Bab 25

15.7K 516 3
                                    

"Assalamualaikum akak....abang?" Hanin tergelak kecil melihat Laila terkejut melihat ada orang lain selainnya di dalam kereta. Sekarang dia tahu perasaan Raykal, dia akan mengusiknya sebanyak mungkin.

"Kenalkan Lela, abang hensem ni Raykal bff akak." Hanin dapat melihat Laila juga tersenyum kecil melihat Raykal. Idea jahat bermain-main di fikirannya.

"Ok, dah main tenung-tenung mata. Jom pergi hospital, karang lewat pula." Termalu Laila apabila ditegur Hanin. Perjalanan mereka senyap sunyi tapi Hanin tahu kerap kali Raykal melihat cermin pandang belakang bagi melihat Laila.

"Lela...sekarang ni semester berapa? Cuti ke macam mana ni?" Hanin pasti Raykal mahu mengenal Laila, tapi kerana malu semuanya diam.

"Sekarang ni Laila dalam semester 4, cuti dua bulan. Duduk rumah pun tak tahu na buat apa. So, sori la kalau Lela kacau akak macam ni." Hanin tersenyum menidakkan. Apabila keadaan senyap kembali, Hanin menyiku lengan Raykal membuatkan lelaki itu berpaling kesakitan. Hanin tersenyum lebar dan mengenyit mata kepada Raykal.






"Assalamualaikum sayang-sayang sekalian!!!" Kuat suara Hanin memberi salam membuatkan semua berpaling dan tersenyum. Hanin mendekati uminya yang meneman Maria bersalin lalu mencium tangan. Begitu juga dilakukan kepada Maria dan Harith, tiba giliran Haziq dan Aira Hanin hanya melepasi mereka, berpura-pura tidak nampak.

"Ya Allah comelnya baby ni. Kejap adik tengok ikut muka siapa. Hmmm, mata macam along, hidung dengan mulut ikut akak." Tersenyum memanjang Maria lalu mengerling suaminya.

"Adik datang dengan siapa? Kata dengan kawan, mananya?" Hanin baru sahaja ingin memangku baby terhenti dan melihat pintu. Tidak lama kemudian, masuk Raykal dan Laila tersengih sambil tangan mereka menjinjing buah-buahan.

"Siapa kawan baru adik ni, umi tak pernah tengok lagi." Tegur Aisyah apabila Laila bersalam dengannya.

"Ni Laila, adik Hanin." Berpaling Haziq dan Harith melihatnya sebaik sahaja perkataan adik disebut. Tetapi Hanin cuma mendiamkan diri, malas untuk berterus terang.

Haziq merenung Raykal atas dan bawah. Ketika Hanin memangku bayi Harith, Raykal datang merapati belakang Hanin dan berbisik sesuatu ke telinga Hanin membuatkan mereka ketawa. Hanin mencubit pipi baby tersebut, geram dengan kecomelannya.

"Elok lah tu dik, praktis awal-awal. Nanti kalau dah ada baby senang." Hanin mengangguk mendengar kata-kata Maria.

"Praktis praktis jugak, calon suaminya dah ada ke?" Tajam soalan Aisyah yang ditujukan kepadanya. Hanin membuat muka seperti sedang berfikir.

"Entah la umi. Umi tunggu jelah nanti. Ada masa nanti, adalah tu Hanin bawak balik." Hanin tersenyum bermain dengan jawapannya. Walaubagaimanapun, tidak senang duduk Haziq mendengar jawapan Hanin. Aira memerhati Hanin kemudian Haziq. Tiada tindak-tanduk yang curiga di antara mereka berdua. Aira akhirnya meyakinkan hatinya perkara buruk yang difikirkan itu adalah mengarut dan tidak pernah berlaku.

"Haziq, dah lama ke datang sini? Dengan tunang tu?" Raykal melihat Aira yang tercegat di sisi Haziq sejak mereka datang lagi. Haziq hanya mengangguk, tidak mahu dikata sombong walau sebenarnya dia tidak suka berbual dengan Raykal.

"Sayang, kita kena balik pejabat sekarang, kejap lagi kita ada meetingkan dengan pelabur dari China tu?" Sekali lagi Haziq mengangguk dan mereka berlalu untuk bersalam dengan Aisyah. Untuk kali yang terakhir Haziq memandang Hanin tapi langsung tidak dipedulikan. Hanin ralit bermain dengan baby bersama Raykal di sisinya. Hanin tahu dia diperhatikan, tapi dia malas melayan.

"Apa pendapat along tentang Aira?" Tanya Aisyah tiba-tiba kepada anak sulongnya. Hanin dan Harith memandang Aisyah.

"Apa maksud umi tanya along macam tu? Bagi along, macam biasa la." Hanin mendengar perbualan mereka dan mata melihat Raykal dan Laila bermain-main dengan baby.

"Yelah, datang tadi senyap je duduk dekat angah. Masa mula-mula je cakap dengan umi dengan Maria lepas tu senyap. Umi tak faham la tujuan mereka datang lawat isteri kamu kalau setakat nak duduk diam macam tu berdua." Hanin mengingat kembali ketika mereka berada di dalam wad tadi. Aira melekat dengan Haziq dan hanya melihat mereka, tidak berbual langsung dengan orang lain.

"Tu belum kawin, agak-agaknya kalau dah kawin dia bawak anak umi duduk jauh dari umi agaknya." Kedengaran suara Aisyah agak tegang. Harith dan Hanin cuma diam dan tidak membalas.  

Selesai saja melawat, mereka kembali ke kereta.

"Akak, dah lebih lunch hour ni, takpe ke masuk lambat kerja?" Tanya Laila apabila jam telah menunjukkan pukul 2.45.

"Takpe, akak tak takut. Ni boss ada sebelah akak." Hanin tersenyum melihat Raykal di sebelahnya.

"Tak takut? Takpe, nanti aku potong gaji kau bulan ni." Hanin cuma ketawa mendengar ayat Raykal.

"Oh ya akak, kenapa dengan abang akak yang datang dengan tunang dia tu? Masa kita duduk situ, lama dja pandang akak. Tapi akak tak layan pun dia." Hanin melihat ke luar tingkap.

"Entah la Lela, sewel kut dia tu." Perjalanan mereka kemudiannya dalam keadaan senyap. Hanya kadang-kadang Hanin berbual dengan Raykal.





"Akak, jemputlah masuk rumah dulu. Nenek dengan mama Lia pasti nak jumpa akak." Hanin mengangguk dan masuk ke dalam bersama Raykal.

"Assalamualaikum, nenek mama mami papa." Tegur Laila sebaik sahaja melihat mereka sedang makan-makan di luar. Semua mata berpaling melihat mereka bertiga. Dahlia tersenyum lebar melihat Hanin berada di belakang Laila.

"Lela pergi mana dengan kakak? Kakak kan bizi tu." Laila melihat maminya yang melihat tajam dia.

"Taklah mami. Sebelum pergi Lela dah call akak and akak kata tak bizi, so Lela ikutlah." Hanin dan Raykal tersenyum saja.

"Assalamualaikum auntie, auntie sihat?" Tegur Hanin mendekati Dahlia yang meneguk minumannya.

"Waalaikummussalam, Hanin. Auntie sihat je, macam biasa. Maafla kalau Lela ganggu Hanin waktu kerja macam ni." Hanin mengeleng dan dia tiba-tiba berdiri.

"Auntie, Hanin tumpang tandas boleh?" Dahlia mengangguk dan menunjukkan arah ke tandas.

Keluar saja dari bilik air, Hanin segera ke luar semula. Tapi matanya terlekat pada frame-frame gambar keluarga Laila yang disusun kemas. Hanin tersenyum seketika melihat gambar-gambar tersebut sehinggalah satu gambar yang membuat dia terpaku. Dia menyentuh dan mengangkat gambar itu supaya dapat melihat lebih dekat lagi.

"Itu gambar cucu nenek masa dia umur setahun." Hanin berpaling melihat Nek Piah di belakangnya.

"Cucu nenek? Siapa? Lela, ke Damia?" Tanyanya keliru. Gambar itu seperti dikenalinya.

"Cucu nenek, Hanin. Tapi dia hilang masa umur dia dua tahun." Hanin berpaling laju apabila mendengar namanya disebut. Tapi, dia berpaling semula untuk melihat perhiasan yang dipakai pada leher bayi itu. Seutas rantai berloketkan nama Hanin.


Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now