Bab 33

16.5K 488 11
                                    

"Assalamualaikum nenek. Ada apa nenek call Hanin masa kerja ni? Ada apa jadi kat rumah ke?" Nek Piah tertawa mendengar kekalutan Hanin.

"Takda apa, nenek cuma nak beritahu balik awal hari ni tau. Malam Selasa biasanya semua anak cucu nenek berkumpul, makan malam sekali." Hanin melepaskan nafas lega.

"Ooh, ingat apalah tadi. Boleh je nek, sebut je makan Hanin akan terus balik awal. Nanti Hanin suruh abang jemput Hanin awal-awal. Okay nek, bye assalamualaikum." Hanin menyiapkan kerja secepat mungkin kemudiannya. Apabila jam menunjukkan pukul 5.30, dia segera mencapai handbag.

"Jom balik dengan aku." Tegur Raykal sewaktu terserempak dengannya di depan lif.

"Sori Ray, tapi aku tak balik rumah hari ni. Tidur rumah mama. Ada makan-makan keluarga sikit." Raykal memandangnya.

"Keluarga je? Bakal keluarga takde?" Hanin tersengih lalu memandang Raykal.

"Kalau berani, ikutlah sekali. Jumpa papa dulu. Eh dahla, aku pergi dulu ye. Abang Shah dah tunggu kat bawah tu. Bye." Kalut Hanin keluar dari pejabatnya lalu masuk ke kereta Shah.

Tanpa disedarinya, Haziq mengekori kereta Shah dari belakang. Dia sengaja menunggu Hanin balik untuk mengetahui di mana rumah barunya. Haziq terpampam apabila melihat Shah datang menjemput Hanin balik.

Setelah hampir setengah jam mengekori, kereta Shah masuk ke sebuah rumah mewah dan serta-merta Haziq berhenti. Dia terfikir apakah hubungan mereka berdua dan apakah pekerjaan Shah sehingga dapat membeli rumah sebesar itu.

Tidak sempat dia ingin melihat mereka keluar dari kereta, pintu pagar tersebut telah tertutup secara automatik dan menutup separuh pandangan rumah tersebut. Haziq memukul stereng, geram. Tapi dia bersabar kerana sekurang-kurangnya dia tahu di mana Hanin tinggal kini.



"Call Damia, suruh dia balik hari ni. Takkan dia langsung tak bagitahu awak ke mana dia pergi, sampai seminggu tak balik?" Alif mula membebel tentang Damia.

"Takde, dia tak telefon pun saya." Tipu, Rosnah menipu suaminya. Walaupun Damia tidak menelefonnya, dia tahu anaknya bersama boyfriend cinanya itu.

"Awak pun satu, dah tahu anak tak balik rumah sampai seminggu takkan tak risau langsung? Telefon la dia. Entah ke mana dia tinggal, dengan siapa, buat apa, awak tak pernah terfikir ke?" Rosnah menggigit bibirnya menahan marah.

"Pandai awak nasihatkan saya. Yang awak tu? Baru hari ni nak risau tentang Damia? Kenapa tak sejak first day lagi tanya pasal dia? Kenapa baru hari ni? Saya perasan tau, sejak balik anak kandung awak tu, awak dah tak pedulikan anak-anak saya. Kenapa? Ingat dia sorang je ke anak awak? Yang lain macam mana?" Alif bangun dari bucu katil.

"Jaga mulut awak Ros! Saya layan anak-anak saya sama rata je. Takde nak berat sebelah. Damia jadi macam ni sebab awak sebelahkan dia sangat. Jangan nak salahkan Hanin sebab Damia. Dah, call dia sekarang. Suruh dia balik, saya tak nak dengar alasan lagi." Lalu dia keluar dari bilik tidur mereka. Rosnah mendengus geram. Sikat yang dipegangnya dilemparkan ke lantai. Kemudian, dia menyalahkan Damia pula atas sebab Alif memarahinya.

"Hello Damia!! Kamu balik sekarang, mami tak dengar apa-apa lagi!!! Kalau kamu tak sampai dalam masa 30 minit lagi, tahulah apa yang papa kamu akan buat." Dengan geram, dia mematikan panggilan.

20 minit kemudian, Damia sampai ke rumah dengan tubuh yang lesu, mata yang merah dan rambut yang agak berserabut. Dia menyembunyikan matanya yang merah dengan memakai kaca mata hitam lalu bergegas naik ke atas untuk mandi dan bersiap. Tidak dipedulikan mata Shahir, Rosnah dan Alif yang memandangnya sebaik dia masuk ke dalam.

"Makan malam dah siap!!" Jerit Laila dari meja makan. Amirul membantu Dahlia mengangkat lauk dari dapur ke meja. Dahlia tersenyum melihat Amirul hari ini.

"Wah, Kak Leha masak semua ni ke hari ni?" Tegur Alif apabila melihat nasi tomato terhidang.

"Taklah, Hanin yang masak semuanya hari ni. Dia suruh Kak Leha duduk je, akak nak menolong pun dia tak bagi." Tersenyum Alif melihat anaknya.

"Yelah, buat apa nak tolong kalau Lela dengan Mirul ni menyibuk kat dapur sekali. Baik Mak Leha duduk je." Lela dan Mirul duduk dengan perasaan bangga.

"Hai Mirul. Rajinnya nak tolong masak hari ni, biasanya dalam bilik je." Shahir menegur Amirul yang tiba-tiba merajinkan diri menolong di dapur. Tidak lama kemudian, muncul Nek Piah dari biliknya, baru selesai solat isyak.

"Mana, cucu nenek yang mana masak sedap sangat ni? Meh nenek nak rasa." Tertawa Lela dan Hanin, sementara Amirul hanya tersenyum. Hanin berasa amat bersyukur kerana Amirul kini semakin ramah dengannya, tidak seperti kali pertama mereka berjumpa dulu. Rosnah pula menjeling semua makanan yang dimasak Hanin. Tidak berminat mendengar pujian mereka.

"Sorry guys Mia lambat." Suara Damia yang terlebih ceria mematikan suasana di meja. Damia mencium kedua belah pipi orang-orang tua di dalam rumah itu. Walaupun semua mereka tidak menyukai, mereka hanya mendiamkan diri.

"So, Mia. Ke mana pergi sampai seminggu tak balik? Ke dah beli rumah sendiri sampai tak ingat jalan balik?" Keras sindiran Alif kepada anaknya.

"Sorry, pa. Mia stay rumah kawan tolong dia. Lately, dia ada masalah sikit so Mia stay dengan dia. Tenangkan jiwa dia." Shahir tertawa sinis.

"Why? Kawan Mia tu sakit jiwa ke sampai nak tenangkan jiwa dia?" Laila hampir tergelak kuat mendengarnya tapi dia menutup mulutnya cepat.

"Excuse me, Mia takde cakap pun apa-apa pasal sakit jiwa. Mulut tu jaga sikit.."

"Mia tu yang patut kawal mulut. Papa tak pernah ajar cakap dengan abang macam tu. Dan papa tak pernah ajar anak-anak papa untuk tampar adik dia even kalau dia buat salah sekalipun." Mood di meja makan semakin merudum. Rosnah merenyukkan bajunya di bawah meja, geram dengan suaminya yang terus-terusan menyalahkan Damia. Dia ingin menghalang tapi dia takut dengan Alif.

"Dah-dah!! Malam ni bukan nak bergaduh, lagi-lagi depan rezeki. Malam ni kita nak eratkan lagi hubungan keluarga kan? Dah, jom makan. Nanti sejuk tak sedap pulak nasi ni." Nek Piah segera menyampuk perbualan mereka. Bimbang akan bertukar menjadi pergaduhan pula.

Sepanjang makan malam Damia menjeling Hanin sehingga membuatkan Hanin tidak berasa selesa. Tapi, dia hanya diam dan berbual seperti biasa dengan yang lain.

Damia menahan dendam di dalam hatinya. Sebelum dia turun tadi, sempat dia mendengar pujian dari papa dan neneknya tentang Hanin memasak hari ini. Panas jiwa tapi dia turun dengan muka yang dilebihkan manis. Dia tidak akan berpuas hati selagi perempuan perosak keluarga orang itu bahagia tinggal di dalam rumahnya.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now