33 ; JUNKO FURUTA

3.1K 217 69
                                        

Pernahkah anda mendengar tentang kisah pembunuhan seorang remaja Jepun bernama Junko Furuta? Golongan muda kini mungkin kurang mengetahui tentang kes pembunuhan ini kerana kejadiannya berlaku sekitar lewat 80-an.

Menurut UnseenJapan, kejadian yang berlaku di Saitama, Jepun itu bermula apabila gadis sekolah tinggi tersebut didapati hilang pada November 1988 sehinggalah mayatnya dijumpai pada 30 Mac 1989.

Berdasarkan tweet oleh D Alpha Legacy, berikut adalah kronologi pembunuhan Junko Furuta yang dikatakan kes pembunuhan paling kejam dan ngeri dalam sejarah Jepun.

Berdasarkan tweet oleh D Alpha Legacy, berikut adalah kronologi pembunuhan Junko Furuta yang dikatakan kes pembunuhan paling kejam dan ngeri dalam sejarah Jepun

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

●●●

Junko Furuta merupakan seorang budak perempuan berusia 16 tahun, dilahirkan di Misato, Saitama, Jepun. Dia merupakan seorang pelajar sekolah tinggi di Yashio Minami. Dia juga adalah seorang pelajar yang digilai ramai di sekolahnya kerana kecantikan yang dimilikinya.

Kes ini berlaku pada 25 November 1988, dan dikatakan kes pembunuhan paling kejam dan ngeri dalam sejarah Jepun

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kes ini berlaku pada 25 November 1988, dan dikatakan kes pembunuhan paling kejam dan ngeri dalam sejarah Jepun. Junko yang baru sahaja pulang dari kerja sambilannya telah diculik oleh 4 orang remaja lelaki.

Dia kemudiannya dilarikan ke Ayase yang terletak di wilayah Misato dan Adachi di Tokyo, jarak dari Misato, tempat tinggal Junko ke Ayase mengambil masa kira-kira satu jam.

Dia kemudiannya dilarikan ke Ayase yang terletak di wilayah Misato dan Adachi di Tokyo, jarak dari Misato, tempat tinggal Junko ke Ayase mengambil masa kira-kira satu jam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Junko kemudian disembunyikan dalam sebuah rumah yang juga milik Minato Nobuharu, iaitu salah seorang daripada empat penjenayah yang terlibat dalam penculikannya.

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang