34 ; JENAKA SYAITAN

1.5K 157 8
                                        

Kichu dan Yayang tinggal bersama disebuah rumah yang mereka sewa ditengah kota. Mereka berdua suka akan aktiviti yang berkait dengan paranormal. Pada suatu hari, Kichu telah membeli papan Ouija (Ouija Board) secara online di eBay. Dia mencabar Yayang untuk bermain permainan berpuaka tersebut bersama. Yayang hanya bersetuju dengan permintaan rakannya itu.

Hari yang dinantikan telah pun tiba, Kichu telah pun mendapat papan Ouija yang dibelinya tempoh hari. Lalu dia menghantarkan pesanan ringkas kepada Yayang bahawa pada waktu malam mereka akan bermain papan Ouija tersebut. Yayang berkata dia akan terus pulang ke rumah sejurus dia selesaikan kerja-kerja dipejabatnya, kemungkinan selepas Maghrib.

Lima belas minit selepas azan Maghrib berkumandang, Yayang tiba di rumah. Apabila mendengar suara Yayang memanggil, Kichu terus keluar dari bilik tidurnya. Yayang melempar pandangannya ke arah meja dibahagian ruang tamu itu. Terdapat sebuah kotak lebar yang bertulis 'Ouijaboard Curse of Zozo'.

Mereka berdua tidak sabar untuk memulakan permainan tersebut. Kichu dan Yayang duduk bertentangan. Mereka membuka kotak Ouija itu. Terdapat beberapa peraturan yang ditulis dalam bahasa Inggeris tertera di belakang kotak tersebut. Kichu membaca satu persatu peraturan tersebut. Mereka harus membaca mantera yang disediakan, dan meletakkan jari mereka pada kayu yang berbentuk segitiga. Jika ada makhluk halus berada berdekatan, mereka perlu menggerakkan kayu berbentuk segitiga itu untuk menjawab pertanyaan yang diajukan. Pemain tidak dibenarkan untuk lepaskan jari dari kayu berbentuk segitiga itu. Dan, pemain harus mengucapkan selamat tinggal sebelum menamatkan permainan, jika tidak, makhluk halus yang berhubung dengan mereka akan terus tinggal di situ selama-lamanya.

Kichu dan Yayang mengerti dengan semua peraturan yang diberikan. Lalu mereka memulakan permainan. Namun, mereka tidak peka pada satu peraturan yang bertulis bahawa pemain tidak dibenarkan untuk bermain di dalam rumah kerana dikhuatiri makhluk halus ingin menetap disitu.

"The keeper of the gate, open the door for them, let the good spirit come across and talk with us. I summon the dead to come here and don't be afraid. This is a safe place where it's free from any harm."

Selepas Kichu membacakan mantera, tiba-tiba saja bau busuk menerjah ke rongga hidungnya. Namun dia hanya mendiamkan diri kerana dia masih ingat akan pesan orang-orang tua, jika terhidu bau busuk, jangan ditegur. Kelihatan wajah Yayang sudah berkerut, mungkin dia juga terhidu bau yang sama seperti Kichu? Mereka menunggu beberapa minit. Tetapi tiada jawapan atau perkara aneh yang berlaku selain bau busuk tadi.

Kemudian, Kichu membaca mantera sekali lagi. Menyeru si mati untuk berkomunikasi. Akan tetapi, tetap tidak ada jawapan yang diterima. Selang beberapa minit kemudian, terdengar bunyi ketukan datang dari arah luar rumah. Ketukan dari pintu hadapan. Kichu ingin bangun akan tetapi dia teringat pada peraturan yang dibacanya tadi.

"If you shy, then I have to say goodbye..."

Selepas mengucapkan selamat tinggal, barulah Kichu dan Yayang berani untuk mengangkat jari mereka dari kayu yang berbentuk segitiga itu. Kichu bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah pintu.

Apabila Kichu membuka pintu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat figura dihadapannya ketika itu adalah Yayang. Yayang memohon maaf kerana tiba lewat ke rumah akibat terlalu banyak kerja yang harus disiapkan di pejabat. Yayang berasa hairan melihat wajah Kichu yang seperti baru sahaja terserempak dengan hantu.

Kichu terus berlari menuju ke arah ruang tamu, Yayang tiada di situ. Jantung Kichu berdegup kencang. Tiba-tiba saja kepalanya terasa pening. Siapa pula yang bermain papan Ouija dengan dia sebentar tadi?

 Siapa pula yang bermain papan Ouija dengan dia sebentar tadi?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

34 ; JENAKA SYAITAN

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang