"Tq Chen, baby I jumpa you esok okay? Ba..baby, you tak nak masuk dulu ke? Jumpa parents I?" Chen meletakkan Damia dari dukungannya di depan pintu rumah. Kelihatannya Damia mabuk teruk malam ini. Oleh kerana Damia berkeras dia perlu pulang ke rumah malam ini, Chen menghantarnya sehingga ke depan pintu rumah. Tidak perlu diketuk, pintu telah terbuka dan wajah Alif yang bengang terjenguk keluar.
"Uncle, saya hantar anak uncle balik. Sorry uncle kitorang balik lambat. Saya pergi dulu ye uncle." Tanpa bercakap apa-apa, Alif memandang lelaki itu tajam. Dia kemudian mengheret Damia masuk ke dalam dalam keadaan Damia yang separuh sedar.
"Tengok la anak awak ni! Balik mabuk-mabuk. Saya tak pernah ajar dia minum. Awak tak pernah ambik tau ke dengan siapa dia berkawan sampai jadi macam ni? Lelaki tadi, awak mesti kenal dia. Entah apa yang dua orang ni buat belakang kita." Alif menolak Damia hingga dia jatuh ke lantai. Rosnah segera mendekati anaknya.
"Awak jaga sikit mulut tu!! Dia buat apa?! Buat apa?! Cuba percayakan anak kita sikit." Dengan keadaan yang marah, Alif masuk ke bilik Dahlia dan meninggalkan mereka dua beranak di atas lantai.
"Heh, asyik-asyik ke bilik perempuan cacat tu. Entah apa yang bagus sangat dengan perempuan tu aku tak tahu. Damia, bangun! Damia!!" Dengan susah payah, Rosnah memapah Damia naik ke biliknya. Dia terus membebel tentang semua orang.
Tidak disedarinya, Shahir mendengar semua isi bebelannya dari dalam bilik tidur. Dia terjaga sebentar tadi kerana mendengar deruman enjin kereta. Baru sahaja ingin keluar bilik, dia mendengar Alif dan Rosnah bergaduh dan ianya berkaitan Damia. Shahir membuka sedikit pintu bilik tidurnya bagi mendengar isi perbualan mereka. Selepas mendengar sedikit sumpah seranah keluar dari mulut ibu tirinya itu, Shahir mengepal tangannya menahan geram.
Dia tidak pernah menyukai perempuan itu menjadi ibu tirinya. Perempuan itu seorang yang talam dua muka. Masih Shahir ingat sewaktu dia masih kecil bagaimana layanan Rosnah kepadanya jika tiada siapa memandang. Kemudian perangainya akan berubah sebaik saja di depan papa atau nenek dan mama.
"Jangan ingat aku akan terima kau sebagai anak tiri aku. Kau tak layak dapat kasih sayang sikit pun dari aku. Jangan ingat aku kawin dengan papa kau, aku akan baik dengan kau." Kata-kata Rosnah yang itulah dipegangnya hingga kini. Jika dulu masih ada rasa kasihan kepada wanita ini, tapi sekarang tidak lagi. Segalanya harus dihentikan, lebih-lebih lagi ada Hanin bersamanya. Dia pasti jika dia menyampaikan berita ini kepada Hanin, adiknya itu turut menyokong perbuatannya. Masa untuk mengubah keluarga ini.
"Em, sedapnya....masak apa anak ummi pagi-pagi ni." Hanin berpaling melihat Aisyah, orang pertama yang hadir ke dapur pagi ini. Dia segera menyuruh Aisyah duduk, kemudian Rashid dan seterusnya Harith, Maria dan Haziq. Dan mengambil Irma, anak saudaranya duduk di kerusi bayi. Hanin batuk sedikit sebelum memulakan ucapannya.
"Tujuan utama adik balik adalah sebab nak sampaikan satu berita. Ini mungkin berita baik dan jugak berita buruk..kalau rasa ianya buruk." Wajah Rashid dan Aisyah keliru. Tetapi, Harith, Maria dan Haziq berwajah tenang. Hanin menarik nafas panjang.
"Adik....dah jumpa family kandung adik." Terkejut Aisyah, tapi Rashid hanya bertenang.
"Sejak bila....adik tak beritahu umi pun." Suara Aisyah seperti kesedihan. Hanin memegang tangan umminya erat.
