"Itu gambar cucu nenek, masa dia umur setahun." Hanin berpaling melihat Nek Piah di belakangnya.
"Siapa nenek? Lela, ke Damia?" Tanya Hanin keliru.
"Hanin. Tapi masa umur dia dua tahun dia hilang dari kami." Laju Hanin berpaling melihat Nek Piah dan kemudiannya melihat gambar itu semula. Bayi di dalam gambar tersebut memakai seutas rantai yang berloketkan nama Hanin.
"Rantai ni...." Nek Piah mendekati Hanin dan melihat gambar itu juga.
"Aah, rantai ni. Arwah suami nenek tempahkan rantai ni untuk Hanin masa dia kecik lagi. Yang menariknya, masa Hanin hilang, rantai ni pun turut hilang." Mata Nek Piah tiba-tiba berair.
"Nenek...nenek tak ada cari ke baby tu? Repot polis ke apa." Perasaan Hanin bercampur baur.
"Kami dah cuba mencari tapi tetap tak jumpa. Dahlia, mama Hanin hampir meroyan sebab anak dia hilang. Alhamdulillah, sokongan keluarga dengan bawak pergi berubat dia okay semula. Tapi, sejak Hanin tak ada Dahlia dah tak seceria dulu. Tambah lagi dengan kemalangan tu." Nek Piah mengalirkan air mata mengingat peristiwa lepas. Hanin memeluk Nek Piah dan matanya melihat Dahlia di luar.
"Nenek, suatu hari nanti pasti nenek jumpa cucu nenek semula. Hanin yakin mesti cucu nenek pun mencari keluarga dia yang sebenar. Cuma perlukan masa." Hanin meyakinkan Nek Piah dan juga dirinya sendiri. Entah kenapa dia merasakan mereka ini keluarga sebenarnya.
Laila baru sahaja keluar dari bilik airnya dan terkejut melihat Damia di atas katilnya.
"Kak Mia, lama balik?" Tanyanya perlahan. Laila sebenarnya tidak begitu berani berbual dengan Damia kerana baginya Damia sentiasa membawa aura garang bila dengannya.
"Seronok keluar dengan kakak tengahari tadi?" Terpana Laila namun dia merilekkan dirinya.
"Seronok. Mana Kak Mia tahu Lela keluar dengan Kak Hanin?" Damia menyilangkan tangannya dan memandang Laila tajam.
"Mami bagitahu. Lela, jangan nak rapat sangat dengan perempuan tu. Akak rasa dia pasti ada niat tersembunyi sebab nak rapat dengan keluarga kita." Laila memandang Damia laju.
"Tak, kak Hanin tak macam tu. Lagipun, Kak Hanin baik, Lela rasa senang dengan dia." Mencerlung mata Damia.
"Lela, sedar sikit. Akak tak tahu apa dia buat sampai family kita dah suka dekat dia walau berapa kali jumpa. Lela tak nampak ke yang nenek, mama dengan papa sekarang ni lagi sayang orang tu dari kita? Sedarlah, kita kena halau perempuan tu dari datang rumah kita lagi." Laila bangun dari kerusinya, menghadap Damia. Dia berasa marah kerana Damia menuduh Hanin sebarangan.
"Akak yang patut sedar diri. Yang kurang kasih sayang sekarang ni cuma akak sorang je. Tahu tak kenapa nenek, mama dengan papa lagi suka Kak Hanin dari akak? Sebab Kak Hanin tu hormat orang tua. Bukan macam akak yang suka memberontak lawan cakap semua orang." Oleh kerana terlalu bengang, Damia mengakhiri perbualan mereka dengan menampar Laila.
"Mia!!!!! Kenapa tampar adik?" Muncul Rosnah tiba-tiba mendekati Laila. Matanya mencerlung melihat Damia.
"Lela la. Jaga sikit mulut tu, sekali lagi akak dengar Lela cakap macam tu, siap la." Damia menjeling Rosnah dan Laila sebelum keluar dari bilik. Di pintu bilik, dia terlanggar Alif tapi langsung tidak meminta maaf dan teruskan berjalan.
