13 ; KAKAK

2.9K 342 46
                                        

Pada umur 5 tahun, saya selalu bermain dengan kakak. Permainan yang selalu kami main ialah main masak-masak, main anak patung, main pondok-pondok dan banyak lagi. Saya sangat gembira ada kakak seperti dia.

Ketika umur saya sudah menginjak usia 8 tahun, kakak sering menyatakan pada saya bahawa ibu tidak sayangkan dia. Kakak cakap, ibu lebih sayang dan manjakan saya. Saya berasa kasihan dekat kakak kerana ibu selalu pilih kasih. Sedangkan kakak menjaga saya dengan penuh kasih dan sayang.

Apabila kakak menyatakan dia mahukan patung baru, saya terus memberitahu ibu. Saya tak suka kakak berkecil hati. Tetapi ibu langsung tidak mendengar rayuan saya. Malah dia memarahi saya. Saya sangat sedih dan marah kerana tak mampu bahagiakan kakak.

"Kenapa ibu tak sayang kakak?" Saya bertanya dengan nada yang geram. Airmata sudah membasahi pipi. Saya sangat sedih.

Ibu yang sedang membasuh pinggan terdiam. Dia menanyang muka hairan.

"Apa yang kamu merepek ni?" katanya.

"Ibu selalu bersikap tak adil. Kesian kakak. Dia berasa tersisih kerana ibu tak pernah menyayangi dia."

Mata ibu terbeliak. "Sayang..."

Ibu memandang saya. Matanya sedikit berkaca. Dia menghampiri saya lalu mengelus rambut saya dengan lembut.

"Kamu mana ada kakak."

13 ; KAKAK

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

13 ; KAKAK

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang