa-apa yang berlaku pada Hanum.

Mak Wan terus meredah masuk ke dalam bilik Hanum.

“Apa yang jadi? Kenapa kamu menjerit?” Kedengaran suara Mak Wan termengah-mengah kerana penat berlari.

“Ada… ada... ada… hantu…” Hanum bersuara. Bibirnya terketar-ketar. Badannya pula mengigil ketakutan.

“Dekat mana?” Mak Wan mula merasa takut. Namun digagahi juga matanya melihat sekeliling bilik Hanum yang besar itu

“Dalam cermin tu!” Hanum meluruskan jari telunjuknya, menunjuk ke arah sebuah cermin yang terletak di sudut bilik tersebut.

“Tadi Hanum tengah tidur. Tapi Hanum terjaga sebab dengar bunyi orang ketawa dari dalam cermin itu. Bila Hanum tengok dekat cermin tu... ada... hantu…” jelas Hanum pada Mak Wan.

“Tidak ada apa-apalah. Hamum tengah mimpi, kot. Janganlah takut.” Mak Wan cuba untuk memujuk Hanum. Dia yakin bahawa budak comel itu hanya bermimpi atau lebih tepat sekali, hanya berimaginasi.

Untuk membuktikan bahawa tiada hantu di dalam cermin itu, Mak Wan berjalan menghampiri cermin tersebut. Apa yang dilihatnya hanyalah biasan wajahnya sahaja di dalam cermin itu.

“Tengok, kan Mak Wan dah cakap yang Hanum hanya mimpi aje.” Mak Wan memandang cermin itu lama. Perasaannya bercampur-baur.

Mak Wan mengangkat tangan kanannya dan melambai-lambai di hadapan cermin itu untuk menunjukkan bahawa cermin itu tidak berhantu.

Tetapi alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat pantulan diri Mak Wan itu melambai-lambai dengan tangan kanan serta senyuman ngeri di wajahnya. Malah pantulan Mak Wan itu mula berubah menjadi hantu yang hodoh dengan mata berulat, muka berdarah, rambut kusut mengurai dan apa yang lebih teruk, pantulan itu mula mengetuk cermin dan menjerit, “MATI! MATI! MATI!”

 Malah pantulan Mak Wan itu mula berubah menjadi hantu yang hodoh dengan mata berulat, muka berdarah, rambut kusut mengurai dan apa yang lebih teruk, pantulan itu mula mengetuk cermin dan menjerit, “MATI! MATI! MATI!”

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

32 ; CERMIN

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang