Yakin kau seorang yang berani?
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...
Kisah ini diceritakan oleh seorang guru matrik yang menjadi warden Kolej Perempuan pada ketika itu.
Seorang gadis yang bernama Aina (bukan nama sebenar), mempunyai rakan bilik yang bernama, Shie (bukan nama sebenar). Mereka menjalani kehidupan mereka seperti biasa; normal tanpa ada sebarang syak wasangka atau tanpa perkara pelik yang berlaku sepanjang tempoh mereka berkongsi bilik.
Sehinggalah pada suatu hari apabila Aina pulang dari kuliah, dia berasa amat letih dan mahu tidur awal sementahlah jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam. Aina meminta rakan sebiliknya itu, menutup suis lampu berikutan dia sudah tidak berdaya untuk bangun dari katil.
Dengan selamba, Shie menjulurkan tangannya memanjang seperti Nang Nak dan terus menekan suis, untuk menutup lampu. Aina yang separa terlelap itu terus terbelalak matanya. Hilang sudah kantuknya. Dia terus keluar dari bilik dengan segera kerana terkejut.
Aina bersungguh menceritakan perihal Shie kepada rakannya yang lain. Mereka bergegas ke bilik Aina. Alangkah terkejutnya mereka, melihat katil dan almari yang dikatakan milik Shie, kosong!
Aina sudah berasa takut. Namun rakan-rakannya segera menenangkan gadis itu.
Keesokannya, mereka membuat pertanyaan di pejabat kolej. Mereka mendapati tiada langsung sebarang nama yang disebutkan oleh Aina tinggal di dalam bilik tersebut. Malah nama itu tidak pernah wujud!
Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin).
Akibat dari kejadian itu, warden asrama sentiasa berpesan agar setiap pelajar mesti memeriksa rakan bilik mereka terlebih dahulu, sama ada mereka benar-benar manusia atau 'banda lain'.
Bagaimana rasanya tinggal bersama hantu?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.