Bab 16

14.8K 529 17
                                    

Semua mata memandang Hanin selepas mendengar kata-kata Haziq. Hanin berdebar, masih belum bersedia untuk menceritakan perasaannya.

"Hanin sebenarnya..." Dia menarik nafas perlahan dan fikirannya serabut samada perlu cakap atau tidak.

"Hanin sebenarnya perlukan masa nak beritahu masalah dia umi, so nampak macam dia tak bersedia lagi tu. Along yakin, sampai masa adik beritahu jugak." Hanin melepaskan nafas lega apabila Harith membantunya. Dalam pandangan mata, dia berterima kasih kepada Harith. Sementara Haziq mencebikkan mulutnya.

"Oklah kalau macam tu. Take your time. Aisyah, pergi siapkan nasi untuk kita makan malam." Arah Rashid dan diikuti oleh Aisyah dan Maria.

"Korang dua orang ni, jumpa kat luar. Along nak cakap sikit." Kata Harith dengan perlahan lalu beredar dari ruang tamu.

"Along nak apa panggil-panggil kat luar? Macam la kat dalam tak boleh cakap." Hanin duduk dengan selesa di beranda luar memerhatikan kedua abangnya yang berdiri.

"Along nak cakap pasal kamu dua orang la. Sampai bila nak macam ni? Angah lebih-lebih lagi." Haziq memandang tajam Harith.

"Angah yang salah? Yang salah dan punca semua ni berlaku adalah kerana dia!! Kalau takde benda ni, semua takkan berlaku. Dan yang lebih menyedihkan abang angah sendiri sembunyikan benda ni dari angah walau dia dah tahu lama." Hanin menundukkan kepalanya. Dia mula berasa sebak. Dia merasakan dia tidak patut hadir dalam keluarga ini. Harith memandang Hanin yang terluka.

"Adik ada cerita kat along pasal malam tu. Along yakin kalau angah tak paksa, tak sibuk sangat adik takkan cakap. Semua sebab angah paksa adik. Sekarang ni angah nak rasa benci pulak?" Haziq memandang ke arah lain.

"Sebab along tak cakap pada angah tentang perasaan adik kerana along nak kekalkan kita jadi adik beradik. Tengoklah kalau along cakap, masalah ni akan timbul sejak daripada kita kecik lagi." Harith mengurut kepalanya yang mula berdenyut.

"Lepas tu angah. Along tak nampak Hanin cuba apa-apa tentang perasaan dia. Yang over sekarang ni adalah angah. Angah benci kitorang,  sedangkan takde sebab untuk semua tu."

"Apa-apalah. Dengar sini, Hanin. Angah sayang adik as adik je. Tak lebih daripada tu. Jangan pernah nak bermimpi jauh." Sampai sudah Hanin tidak mengangkat muka. Harith mengangkat Hanin yang masih menunduk dan melihatnya menangis. Harith segera memeluk Hanin.

"Kejamnya angah. Cara reject dia kasar sangat. Adik tak tahu kenapa adik boleh suka dia. Mungkin Allah dah beri petanda adik kena keluar dari rumah ni dan tinggalkan keluarga ni." Harith merungkaikan pelukannya.

"That's why la adik cepat sangat nak pindah? Lari dari masalah?" Hanin mengeleng perlahan.

"Sekarang dah sampai masanya adik cari family kandung adik. Takkan selamanya adik nak menumpang kasih dengan umi dan abah, sedangkan family sendiri masih ada...kut. Tapi, belum cari belum tahu." Harith melepaskan pegangan tangannya dan masuk ke dalam.

"Suka hati adik la." Hanin melihat belakang Harith. Malam itu, dia tidak menyertai mereka makan malam dan terus masuk ke biliknya dan tidur.





Hanin mengangkat bagasi terakhirnya keluar dari bilik tidur dan dibawa ke ruang tamu. Kemudian, dia mencari umi dan abahnya di dapur ketika itu sedang bersarapan. Hanin mendekati mereka berdua dan mencium tangan.

"Adik nak pergi kerja dah ke? Kawan dah datang?" Tanya Rashid apabila Hanin mencium tangannya.

"Tak. Umi, abah. Halalakan makan minum adik sepanjang umi abah jaga adik. Adik nak kena pindah hari ni. Beg semua dah siap kat luar." Tiba-tiba Aisyah senyap dan memandang dia.

"Adik kata hujung minggu baru nak pindah. Ni baru hari selasa dah kosong bilik kenapa? Sebab gaduh dengan angah semalam ke?" Hanin mengeleng lemah.

"Tak umi. Cuma, penat la. Ulang alik kerja macam ni. Sekarang tumpang kawan pulak, lagi la menyusahkan dia. So, adik tak nak susahkan sesiapa." Selera Aisyah terbantut. Dia tahu Hanin menyembunyikan sesuatu, tapi dia tidak mahu memaksa.

"Adik dah pakai rantai tu. Ada apa-apa makna ke?" Hanin menyentuh kalung pemberian keluarga kandungnya. Dia mengeleng perlahan.

"Saja pakai, sebab Hanin kan Hanin." Katanya lalu tersenyum. Tidak lama kemudian Raykal datang ke rumah. Selesai bersalam, Hanin keluar sambil mengangkat bagasinya.

"Adik dah salam angah belum?" Tanya Aisyah apabila melihat hanya Haziq yang tiada di depan bagi menghantar Hanin. Haziq ketika itu bersarapan, malas mengikut keluarganya.

"Takpelah mi, lain kali la." Rashid dan Aisyah tahu mereka bergaduh lagi kali ini. Biasanya angah dan adik tak mungkin dipisahkan. Mereka melambai Hanin yang kini menjauh.

"Oh ya, saya baru teringat. Kita tak tahu pun di mana rumah baru dia." Tiba-tiba Rashid berkata. Barulah mereka perasan, Hanin tidak memberi alamat rumah barunya kepada mereka.

"Merajuk sangat adik kali ni, sampai pindah rumah. Entah apa pulak masalah dua orang ni." Aisyah melihat Harith tetapi Harith melarikan pandangannya. Enggan bersoal jawab tentang hal mereka berdua.






"Lega hati kau sekarang?" Tanya Raykal sewaktu mereka masih lagi di dalam kereta. Hanin mengangguk tapi jelas fikirannya tidak di sini.

"Haninnnnn....." Hanin berpaling ke arah Raykal. Dia mengangguk lagi.

"Jom la masuk pejabat, lepas habis waktu kerja aku tolong kau angkut barang." Hanin mengangguk sahaja membuatkan Raykal mengeluh seketika.

Tanpa mereka sedari, kereta yang dipandu Haziq mengikuti mereka. Haziq memerhatikan mereka berdua dari dalam kereta. Tangannya dikepal sedikit menahan perasaan bengang yang semakin hari timbul di hati.

Kring! Kring! Kring!

"Hello." Haziq menjawab panggilan Aira.

"Sayang, awak kat mana? Bos dah mula kecoh awak tak sampai pejabat lagi ni." Haziq melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 8.30 pagi. Mulutnya berdecit sedikit.

"Ok, im on my way. Ada traffic jam ni." Entah kenapa dia tiada mood pagi itu. Lebih-lagi mahu bercakap dengan orang. Haziq meninggalkan pejabat Hanin dengan memecut keretanya. Tidak dipedulikan orang mengata dia membawa kereta secara merbahaya.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now