Bab 12

14.2K 502 8
                                    

Beberapa hari ini, Hanin menjauhkan diri dari Haziq, dan abanngnya dapat merasakan itu. Ketika mereka sedang bersiap ke tempat kerja, Haziq masuk ke bilik adiknya. Hanin ketika itu sedang menggayakan rambutnya untuk ke tempat kerja.

"Yes, what can i help you?" Haziq duduk di katil Hanin sambil memerhatikan adiknya. Hanin berpaling melihat Haziq.

"Cantik adik angah ni." Hanin tidak puas hati, dia memeluk lengan dan memerhatikan Haziq yang tersengih kepadanya.

"Ok, angah pelik. Ada something angah nak dari adik ke?" Dia mengambil handbagnya di atas meja.

"Ok, kenapa adik avoid angah? Sejak beberapa hari ni..." Hanin menggelengkan kepalanya. Dia bergerak untuk keluar dari bilik. Tapi Haziq menghalangnya. Haziq menariknya di dalam pelukan tetapi Hanin menghentikannya.

Jantungnya berdegup laju. Mukanya telah bertukar menjadi kemerahan, dan dia tidak mahu Haziq melihatnya seperti ini. Dia tidak suka berada dekat dengan Haziq kerana pasti ini akan berlaku. Dia segera merungkaikan pelukan dan membelakangi Haziq.

"Angah, kalau angah buat macam ni lagi, adik beritahu umi angah buli adik." Haziq hanya ketawa mendengar ugutan Hanin.

"Adik.... Adik tak suka angah kawin ke?" Hanin berpaling apabila soalan itu ditanya. Dalam kepalanya kini berserabut. Patutkah dia jujur? Atau haruskah dia sembunyikan?

"Aah, adik tak suka. Adik tak suka angah kawin. Bila angah kawin....macam mana dengan...dengan adik?" Hanin tahu abangnya pasti keliru dengan apa yang dimaksudkan olehnya. Seketika kemudian, Haziq ketawa.

"Alah, jangan risau la. Kalau angah dah kawin sekalipun, kasih sayang angah pada adik tak berubah. Lagipun, kita kan duduk satu bumbung. Takde apa yang akan berubah." Kata Haziq sebelum memggosok kepala Hanin lalu keluar. Hanin menggosok mukanya kasar.

"Ya Allah, kenapa aku suka dengan lelaki slow macam ni?" Dia mengambil kembali beg tangannya dan berangkat ke tempat kerja.

"Macam mana kerja? Okay?" Hanin mengangkat muka melihat orang yang bertanya soalan tadi. Mulutnya segera tersenyum lebar melihat lelaki yang berada di pintu pejabatnya.

"Ray, masuklah. Kerja? Macam ni la, still coping in." Raykal aka kawan sekolahnya dulu duduk di kerusi yang disediakan.

"Aku belanja....kau lunch nak hari ni?" Hanin kembali melihat Raykal di hadapannya.

"Serius ni nak belanja aku? Kalau bos dah cakap macam tu, takkan aku nak tolak." Ketika dia meminta kerja di syarikat ini, tidak diketahui bahawa syarikat itu dimiliki oleh keluarga Raykal. Raykal bekerja sebagai CEO di dalam syarikat itu.

"Wei, aku ingat kau dah jadi CEO, ada kerja tetap, berduit, rupa pun apa kurangnya, apasal tak kawin lagi?" Terbatuk Raykal mendengar soalan Hanin. Setelah tiada jawapan dari Ray, Hanin menyambung makan.

"Aku tunggu kau balik la, nak kawin dengan kau." Senyap tiba-tiba situasi di meja. Kemudian, Hanin ketawa terbahak-bahak.

"Amende la kau ni Ray. Nak buat lawak pun agak-agak la. Buat apa kau tunggu aku? Kita bukan pernah ada pape pun sebelum ni. Lahai kau ni." Hanin menghabiskan sisa ketawanya tapi muka Raykal tetap serius.

"I'm not joking. Aku serius tunggu kau, balik dari London. Actually, sejak dari sekolah lagi aku minat kat engkau. Tapi yelah, abang kau tak suka aku kawan dengan kau kan, so terhenti kat situ la." Hanin melihat wajah redha Raykal yang bermain-main dengan makanannya.

"Sori Ray, aku....aku bukan tak suka. Tapi aku tak puas lagi hidup sorang-sorang. Tak payah terikat pada sesiapa, bebas. So, aku memang tak boleh balas feeling kau kat aku." Raykal ada memandangnya tapi Hanin menunduk melihat kasutnya.

"Kau boleh buat macam-macam alasan. Tapi aku tahu sebenarnya kau dah ada someone special dalam hati kau. Aku tahu... Tapi tak apalah, aku redha dengan takdir." Hanin tersenyum melihat Raykal dan Raykal membalasnya.

"Well, kalau macam tu aku harap kau dapat jadi bff aku. Sebab lepas je aku balik dari London, aku langsung tak contact dengan sape-sape dari zaman sekolah....sampailah aku jumpa kau." Raykal mengangguk setuju dan mereka kembali menyuap makanan.

Otw balik ke pejabat, Hanin dan Raykal mengulang zaman-zaman persekolahan mereka. Itu membuatkan mereka ketawa berulang kali. Tiba-tiba telefon Hanin berbunyi.

"Ye, assalamualaikum umi." Hanin meminta diri sebentar bagi bercakap dengan uminya.

"Adik balik pukul berapa hari ni? Ni umi nak beritahu Luthfi dengan mama dia nak datang rumah kita malam ni." Teragak sebentar apabila nama Luthfi disebut.

"Ooh, makcik Kalsum, datang je la.
Kenapa kena beritahu adik pulak?" Bunyi uminya mengeluh di hujung talian.

"Balik nanti, kamu belikan kuih seri muka 2 ringgit eh. Lutfi suka kuih tu." Hanin menjelingkan matanya. Sejak bila dia perlu tahu apa yang disukai Lutfi.

Oklah umi. Kuih tu....insyallah kalau sempat." Cepat-cepat dia mematikan panggilan supaya uminya berhenti memesan apa saja untuk Lutfi.

"Siapa?" Tanya Raykal sebaik saja Hanin menghampiri.

"Umi aku. Dia cakap suruh beli makanan sikit nanti balik. Tetamu nak datang kan." Raykal senyum terpaksa kepada Hanin.

"Bakal menantu dia nak datang la tu..." Menjeling Hanin ke arah Raykal.


Sampai sahaja ke rumah, kelihatan dua buah kereta selain daripada kereta milik keluarganya. Satu milik Luthfi, dan satu lagi tidak diketahui. Masuk sahaja ke dalam, bunyi riuh rendah di dapur menarik perhatiannya. Kelihatan semua ahli keluarga dan tetamu telah berkumpul di sini.

"Hah, balik dah anak dara sorang ni. Lewatnya habis kerja hari ni, semua orang dah sampai dah." Hanin dengan wajah ceria mencium tangan Makcik Kalsum, umi dan abahnya dan tidak lupa memberi senyuman kepada Luthfi.

"Kereta sapa sebuah lagi kat depan tu umi?" Tanyanya lagi.

"Kereta Kak Aira. Kenapa?" Terkejut Hanin kerana tiba-tiba sahaja Haziq dan Aira datang dari belakangnya dan menjawab soalan itu.

"Eh...akak....akak datang." Kata Hanin lambat-lambat dan akhirnya bersalam dengan Aira. Haziq memerhatikannya tapi dia tidak mempeduli. Pasti Haziq tahu reaksinya yang seolah-olah tidak menyukai kedatangan Aira ke rumah ini.

"Umi, Haziq ada nak beritahu satu berita ni." Semua mata memandang Haziq dan Aira yang tidak lekang dengan senyuman.

"Kami berdua dah berbincang..... Haziq nak masuk meminang Aira, kalau boleh dalam bulan ni." Terpancar wajah kegembiraan di wajah semua ahli keluarga kecuali Hanin. Dia terkejut, membuatkan mukanya tak bereaksi. Harith yang duduk di sebelahnya perasan dengan air muka Hanin memegang tangan adiknya membuatkan Hanin tersedar semula.

Hanin berpaling ke arah Harith dan abangnya dapat melihat air mata yang akan keluar dari mata adiknya. Harith mengeleng sedikit kepada Hanin dan pegangan tangannya kepada Hanin bertambah erat.

"Em...telefon adik berbunyi la. Adik pergi...pergi angkat dulu ye." Kini semua orang melihat Hanin bangun dari meja dan masuk ke biliknya. Ini kerana mereka langsung tidak ada mendengar sebarang panggilan telefon dari bilik Hanin. Yang paling ketara sekali melihat Hanin adalah Harith dan Haziq. Apabila Haziq menyuap makanan semula, dia terhenti kerana Harith menjelingnya tajam.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now