"Apa dah jadi? Papa dengar orang tinggikan suara tadi!" Rosnah lantas menjeling suaminya pula lalu menyentuh pipi yang dikena tampar tadi. Dia mendengar perbualan dua beradik tadi. Ada betulnya kata Damia, ibu mertua, madu dan suaminya sekarang lebih menyukai orang luar itu daripada anak-anak mereka. Jauh di sudut hatinya, dia berasa takut dengan Hanin kerana namanya Hanin. Selalu dia mengimbas kenangan 21 tahun lepas namun dia merasakan itu tidak mungkin berlaku.
Telefon bimbitnya sedari tadi berbunyi minta diangkat. Dia merehatkan tangannya ke atas dahi, mengeluh melihat nama pemanggil. Akhirnya, Haziq mengangkat panggilan Aira.
"Yes...sayang?" Keluh Haziq.
"Sayang!!! You pergi mana? I dah banyak kali call you." Haziq mengeluh lagi.
"I bizi sangat. I tolong umi buat kerja. You nak apa call i ni?" Aira tergelak sinis.
"Salah ke I nak call tunang I? Kita nak kawin kan? You dah kenapa?" Haziq merasa serabut mendengarnya.
"I okay, tak ada masalah pun. You tu kenapa? Sebelum ni takde nak call-call I macam ni. Call takde sebab macam ni." Bengang Aira mendengar kata-kata Haziq.
"Haziq, you dah berubah tau. Dulu you tak macam ni. Kenapa, you dah bosan dengan I? Kita baru tunang je tau, belum kawin lagi. Wait, jangan cakap you dah ada perempuan lain. You curang dengan I ke?" Malas mendengar Aira membebel lebih panjang, Haziq menutup panggilannya dan menukar kepada mood silence.
Dia kini tidak tahu apa perasaannya kepada Aira. Kini tiada lagi rasa sayang dan cinta seperti dahulu, tapi hanya rasa biasa sahaja. Fikirannya kini lebih tertumpu kepada Hanin. Haziq mengusutkan rambutnya dan berbaring semula di atas katil.
Sesekali Damia tergelak apabila berbual dengan boyfriendnya, Chen.
"So sayang, bila you nak masukkan duit dalam akaun I?" Damia segera memperlahankan suaranya dan melihat sekeliling.
"Baby, nantilah. Lagipun I baru masukkan duit dalam akaun you bulan lepas. Takkan dah habis. Sepuluh ribu kut." Chen mengeluh kuat.
"Come on la sayang, sepuluh ribu tu cukup makan seminggu je. Eh sayang, baby. Please..." Damia akhirnya bersetuju, dia sentiasa cair apabila lelaki cina itu merayu dengannya.
"Ok fine. Nanti I masukkan. By the way, jangan ingat I tak tahu mana you spent semua duit tu. You beli barang kan?" Chen ketawa bersahaja.
"Darling, since when you ajar-ajar I macam mana nak belanja duit ni. Barang tu, I dah pernah ajak you tapi you tak nak. Sekarang, you nak marah-marah I?"
"Baby, I tak habis cakap dulu ni. Apa yang I nak cakap, alang-alang I bagi you duit, why not you kongsi dengan I barang-barang tu." Chen ketawa gembira.
"Hei, sejak bila baby girl I ni pandai guna barang ni? Ok fine la, nanti you masukkan duit tu, I beli brang tu and I bagi you. Kenapa tiba-tiba you ubah fikiran ni?"
"Saja, stress!" Fikirannya terus melayang kepada Hanin yang sejak dua menjak ini semakin merapati keluarganya. Selesai berbual dengan Chen, dia membuka laptop dan memeriksa akaun syarikat papanya. Berjawatan sebagai akauntan di dalam syarikat membolehkan dia mencuri duit syarikat semudahnya.
"Kalau tolak sepuluh ribu lagi, takda beza sangat kut." Tanpa berlengah lagi dia memindahkan duit ke dalam akaun Chen dan tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...