10 ; BILIK BAWAH TANAH

3.2K 304 49
                                    

Rumah pusaka moyang Adam ada banyak bilik. Kanak-kanak itu sangat suka tinggal di rumah pusaka moyangnya. Rumah itu sangat besar, bagai sebuah syurga buat kanak-kanak seperti Adam. Kerana Adam punya banyak tempat untuk bermain. Seronok bukan? Oh tidak lupa juga, rumah pusaka moyang Adam mempunyai bilik bawah tanah. Budak kecil itu teringin hendak pergi ke sana. Tetapi ibunya sentiasa melarang dia untuk ke bilik bawah tanah itu. Kata ibu Adam, tempat itu berbahaya.

Namun, Adam tetap degil. Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke bilik bawah tanah tersebut. Kata sepupu Adam, di bilik bawah tanah itu ada sesuatu yang ajaib! Dia mahu bertemu dengan 'sesuatu yang ajaib' itu.

Pada hari itu, Adam mengambil keputusan untuk ke bilik bawah tanah. Dia menuruni tangga untuk ke bilik bawah tanah itu. Tak semenang-menangnya dia melihat sesuatu. Cepat-cepat Adam naik ke atas semula setelah mendengar ibunya melaung namanya.

"Kamu pergi mana Adam? Kamu pergi bilik bawah tanah, ya?" tanya ibu dengan suara yang garang.

Adam hanya tersenyum.

Dia berjanji, dia tidak akan menyoal ibu kenapa ada seorang gadis di bilik bawah tanah itu memakai pakaian serba putih dan mengapa dia tiada kaki. Adam janji, dia tidak akan bertanya apa-apa! Kerana dia tahu...

Itulah 'sesuatu yang ajaib' yang tinggal di bilik bawah tanah itu.

Itulah 'sesuatu yang ajaib' yang tinggal di bilik bawah tanah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10 ; BILIK BAWAH TANAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10 ; BILIK BAWAH TANAH

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYWhere stories live. Discover now