"Adik, dah siap belum?! Kita dah lewat ni." Jerit Aisyah dari luar. Mereka telah lewat untuk ke rumah Aira untuk meminang gadis itu.
"Kejap umi.." Tidak lama kemudian, keluar Hanin berpakaian baju kurung moden dengan rambutnya disanggul kemas.
"Wow, ni nak pergi meminang orang ke nak pergi pinang diri sendiri nih? Lawanya bukan main lagi." Tertawa Maria mendengar Harith bergurau dengan Hanin. Hanin memasamkan mukanya tetapi kemudian tersenyum kepada mereka berdua. Hanin mengikut Harith dan Maria sementara Haziq bersama Aisyah dan Rashid.
Setengah jam kemudian, mereka sampai ke rumah Aira. Ibu bapa Aira telah menunggu mereka di luar ketika mereka sampai.
"Maaflah kami lewat sikit. Tunggu anak dara bersiap macam ni la." Hanin masam lagi mukanya apabila jelas abahnya menyindir dia. Ketawa lagi Harith dan Maria.
"Ni ke anak daranya? Cantik, tak ape lah lewat kalau macam ni cantiknya." Tersenyum lebar Hanin mendengar pujian ibu bapa Aira.
"Masuklah, kita bincang kat dalam." Mereka semua masuk ke dalam rumah Aira dan duduk di ruang tamu. Tidak lama kemudian, datang Aira mengangkut air untuk mereka.
"Cantiknya bakal menantu umi ni, sejuk mata umi tengok." Hanin merenung Aira dari belakang. Aira ketika itu di pandangannya biasa sahaja. Dia jauh lebih cantik. Harith mula mendekati dan berbisik kepadanya.
"Tengok tu, adik. Umi suka menantu dia simple macam Kak Aira." Geram dengan gurauan abangnya, Hanin menampar lengan Harith sehingga abangnya mengaduh kesakitan.
Ketika orang tua berbincang, hati Hanin mula berasa sedih dan sayu. Tipulah kalau dia tidak berasa kecewa dengan peminangan ini. Dia sangat-sangat berharap dia yang menjadi Aira, gadis pilihan Haziq. Namun, dia pasrah. Hanin berazam untuk move on selepas sahaja majlis ini selesai.
"Jadi bila kita langsungkan majlis perkahwinan mereka berdua ni? Benda baik tak perlulah dilambatkan, betul tak?" Aisyah dan Rashid mengangguk bersetuju.
"Kami tak kisah, pasal majlis ni terpulang kepada keluarga perempuan." Ayah Aira mengangguk.
"Kalau bertunang ni kita buat lima bulan je boleh? Karang lama-lama bertunang lain pula jadinya." Aisyah dan Rashid mengangguk lagi, bersetuju dengan idea keluarga Aira.
Dengan wajah yang sedih, Hanin mendekati Harith. Langsung tidak dipedulikan Haziq yang kerap kali memandang mereka dua beradik yang berada di belakang sedari tadi.
"Lima bulan lagi? Tak cepat sangat ke tu along?" Bisiknya perlahan membuatkan Harith tersenyum.
"Standard la tu lima bulan. Betul la tu macam yang parents Kak Aira kata, bertunang lama-lama nanti jadi lain pulak." Hanin akhirnya diam apabila Harith sudah berkata begitu. Sebelum balik, mereka dijamu makan oleh keluarga Aira. Belum sempat Hanin duduk, telefonnya berbunyi. Dia keluar sebentar bagi menjawab telefon. Haziq memerhatinya dengan perasaan curiga.
"Ye, assalamualaikum uncle. Uncle apa khabar?" Tersenyum senang dia mendapat panggilan daripada Alif.
"Waalaikummussalam Hanin. Uncle sihat alhamdulillah. Doktor dah discharge uncle dari hospital hari ni. Uncle call sebab takut Hanin ada datang melawat uncle kat hospital." Gembira Hanin mendengar lelaki itu telah keluar daripada wad.
"Ni, Hanin. Uncle dengan auntie ada buat majlis sikit malam ni. Makan malam dengan keluarga je. Uncle dengan auntie nak jemput Hanin datang rumah uncle malam ni. Hanin free ke malam ni?" Teragak-agak Hanin menjawabnya memandangkan ianya sebuah majlis keluarga.
