4 ; KUCHISAKE-ONNA, WANITA BERMULUT KOYAK

3.3K 262 47
                                        

KUCHISAKE-ONNA, atau dalam bahasa melayunya 'wanita bermulut koyak' merupakan kisah yang agak popular di Jepun pada tahun 1970-an. Menurut masyarakat Jepun, Kuchisake-onna ini mengenakan topeng mulut berwarna putih seperti di dalam gambar di bawah;

 Menurut masyarakat Jepun, Kuchisake-onna ini mengenakan topeng mulut berwarna putih seperti di dalam gambar di bawah;

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Menurut orang ramai, Kuchisake-onna sering berkeliaran pada malam hari.

Asal kisah ini mengatakan, mulutnya terkoyak akibat terbabit dalam kemalangan yang amat mengerikan. Ada juga penduduk yang berpendapat Kuchisake-onna ini, sakit jiwa atau gila, lalu menoreh mulutnya sendiri dengan pisau. Akan tetapi, di antara dua versi ini, terdapat pelbagai versi yang sangat popular mengenai asal-usul kisah Kuchisake-onna.

Kononnya, Kuchisake-onna ini adalah seorang wanita yang tinggal di zaman Heihan, Jepun. Dia merupakan seorang wanita yang sangat cantik, tetapi dia sangat sombong dan dia sering curang. Padahal, dia sudah memiliki seorang suami (samurai Jepun). Pada suatu ketika, sikapnya yang suka curang itu telah diketahui oleh suaminya. Suaminya begitu kecewa dan sangat marah lalu menoreh mulut isterinya itu, dari telinga kiri ke telinga kanan.

"Sekarang siapa yang akan cakap dan memuji kamu cantik?" ejek suaminya.

Kerana kehilangan banyak darah dari mulutnya, Kuchisake-onna pun mati. Jadi, oleh kerana matinya dalam keadaan tidak tenang, rohnya itupun sering terlihat berkeliaran sekitar kawasan itu.

Menurut versi yang kedua pula, ada seorang wanita yang bernama Kuchisake-onna ini teringin untuk membedah wajahnya supaya terlihat cantik. Lalu, si doktor ini memberikan Kuchisake-onna sejenis minyak rambut yang baunya sangat tengik dan menyengat. Akan tetapi, akibat tidak tahan dengan bau minyak itu, si Kuchisake-onna ini tidak betah untuk duduk diam, lalu tanpa sengaja, mulutnya itu tertoreh oleh doktor, dari telinga kiri hingga ke telinga kanan. Oleh kerana terlalu marah, Kuchisake-onna membunuh doktor yang membedahnya itu.

Tetapi, ada di antara masyarakat di sana percaya bahawa ada cara untuk menghindari diri mereka daripada menjadi mangsa Kuchisake-onna.

Pertama, kalau ada sesiapa terjumpa dengan Kuchisake-onna ini, wanita itu akan bertanya "Adakah saya cantik?" Jika anda menjawab 'cantik' maka dia akan bertanya lagi sambil membuka topeng mulutnya. "Kalau begini? Masih cantik?" Kalau anda menjawab 'tidak', maka ke kuburlah anda. Kerana Kuchisake-onna akan membunuh anda dengan alatan tajam seperti pisau atau gunting. Tetapi jika anda tetap mengatakan dia tetap 'cantik', Kuchisake-onna akan menjadi buntu sama ada ingin melepaskan anda atau mahu membunuh anda. Kesempatan itu, anda boleh ambil untuk meloloskan diri dari hantu tersebut. Namun begitu, masyarakat Jepun percaya walaupun anda berjaya melepaskan diri dari Kuchisake-onna, hantu itu akan mengekori anda sehinggalah sampai dihadapan pintu rumah anda lalu hantu wanita itu akan membunuh mangsanya dengan kejam sekali.

Kedua, jika anda seorang perempuan dan terserempak dengan Kuchisake-onna. Mungkin anda boleh meloloskan diri dengan menanya semula Kuchisake-onna, "Adakah aku cantik juga?". Kuchisake-onna menjadi bingung. Lalu, hantu wanita itu akan hilang dengan sendirinya.

Ketiga, ada juga masyarakat Jepun mencadangkan agar membeli gula-gula berwarna kuning tua. Kerana gula-gula itu merupakan kesukaan Kuchisake-onna. Kuchisake-onna akan menjadi sedih kerana dia tidak boleh mengunyah gula-gula kesukaannya itu. Mengingati penderitaannya, si hantu bermulut koyak itu akan berasa sedih sehingga tidak jadi membunuh mangsanya.

Cara seterusnya ialah, terdapat mangsa yang pernah terserempak dengan hantu itu mencadangkan agar menyebut perkataan 'pomade' sebanyak tiga kali. Hal ini akan mengingatkan Kuchisake-onna tentang minyak rambut yang menyengat rongga pernafasannya ketika doktor ingin melakukan pembedahan wajahnya. Kuchisake-onna akan menjadi takut kerana teringat akan masa lalunya serta doktor bedah yang telah merosakkan wajahnya.

Langkah terakhir adalah, anak-anak atau para remaja digalakkan memakai pomade (minyak rambut). Agar Kuchisake-onna akan ketakutan lalu tidak berani mendekati mangsanya.

Seram, kan?

Namun perlu ditekankan juga, kisah Kuchisake-onna ini hanyalah mitos lagenda masyarakat Jepun. Kita tidak tahu akan kepastian cerita ini kerana terdapat pelbagai versi yang diuar-uarkan. Diharapkan anda tidaklah takut ketika melancong ke negara matahari terbit itu, kerana kisah Kuchisake-onna ini hanyalah rekaan tokok tambah orang-orang tua dahulu untuk menakutkan anak-anak serta para remaja mereka yang sering pulang lewat malam.

 Diharapkan anda tidaklah takut ketika melancong ke negara matahari terbit itu, kerana kisah Kuchisake-onna ini hanyalah rekaan tokok tambah orang-orang tua dahulu untuk menakutkan anak-anak serta para remaja mereka yang sering pulang lewat malam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

4 ; KUCHISAKE-ONNA, WANITA BERMULUT KOYAK

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang