Bab 7

13.9K 534 3
                                    

"Umi, adik tunggu kat luar ye?" Katanya sebelum menyarung sandal di depan pintu. Tetapi langkahnya terhenti apabila Aisyah memanggilnya masuk semula.

"Hanin, umi rasa dah sampai masa Hanin pakai rantai ni balik." Hanin melihat rantai berloketkan ukiran namanya. Dia benci akan rantai itu kerana rantai itu mengingatkan ibu bapa kandungnya yang membuangnya ke sini.

"Hanin, bukan umi nak berleter. Tapi, diorang pasti ada sebabnya kenapa diorang buat macam tu. Dan satu saat bila Hanin jumpa keluarga Hanin balik, Hanin maafkanlah diorang. Semua berlaku ada penyebabnya, nak." Terus berair mata Hanin. Dia menuju ke arah Aisyah dan melutut di depannya.

"Tapi Hanin nak duduk dengan umi. Hanin tak nak diorang. Kalau diorang nak Hanin balik, kenapa diorang buang Hanin dulu?" Aisyah mengusap rambut anaknya lembut. Tidak tahu apa yang harus dikatanya.

"Mungkin sebab Allah nak bagi Hanin rasa macam mana duduk dengan umi dengan abah." Aisyah dan Hanin berpaling ke muka pintu melibat Rashid berdiri di situ. Rashid mendekati mereka dan duduk di sebelah isterinya.

"Kalau parents Hanin tak letak Hanin kat sini, umi dengan abah dah tentu takkan ada anak perempuan sehebat Hanin. So, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya." Hanin tersenyum mendengar penjelasan abahnya. Aisyah mengusap air mata Hanin seterusnya memakaikan rantai itu di leher Hanin. Kemudian, barulah mereka bertolak ke majlis akikah.

"Aisyah, datang jugak kau. Aku ingat tak datang tadi. Ni sapa?" Tegur Kalsum sebaik sahaja melihat Aisyah masuk ke perkarangan rumahnya. Dia melihat anak dara di tepi Aisyah yang tersenyum lalu bersalam dengannya.

"Kau ni Sum, ni la anak bongsu aku, Hanin tu." Dengan bangganya Aisyah memperkenalkan Hanin kepada kawannya.

"Ha'alah. Hanin, ya Allah, dah besar panjang dah kamu. Dulu makcik tengok kecik je lagi budaknya. Yang ni la yang belajar kat London tu ye?" Hanin mengangguk dan tersenyum malu.

"Ha, meh masuk meh masuk. Majlis bercukurnye baru habis kejap tadi. Jomlah, masuk makan." Teruja Kalsum mengajak Aisyah dan Hanin masuk ke dalam rumah.

Kelihatan bayi dalam majlis ini aktif di dalam buaiannya. Hanin lantas mendekati ketika Aisyah dan Kalsum leka berbual. Berhati-hati dia mengangkat bayi tersebut dan mendukungnya. Bayi itu menyelesakan dirinya dan melentokkan kepalanya ke bahu Hanin. Hanin suka dengan perbuatannya.

"Nama dia Dian Khadeeja." Serentak Hanin berpaling dan melihat seorang lelaki di tepinya memmerhatikan dia.

"Oh, cantik namanya. Awak...ayah Dian ke?" Teragak-agak Hanin menyebutnya bimbang tersalah cakap. Itu membuatkan lelaki itu ketawa.

"Dah nampak saya ni macam bapak orang dah ke? Hahaha, saya bapa saudara Dian, Lutfi. Awak?" Hanin tersenyum dengan anggapannya sebentar tadi.

"Saya, Hanin. Anak makcik Aisyah, kawan mak awak." Mata Hanin melihat di mana Aisyah dan Kalsum mula menghampiri mereka.

"Dian, selesa benar dia menyandar pada kamu. Dian sandar dengan sape tu?" Dian yang melihat neneknya tersenyum melihatkan lesung pipitnya.

"Hai, pegang baby dah lepas dah, masak dah pandai dah. Tunggu jadi isteri orang la nanti. Ke macam mana syah?" Aisyah ketawa kecil mendengar kata-kata Kalsum.

"Hai, entahla Sum. Dah pandai macam-macam pun kat rumah still lagi perangai budak-budak. Eh ni sapa?" Di sisi Hanin berdirinya seorang lelaki yang tidak dikenali, tersenyum melihat dia dan Kalsum.

"Ha, ni la anak aku yang kedua bongsu, Lutfi Hakimi. Dia pun sama macam Hanin, baru balik dari Jepun, kos engineering. Minggu depan dah stat masuk kerja." Aisyah mengangguk sambil melihat permandangan di depannya. Hanin mendukung bayi bersama Lutfi di sisinya. Entah kenapa mereka nampak secocok bersama. Nampaknya, bukan  dia seorang yang berfikir begitu. Dilihatnya Kalsum juga berfikir yang sama, lalu
mereka berdua berbalas senyuman.

Balik saja dari majlis tersebut, Hanin perasan uminya tersenyum sendiri. Kadang-kadang Aisyah ada menjelingnya.

"Umi, kenapa umi tengok adik macam tu. Adik rasa macam ada something yang umi rancangkan sekarang ni." Aisyah mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Apahal umi tu senyum sorang-sorang." Tegur Harith yang pada ketika itu masuk ke dapur. Dia mengangkat tudung saji dan melihat lauk di atas meja.

"Ni adik masak ke umi masak ni?" Harih menjeling adiknya sambil tersenyum sinis. Hanin tahu abangnya menyindir dia. Mulutnya diherotkan membuatkan Harith ketawa.

"Adik la yang masak. Yelah, dah bersedia nak jadi bini orang kena la pandai masak." Terhenti ketawa Harith tetapi disambungnya semula apabila muka Hanin menjadi bertmbah masam.

Hanin menyenduk nasi kepada along dan uminya. Seketika kemudian, abahnya datang ke dapur dan Hanin sekali lagi menyenduk nasi. Dia duduk di meja makan dan hanya melihat mereka makan.

"Abang, baru-baru ni saya pergi rumah Kalsum, tengok cucu dia. Seronoknya dia, cucu dia comel-comel belake." Rashid melihat isterinya pelik.

"Awak ni, nak cakap tak ada cucu, Maria tengah mengandung. Biarlah kalau cucu dia comel pun." Aisyah mencebikkan mulutnya apabila Rashid seolah tidak memahami kehendaknya.

"Malas la cakap dengan abang ni. Tak faham perasaan orang perempuan." Harith dan Hanin ketawa kecil melihat drama orang tua mereka.

"Oh ya, minggu depan makcik Kalsum tu nak datang rumah. Katanya dah lama tak singgah rumah kita. Adik masak ye?" Aisyah memandang Hanin yang bermain telefon.

"Hah, adik yang masak umi? Adik bukan pandai masak sedap-sedap pun." Rashid dan Harith mendengar perbualan mereka dua beranak.

"Alah, masak aje apa yang adik pandai. Makcik Kalsum ada cakap hari tu dia nak rasa adik masak. Ye, adik ye?" Hanin akhirnya bersetuju setelah melihat kesungguhan uminya. Harith memandang umi dan adiknya. Kemudian kepada uminya lagi. Dia dapat merasa Hanin telah masuk ke rancangan uminya. Dia menyandar ke kerusi, menanti plan seterusnya.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now