31 ; KISAH HOSPITAL

2.2K 229 5
                                        

Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kacamata seorang yang sepet matanya. Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling; atas dan bawah sebab terlalu banyak mahkluk-mahkluk yang tak dapat di lihat dengan mata kasar. Bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa tapi itulah pengalaman si mata sepet ini.

👻

KES 1 - Aku masuk ke wad Kelas 3, Hospital Besar Pulau Pinang. Aku melihat di atas siling begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang. Ada telinga panjang. Ada muka menggerikan. Mereka seakan menanti saat untuk terjun ke bawah.

Di hujung pula aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya.

Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka. Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit. Ada sekujur mayat sedang tidur di bawahnya.

Seorang kanak-kanak pula manarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya. Lain kali, ibu-ibu yang ada anaknya macam ni, kena percaya apa yang anak dia nak bagitahu. Mereka sebenarnya dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat.

👻

KES 2 - Aku lihat ramai orang datang ziarah keluarga pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya seekor beruk sedang bertenggek. Matanya merah.

Aku cerita dekat isteriku. Terdiam dia. Aku terus baca ayat Al-Quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut. Jatuh makhluk tu dan wanita tersebut terhoyong-hayang. Keluarganya terus memegang ingatkan wanita tersebut mahu pitam atau tidak sihat. Makhluk tersebut bangun dan nampak begitu marah. Dia tahu angkara siapa yang buat. Matanya tepat memandang aku.

Aku membaca Ayat Kursi dan hembus lagi sekali. Terus hilang. Aku cerita dekat isteriku.

"Laa... pasai apa abang pi hembus. Sat lagi takut kecoh wad!" tegur isteriku dengan nada perlahan tetapi tegas.

Betul juga katanya. Aku hanya terdiam. Itulah sikap aku apabila melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri yang kena serang bila tertidur.

👻

KES 3 - Aku melihat ramai orang mengelilingi seorang lelaki. Rupanya dia sudah di ambang sakaratul maut. Anak-anak sibuk dengan telefon. Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang khabar berita tidak baik itu. Namun yang paling sibuk sekali ialah makhluk yang telinganya panjang, tanduk panjang, seronok menganggu lelaki tersebut.

Sepatutnya saat inilah kita harus membisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya akan kalimat itu. Bukan kita tengok dan kata pada ayah."Ayah mengucap ayah... mengucap..." sambil tersedu-sedan. Kalau kita sayang mereka kita bantu mereka saat ini. Abaikan sekejap telefon itu. Tak lari pun. Duduklah dengan dia lalu bisik di telinganya, "Laaila haillallah...."

Saat itu, mata lelaki tua tersebut hanya memandang atas. Dia diganggu sebenarnya. Kalau kita sayang ayah kita dan ibu kita ketika saat mereka hampir menutup mata. Tak kisah la sama ada anak-anak lelaki atau perempuan. Ajarkanlah ayah dan ibu anda mengucap. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis. Kadang-kadang kalau aku pergi menziarah, aku akan nasihat pada anak-anak mereka tentang kalimah Laaila haillallah. Biar mereka tahu untuk akhiri dengan penyudah yang baik.

👻

KES 4 - Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibuku. Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri dekat peti mayat. Cuma aku tak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.

Ada juga yang berwajah hodoh, kerana muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa orang yang mengeluarkan surat kematian dan terus pergi ke kaunter hospital.

👻

KES 5 - Aku masuk ke wad jantung sewaktu menziarah ibu mertuaku. Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakitnya. Tetapi tanpa dia sedar, dia sebenarnya diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutinya dari belakang. Ke mana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut.

Matanya hanya pandang ke bawah saja. Sesekali rambutnya akan tersangkut atas bahu jururawat itu dan aku melihat jururawat tersebut menguis seolah-olah dia berasa gatal. Aku hanya melihat tanpa dapat melakukan apa-apa. Biasalah kalau bertugas di hospital. Sebab itu paling bagus kita amalkan surah al-Matsurat. Sebelum keluar dari hospital kita baca surat tersebut atau Ayat Kursi lalu kita hembus kiri dan kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah.

Amalkanlah. Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah seisi rumah kita kelak.

 Yang menjadi mangsa ialah seisi rumah kita kelak

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

31 ; KISAH HOSPITAL

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang