Bab 11

14K 532 8
                                    

Sedang Hanin termenung di luar malam itu, Harith duduk di sisinya. Hanin langsung tidak mengendahkan abangnya walau sudah 5 minit mereka duduk sekali.

"Along suka kalau adik dengan Luthfi tu. Baik je budaknya." Hanin menjeling Harith kemudian dia duduk sambil memeluk kaki.

"Masih marahkan along?" Hanin diam tidak menjawab. Harith mengeluh seketika.

"Adik, along buat semua ni bersebab. Sebab along tak nak keluarga kita huru-hara pasal ni. Adik pun kena fikir perasaan umi dengan abah. Macam mana reaksi diorang kalau tahu pasal semua ni." Hanin diam memendam rasa. Air matanya mula berkumpul di pelupuk.

"Senang la along cakap. Along tak rasa apa yang adik rasa. Masa adik rasa benda ni, adik tau ianya pelik, tapi adik yakin adik dengan dia boleh bersama. Sebab walau kita keluarga, kita takde hubungan darah. Tapi...bila along...." Hanin segera berpaling ke arah lain apabila air matanya mula laju turun. Dia tidak ingin Harith melihatnya menangis, tapi Harih tahu dia menangis. Harith meletakkan sebelah tangannya ke atas bahu Hanin dan menariknya dalam pelukan.

"Maafkan along, along tak faham semua ni. Tapi along tahu dalam hati adik mesti peritkan bila tengok angah selalu. Mungkin along buat semua ni sebab along sayangkan family along. Along nak kita kekal adik-beradik." Hanin teresak di dalam pelukan Harith.

"Semua ni takkan kekal lama long. Mungkin antara kita nanti akan pergi dari sini. Siapa yang tahu?" Kata Hanin lalu mengesat air matanya.

"Kenapa cakap macam tu? Adik nak tinggalkan umi dengan abah ke? Nak tinggalkan along dengan angah?" Hanin berpaling ke arah lain semula.

"Kalau itu yang terbaik untuk semua. Mungkin sekarang ni masa yang terbaik untuk adik keluar dari keluarga Haji Rashid. Yelah, adik pun bukan anak kandung umi." Harith merasa bengang dengan jawapan Hanin.

"Kalau adik keluar dari rumah ni, tu semua kerana perasaan adik. Tak fikir ke umi dengan abah? Kitorang tak pernah anggap adik orang luar." Hanin terus bangun dan masuk ke rumah. Tidak sempat Harith ingin menjelaskan lebih lanjut.

Dalam perjalanan masuk ke bilik, Hanin terlanggar bahu Haziq dan abangnya perasan dia baru lepas menangis. Dia memaut tangan Hanin tapi Hanin merungkaikan dengan kasar lalu segera masuk ke biliknya. Harith dari belakang memerhatikan adik-adiknya.

"Apahal pulak kali ni? Sebelum ni tak pernah langsung along buat dia nangis? Korang bincang apa yang serius sangat?" Tanya Haziq sebaik saja dia duduk di tempat Hanin tadi.

"Takde la ngah. Masalah Hanin tu, along cuma dengar je." Harith tidak memandang Haziq yang memerhatikanya.

"Ye eh? Masalah apa? Sebab angah tengok korang macam gaduh je. Along, angah faham kalau dia ada masalah dia akan cerita kat along je. Tak pernah sekali dia mengadu kat angah. Tapi please, faham adik. Dia nampak murung je kebelakangan ni. Rasa macam perangai remaja dia tu datang balik, suka memberontak." Harith memandang Haziq di sebelahnya. Kalaulah dia tahu masalah ini berpunca daripadanya.


"Umi, adik rasa macam nak kerja la." Aisyah melihat anaknya yang ralit memotong sayur.

"Kenapa pulak. Kamu cakap sebulan ni nak duduk rumah dulu, baru la nak cari kerja. Kenapa? Dah bosan duduk rumah, asyik spent time dengan umi je?" Hanin tersenyum tapi semua yang melihat pasti tahu dia senyum yang dibuat-buat.

"Takdelah umi, adik harap adik tak payah kerja. Duduk je dengan umi 24 jam. Tapi sampai bila nak macam nikan? Lagi lama adik duduk kat rumah, lagi lama la buang masa." Aisyah melihat lagi Hanin.

"Buang masa kenapa? Adik ada rancang something ke? Nak pakai duit?" Laju Hanin mengeleng mendengar pertanyaan Aisyah. Soalannya tidak dijawab dan dibiarkan tergantung di situ.

Keesokan harinya, Hanin berpakaian kemas dan keluar awal dari rumah. Aisyah ada bertanya kepadanya ke mana dia hendak pergi tapi tidak dijawabnya.

"Abang, saya risau la tengok Hanin tu. Entah ke mana dia pergi hari-hari. Dahla keluar awal, tanya tak cakap pergi mana." Adu Aisyah kepada Rashid pada suatu hari.

"Alah awak ni, anak-anak dah besar pandai la diorang jaga diri. Hanin tu dah duduk London sorang-sorang dia, boleh je jaga diri. Takkan kat Malaysia ni tak reti pulak." Aisyah menjeling suaminya di sebelah.

"Abang tak faham perasaan saya sebagai seorang ibu. Aah, haritu dia ada cakap kat saya nak kerja. Ke dia pergi interview eh bang?" Rashid melihat isterinya.

"Elok lah tu dia cari kerja. Apa nak dihalangnya. Lagipun budak-budak sekarang cepat bosan kalau duduk rumah lama-lama. Tak macam kita dulu-dulu. Biarlah dia keluar dari duk terperuk je dalam bilik tu seharian." Aisyah akhirnya mengangguk mendengar kata-kata suaminya.



"Ehem....adik... ada nak beritahu something ni. Gud news." Semua mata kini memerhatikan Hanin.

"Esok.... adik dah mula kerja...kat syarikat perkapalan, jadi bisnes project manager." Terserlah wajah ceria pada Hanin.

"Alhamdulillah, bagus la macam tu. Tak la adik bosan je duduk rumah." Hanin mengangguk mendengar abahnya.

"Lah, kenapa cepat sangat? Teman la umi kat rumah dulu? Umi tak puas bermanja lagi dengan anak perempuan dia, dah Hanin sibuk nak kerja." Harith menjeling adiknya yang duduk di hujung meja. Hanin tidak mempedulikan kata-kata Harith dan menyambung suapan.

"Biarlah abang, dia nak berdikari. Itu hak dia, abang nak halang kenapa? Dah dapat master dari oversea, takkan nak duduk rumah je. Kan, Hanin?" Hanin memberi senyuman kepada Maria kerana telah menyokongnya.

"Hem, elok la tu. Kerja-kerja jugak, jangan sibuk nak bercinta pulak." Hanin menjeling Haziq yang merenungnya. Sementara Aisyah ketawa mendengarnya.

"Biarlah angah, kalau dah sampai jodoh nak buat macam mana. Adik kamu tu nak berkawan jugak." Baru saja Hanin ingin menyuap lagi nasi, baru dia perasan alongnya melihatnya. Pasti Harith berfikir tentang kata-kata Haziq tadi. Dia membuat tidak peduli kepada Harith.

"Ni, kamu dengan Aira bila nak masuk meminangnya? Bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Nikah la cepat-cepat. Nanti apa pulak orang kata." Terus hilang selera Hanin apabila isu perkahwinan Haziq dibicarakan. Dia memandang abangnya dan jelas sinar bahagia.

"Insyaallah, umi." Haziq memandang Hanin dan dia tiba-tiba melihat adiknya berwajah sedih. Adakah kerana perkahwinannya?

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now