"Semua berlaku agak cepat ummi, sejak sebulan dua ni." Baru saja Aisyah ingin menyambung lagi, Hanin menyampuk.
"Sebelum umi nak marah adik, baik adik jelaskan. Dah lama adik nak beritahu ummi dengan abah semua ni tapi asyik terhalang je." Sekali lagi Aisyah dan Rashid keliru.
"Terhalang dengan berita angah nak putus tunang. So, malam tu tengok reaksi ummi dengan abah, baik adik ceritakan lain kali. Tapi, adik cerita first pada akak dengan along. Sebab diorang berdua je yang tak sibuk masa tu." Aisyah memandang Harith dan Maria, mungkin kerana tidak memberitahu kepadanya awal-awal.
"Ummi jangan marah along dengan akak. Along tak cakap pada ummi sebab along nak adik sendiri yang ceritakan kepada ummi dengan abah." Aisyah mendiamkan dirinya. Rashid memandang pula Haziq.
"Angaj pun dah tahu la ni?" Lambat-lambat Haziq mengangguk.
"Angah baru je tahu beberapa hari ni. Yelah ummi abah, nak buat macam mana along je yang rapat dengan adik. Sebab tu lah along tahu semua rahsia adik." Hanin tersenyum kecil kepada Haziq.
"So, siapa lelaki yang hantar adik semalam? Boyfriend baru adik ke?" Jelas Aisyah ingin menukar topik perbualan. Kali ini barulah semua mengambil perhatian, terutamanya Haziq. Rashid dan Harith tersenyum kepadanya.
"Tak, semua salah faham ni. Ummi mesti dengar dari abah dengan along kan? Dia bukan boyfriend adik la ummi. Dia....abang kandung adik." Haziq menarik nafas lega.
"Nenek dengan papa adik nak datang rumah minggu depan. Nak tengok di mana adik dibesarkan selama ni." Aisyah menundukkan mukanya.
"Kenapa baru sekarang mereka datang cari adik? Kenapa tak dari dulu lagi? Kenapa sekarang baru diorang nak ambik anak ummi?" Terkedu Hanin apabila ditanya begitu. Hanim memandang Rashid dan abahnya mengangguk saja.
"Syah, tak baik awak cakap macam tu. Diorang ibu bapa Hanin yang sah, memang patut diorang cari Hanin. Dulu mungkin dia tak berjaya cari Hanin dan sekarang ni baru diorang jumpa. Siapa tahu." Aisyah mengangguk mendengar penjelasan suaminya.
"Ummi, adik bersyukur sangat dapat jumpa family adik. Tapi adik lagi bersyukur sebab Allah benarkan adik duduk dengan ummi dengan abah dulu. Kalau tak, takdelah adik kenal ummi abah, along dengan angah. Takdelah nak dapat akak dengan Irma. Tak merasa la adik kalau adik tak duduk dengan ummi dengan abah sejak kecik." Sedikit terubat hati Aisyah mendengarnya.
"Semua dah takdir Allah, ummi." Haziq tiba-tibq mencelah. Kemudian, mereka mendiamkan diri seketika.
"Takdir Allah? Habis tu takdir angah dengan adik macam mana?" Terpana Haziq dan Hanin, dan juga keliru apabila Rashid bercakap tentang mereka berdua.
"Apa maksud abah? Kenapa dengan adik dengan angah?" Haziq bertanya, mukanya kini pucat sehingga mendatangkan ketawa dari Harith dan Maria.
"Angah dengan adik jangan ingat abah dengan ummi tak tahu pasal korang berdua. Kitorang tahu, cuma nak tengok bila korang akan cakap." Aisyah pula mencelah.
"Patut la adik susah sangat ummi nak kenenkan dengan Luthfi, rupa-rupanya dah ada angah. Balik oversea pun single je, sebab ni la ye." Merah muka Hanin.
"Adik tak tahu apa yang ummi abah cakap ni." Aisyah ketawa kecil dengan Hanin yang masih menidakkan perasaannya.
"Takpe, tak nak mengaku takpe. Ummi ada caranya nak suruh korang berdua mengaku nanti." Pucat wajah Hanin tetapi Haziq sepertinya gembira.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
عاطفية"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...