Prolog

32.3K 825 14
                                    

Dia memangku bayi yang sedang lena tidur. Selesai membalut bayi perempuan tadi dengan kain, perlahan-lahan dia membawa bayi itu keluar dari biliknya tanpa disedari oleh ibu bapa bayi tersebut. Pemanduannya berhati-hati namun masih diselit rasa berdebar bimbang jika ada orang yang menyedari dia membawa pergi bayi tersebut. Sekejap-sekejap matanya mengerling bayi yang berada di seat penumpang. Rasa dirinya terlalu kejam memisahkan bayi tersebut dengan ibu dan bapanya, namun dia tidak punya pilihan.

Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah, dia meletakkan bayi itu di depan pintu rumah. Dia menilik wajah bayi itu lama. Sedikit tangisan keluar dari matanya lalu dia mencium dahi bayi itu. Untuk kali yang terakhir, dia menyelit seutas rantai bersama loket nama bayi itu.

Ketika memasuki kenderaan, tangisan bayi itu mula kedengaran, mungkin terganggu dengan kesejukan 3 pagi. Seketika kemudian, dia melihat sepasang suami isteri keluar dari rumah tersebut dan melihat ada bayi di hadapan rumah mereka. Setelah melihat mereka mendukung bayi tersebut, dia tersenyum dan beredar. Misinya telah selesai dan dia harus pastikan ini kali terakhir bayi itu bersama keluarga kandungnya.

"Ya Allah, bang. Bayi siapa ni depan rumah kita? Subhanallah, cantiknya dia." Aisyah mencium kedua pipi bayi tersebut sementara suaminya memerhati. Aisyah tahu suaminya turut mengagumi bayi tersebut.

"Abang, dengan rantai sekali la. Hanin, abang. Kenapa orang sanggup tinggalkan dia macam ni?" Sedih berbunyi nada isterinya.

"Takpelah, masuk tidur dulu. Esok kita buat laporan polis." Aisyah cuba menidurkan bayi yang sedang merengek itu. Dia berasa agak kesepian kerana kedua-dua anaknya adalah lelaki. Dan melihat bayi yang ditinggalkan itu, dia telah jatuh sayang kepadanya. Mendengar suaminya mahu membuat repot polis, dia terpaksa akur. Pasti keluarga bayi ini runsing dengan kehilangan anak mereka.

Beberapa minggu telah berlalu, tapi tiada siapa yang datang menjemput bayi tersebut. Aisyah tiba-tiba datang dengan ideanya setelah beberapa minggu menunggu ibu bapa kandung bayi tersebut.

"Abang, Aisyah dah sayang sangat dengan baby ni. Aisyah rasa tak sanggup nak berpisah dengan dia. Tengok anak-anak kita tu, suka betul dapat adik baru." Dia dan suaminya melihat kedua anak mereka mendodoikan bayi yang berada di dalam buaian itu.

"Mana boleh sayang, dia pun ada parent dia. Abang yakin, parents dia pun turut risau dengan kehilangan dia." Aisyah menarik muka dengan reaksi suaminya. Sepertinya suaminya tidak faham dengan keinginannya mempunyai anak perempuan.

"Kalau parent dia kisah, sehari lepas tu pasti kita dah jumpa diorang. Ni dah berminggu-minggu, takde sape yang datang jenguk pun." Suaminya kembali menatap surat khabar di tangan.

"Tengoklah macam mana nanti." Aisyah menjeling suaminya dan kembali melihat anak-anak mereka bermain dengan puteri barunya.

"Abang dah balik, nak makan nasi terus ke?" Aisyah menegur suaminya yang baru balik dari kerja. Rasyid menyandar di kerusi kepenatan. Sebaik saja dia melihat Aisyah, diserahkan sampul surat berwarna koko kepada isterinya.

"Apa ni bang? Ya Allah, abang... Terima kasih..." Berair mata Aisyah melihat isi surat tersebut. Dia pantas duduk di tepi suaminya dan mencium pipi Rashid manja. Rashid tersenyum senang melihat muka gembira isterinya.

"Abang ambik keputusan kita ambik baby ni jadi anak kita. Dah dekat sebulan kita tunggu, tapi takde sape yang datang ambik. Lagipun, abang tak suka tengok muka sayang yang monyok je. Sayang pun selalu termenung bila tengok Hanin." Rashid mencubit pipi isterinya yang sedari tadi tersenyum bahagia.

"Nur Hanin Syakira. Cantik nama tu." Aisyah meneliti surat pengambilan anak angkat di tangannya.

"Sebab kita tak tahu nama penuh dia, so abang tambahkan saja nama belakang dia. Sayang suka?" Rashid menjeling muka isterinya. Aisyah mengangguk sambil mulutnya tidak henti mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

Mereka mendekati kedua anak mereka yang berebut untuk mendukung Hanin. Mereka tersenyum bahagia, merasakan keluarga mereka kini telah lengkap.

"Umi, tengok along ni. Haziq pun nak dukung adik, tapi along tak kasi." Muhd Haziq Iskandar, anak kedua yang berumur 5 tahun memeluk tangannya dengan muka tidak puas hati.

"Aah, Haziq kecik lagi. Nanti kalau Hanin jatuh, sape susah? Along jugak." Balas anaknya Muhd Harith Qayyum yang berumur 8 tahun sambil menjelirkan lidah kepada Haziq.

"Dah, jangan bergaduh. Masing-masing bolehnya nanti dukung adik tu." Rashid menegur anak-anak lelakinya. Dia merasa bahagia kerana yakin kedua anaknya turut dapat menerima puteri baru mereka.

Hai, korang. Jumpa lagi kita dalam cerita baru saya, Tolong Jodohkan Aku & Dia (TJAD). What do you think about this story? Ok ke tak? Kalau korang rasa ok, silakan vote and comment dengan cerita baru ni. Episode 1 akan bermula lambat sikit sebab sekarang saya tengah hadap dengan final exam. So, continue to read and support this story, k. Your comment will help me very much. 😉😊

Lavenderyana....

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now