Bab 10

15K 523 2
                                    

Selesai membeli barang, Hanin melihat ke arah Lutfi di tepi. Mujurlah hari ini tidak terlalu membosankan. Dia bimbang jika Lutfi berasa bosan sepanjang dengannya hari ini. Mereka banyak berbual dan ketawa sepanjang membeli belah.

"Lutfi, jom kita makan dulu nak? Saya kesian dengan awak. Ikut saya sana sini beli barang ummi. Jom, saya belanja awak makan. Barang pun berat tu, kita rehat dulu ya." Tidak sempat Lutfi membalas, Hanin laju berjalan ke KFC.

"Eh, takpelah biar saya bayar." Risau Lutfi sebaik saja melihat Hanin mengeluarkan beg duitnya. Hanin ketawa kecil dan menghalang Lutfi lalu membayar makanan mereka. Lutfi mengangkat dulang mereka ke tingakt atas.

"Takpe, awak tak payah la risau sangat. Saya kesian tengok muka awak tu. Penat bawak barang eh, sorry." Lutfi tersenyum melihat muka comel Hanin meminta maaf kepadanya.

"Takdehalla, nasib baik umi dengan mama awak tak dapat datang hari ni. Boleh la kita date dua orang kan?" Hanin menatap wajah Lutfi lalu tersenyum panjang.

Tidak lama kemudian, perbualan mereka diganggu apabila ada suara yang menegur mereka dari belakang. Terpana Hanin memandang Haziq dan Aira.

"Adik, buat apa kat sini? Date ke?" Terdiam Hanin melihat Aira di tepi abangnya. Aira membawa air untuk dia dan abangnya.

"Abang Haziq kan? Duduk la sekali dengan kitorang. Kitorang pun baru sampai ni." Hati Hanin berasa tidak sedap tambahan lagi apabila Lutfi mengajak Haziq duduk bersama mereka. Senyuman yang tadi mekar di wajah kini padam.

"Takpe ke? Kitorang tak ganggu korang kan?" Aira dengan ramah bertanya sambil mukanya mekar dengan senyuman. Lutfi mengeleng dan melihat Hanin yang kini mengacau air di dalam cawan.

"Angah baru balik kerja ke? Dengan Kak Aira?" Haziq duduk setelah menyusun makanan di atas meja.

"Ha'ah. Terus datang sini, nak date dengan Kak Aira. Rasa lama dah tak keluar berdua." Haziq memandang Aira di depannya. Hanin benci melihatnya kerana dapat melihat sinar kebahagiaan dalam mata abangnya.

"So, Hanin dengan Lutfi la pulak ni menganggu angah dengan akak?" Cuak muka keduanya melihat Hanin. Lutfi pula membuat muka keliru dengan perubahan tiba-tiba Hanin.

"Eh tak. Adik langsung tak ganggu kitorang. Lagipun adik yang datang dulu, apa pulak ganggu. Akak dengan angah ni ha yang ganggu korang." Hanin melihat Aira yang menjawab bagi pihak abangnya dan memberikan senyuman sinis kepada Aira. Sepanjang mereka makan, Hanin hanya diam dan bersuara apabila ditanya saja. Hilang mood makannya lebih-lebih lagi melihat kemesraan Haziq dan kak Aira.

"Lutfi, dah sudah ke? Kalau dah, jom balik." Haziq berpaling melihat Hanin sekilas. Hanin tahu angahnya melihat tapi dibiarkan saja.

"Tunggu, adik balik dengan angah je la. Kesian pulak Lutfi kena hantar adik jauh-jauh." Hanin terus bangun dari tempat duduknya dan mengambil handbag di tepi.

"Takpe angah ye. Tak elok pulak datang sekali tapi balik lain-lain. Lagipun, adik taknak jadi orang ketiga." Haziq merasa seperti ditikam dengan kata-kata Hanin. Lutfi meminta diri dan berjalan di belakang apabila melihat Hanin sudah berada di depan.

"Adik ok ke? Rasa macam kita ganggu dia dengan Lutfi la. Ye lah, masam je muka dia." Aira melihat muka Haziq yang kembali mencubit ayam.

"Dahla, biar je la dia tu. Hari ni bulan dia datang. Tu yang masam je tu." Haziq berkata sebelum tersenyum kepada Aira.


"Awak...ok?" Takut-takut Lutfi melihat Hanin di tepinya. Muka Hanin kembali seperti masa mereka baru hendak keluar dari rumah tadi. Hanin melihat Lutfi di sebelahnya.

"Saya ok.....cuma sakit perut sikit. Overall, saya ok je. Kenapa?" Sesekali Lutfi memandang Hanin sebelum melihat jalan raya semula.

"Takde, awak macam tak suka je abang awak join kita tadi. Awak gaduh dengan dia ke?" Hanin mengeleng pantas.

"Takpun, mungkin sebab sakit perut ni kut. Lutfi, thanks for today. Saya suka sangat spent time dengan awak. Banyak ketawa...even minat kita pada certain things pun sama." Hanin memberi senyuman kepada Lutfi dan Lutfi membalasnya.

"Welcome. Saya pun sama. Suka spent time dengan awak. So, kalau macam tu, awak tak kisah kita keluar lagi?" Hanin termenung seketika. Dia faham maksud ayat Lutfi tadi. Dia berfikir, mungkin Lutfi boleh menolongnya move on dengan angah? Mungkin dengan ini dia boleh menyukai Lutfi dan melupakan Haziq.

"Boleh je. Bila kita nak keluar lagi?" Tersenyum lebar Lutfi mendengar persetujuan Hanin.

"Minggu ni dah tak boleh, sebab esok saya dah nak masuk kerja. Mungkin saya call balik....untuk confirm?" Teragak-agak Lutfi dan Hanin hanya mengangguk lalu melihat jalan raya semula.



Sampai saja ke perkarangan rumah Hanin, dia mula mengangkat barang masuk. Lutfi turut menolongnya memandangkan banyak barang yang disenaraikan makcik Aisyah.

"Eeer, Hanin. Saya nak contact awak..tapi saya takde no. fon awak. Ke, saya boleh call makcik Aisyah je?" Ketika itu, Hanin baru teringat dia perlu memberi no. telefonnya kepada Lutfi.

"Ooh, sori terlupa. 014-528....." Selesai bertukar nombor fon, Hanin tercegat di depan pintu bagi mengiring Lutfi balik. Dia kekal di situ sehinggalah kereta Lutfi sudah hilang dari pandangan.

" Hai, seronok sangat ke dating tu sampai tuan badan dah takde awak still berdiri kat situ." Hanin berpaling melihat Aisyah di belakangnya.

"Eh umi. Umi dah sihat? Sakit kepala dah hilang ke?" Hanin tersengih lalu bersalam dengan uminya.

"Jauh termenung. Dah rindu ke walau baru tadi jumpa?" Kini giliran Aisyah pula yang tersengih membuatkan Hanin kemerahan.

"Umi ni....takdelah. Tadi is fine and it is not a date okay." Aisyah mengangkat barang-barang yang berada di depan pintu dan membawanya ke dapur. Membiarkan Hanin tersengih sorang-sorang di depan pintu.

Senyuman Hanin mati apabila melihat Harith berdepan dengannya. Dia terus memgikut Aisyah ke dapur tanpa menghiraukan abangnya. Dia masih lagi berasa sedih dan marah dengan perlakuan Harith kelmarin.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now