"Eh, takpe ke Hanin join sekali uncle? Yelah, uncle pun mesti nak bersama dengan family uncle kan? Nanti apa pulak kata orang lain kalau Hanin ada." Tertawa lelaki itu mendengar jawapan Hanin.
"Lah, datang je. Lagipun semua family uncle nak kenal dengan Hanin. Hanin selamatkan uncle kan? Datang ye, nanti uncle suruh Fiq datang ambik Hanin kat rumah." Hanin berfikir semula.
"Bolehla, uncle. Nanti Hanin mesej alamatnya. Ok, uncle. Terima kasih. Jumpa malam ni." Senyuman masih lagi tidak hilang dari senyuman Hanin.
"Cakap dengan siapa pulak tu sampai senyum memanjang?" Hanin berpaling mencari suara yang menegurnya. Kelihatan Haziq sedang menyandar pada dinding tapi matanya melihat ke arah lain.
"That is not your business." Hanin terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu balasan dari Haziq.
"Umi, Hanin balik rumah dulu ya tengahari ni. Lupa nak beritahu umi, malam ni adik ada janji dengan orang." Aisyah dan Rashid berpaling melihat anak bongsu mereka.
"Lah, kenapa cepat sangat. Baru angah kamu nak belanja kita makan malam ni sempena meminang dia tadi." Hanin tersenyum lembut kepada Aisyah.
"Takpelah umi, lain kali je lah. Ada la tu rezeki adik nanti kat mana-mana." Hanin turut berpaling melihat Hazjq yang berada di sebelah mereka. Dia berwajah ketat tetapi tidak menyampuk dalam perbualan Hanin dan Aisyah.
"Dah siap belum? Kalau tak, pergi siap cepat." Harith keluar dari biliknya setelah selesai bersiap. Hanin bangun dan masuk ke biliknya. Haziq merenung bilik Hanin lama. Apabila Hanin keluar, Haziq melarikan pandangan. Tapi Hanin tahu Haziq memerhatinya.
"Hanin, tunggu." Panggil Haziq ketika dia ingin memasuki kereta.
"Jom teman angah shopping malam ni. Angah perlukan pendapat adik tentang style angah. Lagipun, dah lama kita tak spent time sama-sama kan." Hanin memandang Haziq pelik.
"No thanks angah. Lagipun angah ada tunang kan. Ajak la tunang angah tu shopping. Adik nak tunaikan azam adik yang terbaru, iaitu jauhkan diri dari angah. So bye." Hanin terus memasuki kereta tanpa berpaling lagi.
"Apasal angah tu? Dia nak apa?" Tanya Harith apabila dia melihat cermin pandang belakang, Haziq masih lagi berdiri di depan pintu rumah mereka.
"Entah." Hanin sengaja berkata begitu. Dia tahu niat sebenar Haziq, ingin menghentikannya dari pergi ke rumah uncle Alif malam ini. Hanin pening dengan Haziq. Dia tidak mengetahui siapa di talian tadi, tapi sesuka hati saja ingin menghalangnya.
"Kita dah sampai, cik Hanin." Hanin melihat Fiq yang berada di bahagian pemandu.
"Fiq, saya kan dah cakap. Tak payah nak panggil cik sangat. Panggil je Hanin, macam pelik pulak ada cik-cik kat depan." Mereka beriringan keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Hanin terpegun melihat rumah mewah milik uncle Alif dan Auntie Rosnah.
"Hanin, datang pun. Uncle ingat tadi kamu tak datang." Hanin tersenyum ke arah Alif yang berada di depannya.
"Sori uncle. Tadi Hanin minta Fiq berhenti sekejap, sebab Hanin ada belikan buah untuk uncle." Terharu Alif dengan keprihatinan Hanin. Alif menyerahkan gubahan buah tadi kepada orang gajinya dan membawa Hanin ke meja makan. Sekali lagi Hanin terpegun melihat kemewahan cara hidup uncle Alif.
"Mari, uncle kenalkan dengan keluarga uncle." Di meja makan, gugup Hanin dibuatnya apabila beberapa pasang mata memerhatinya.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...