Bab 17

14.9K 513 10
                                    

Haziq meneliti kertas kerja di tangannya. Terdapat banyak kesalahan di dalam kertas kerja itu pada matanya. Dia menekan interkom dengan perasaan bengang.

"Lily, masuk bilik saya sekejap!!" Tidak sampai seminit setiausahanya berdiri di depannya.

"Awak buat kerja macam mana ni? Banyak sangat salah. Tak cek dulu ke sebelum hantar? Awak ingat saya tak marah awak sebelum ni awak boleh malas-malas buat kerja? Buat balik benda ni. Pastikan kerja ni dah ada atas meja saya pagi-pagi esok lagi." Dia merembas kertas kerja tadi di atas mejanya menyebabkan setiausahanya terkejut. Lily keluar dengan perasaan sedih.

"You dah kenapa sayang? Sebelum ni tak pernah marah-marah Lily macam tu. I tengok salah dia tak banyak pun. Ada masalah, jangan bawak ke pejabat." Haziq tidak mempedulikan Aira di depannya.

"Ni, family I tanya bila you nak masuk meminang? Asyik keluar macam ni, diorang tak nak orang mula mengata." Haziq mengurut kepalanya yang berdenyut.

"Look, I bizi sekarang ni tau. You sendiri yang cakap masalah jangan bawak ke pejabat. So, please." Haziq menghalakan tangannya ke pintu, menyuruh Aira keluar.

"Fine. Tapi I nak kata putus you lepas waktu pejabat." Aira turut keluar dalam keadaan terluka. Haziq memukul mejanya kuat. Dia bencikan dirinya hari ino yang tiba-tiba sahaja naik angin walaupun masalahnya kecil.

"Aisyah, macam mana tentang anak kita? Setuju lagi rancangan nak satukan mereka?" Aisyah mengeluh sambil memotong bawang.

"Tak tahulah Sum, Hanin tu nampak macam tak berminat je. Dia tu sejak kali terakhir Sum datang rumah hari tu dengan Luthfi, Hanin nampak macam murung je. Dia pun takde tanya yang lebih-lebih pasal Luthfi. Saya sedang fikir sebab-sebab dia pindah rumah." Kalsum mengangguk mendengar penjelasan Aisyah.

"Yelah, saya faham. Saya pun ada anak perempuan kat rumah. Perempuan ni biasanya diam-diam tapi dah ada buah hati. Kita tak tahukan?" Kini Aisyah pula mengangguk.

"Takpelah, kita cancel je lah. Mungkin takde jodoh dua orang tu. Kalau ada jodoh sekalipun, berpisah la jauh mana pun, akan bersatu jugak." Aisyah tersenyum mendengar kata-kata Kalsum. Mujurlah Kalsum memahami situasi dia dan Hanin sekarang.




Hanin ralit melihat sepasang suami isteri yang sedang bergelak ketawa di depannya. Ketika itu, Raykal membawanya berjalan-jalan di taman di tepi kondo mereka.

"Dah-dah la berangan tengok orang bahagia tu. Kalau kau nak move on, ni aku ada." Hanin menunjukkan penumbuk kepada Raykal sebelum tersenyum.

"Haih, kalaula aku boleh Ray. Tapi kau tahu hati tak boleh dipaksa kan? Buat masa sekarang ni, biar la aku fokus kerja dulu." Raykal mengangguk-ngangguk bersetuju.

"Thanks tau Ray. Sebab kau jadi kawan rapat aku lepas aku balik dari London ni. Kau selalu dengar masalah aku, bagi aku nasihat, tolong aku. Thank you." Raykal mengangguk lagi membuatkan Hanin cuma tersenyum.

"Apa benda yang kau suka sebenarnya pasal Haziq tu? Apa kurangnya lelaki lain?" Hanin menutup matanya dan mula mengenang Haziq.

"Aku suka....betapa rapatnya kitorang sebelum ni, dia faham aku, dia lebihkan aku daripada girlfriend-girlfriend dia dan tu menyebabkan dia break. Dia... entah la, bagi aku, aku suka dia." Raykal merenung lama Hanin.

"Jom la kita balik. Dah nak gelap ni." Hanin mengangguk dan mereka bangun dari bangku.

Baru sahaja mereka berjalan, bunyi benda terjatuh di belakang mengejutkan mereka berdua. Hanin dan Raykal berpaling dan melihat seorang lelaki yang berumur sekitar 50 an rebah ke tanah. Serentak orang ramai mengelilingi dia tapi tiada siapa yang berbuat apa-apa. Hanin berlari ke tempat kejadian diikuti Raykal.

"Ray, call ambulans sekarang." Kata Hanin sebelum dia membuat CPR kepada lelaki yang pengsan tadi. Beberapa minit kemudian, lelaki itu berjaya disedarkan tetapi matanya masih lagi tertutup. Tepat pada masanya, ambulans datang dan mengangkat lelaki itu.

"Terima kasih cik. Kalau terlambat tadi, dia mungkin tidak berjaya diselamatkan. Boleh cik ikut kami ke hospital? Kami perlu ambil laporan dari saksi kejadian." Tanpa berlengah, Hanin mengangguk meninggalkan Raykal yang akan menyusul kemudian.

"Aku rak tahu kau pandai teknik rawatan cemas." Hanin berpaling melihat Raykal di sisinya. Mereka berdua mengambil keputusan untuk menunggu lelaki tadi sedar.

"Duduk kat sana, aku ambil kelas tu. Yelah, in case aku perlukan untuk aku atau orang lain." Raykal tersenyum kepada Hanin.

"Cik tadi saksi pesakit di dalam kan? Dia dah sedar." Hanin dan Raykal masuk ke bilik hospital kelas pertama.
Masuk saja lelaki tadi merenung ke luar jendela. Mendengar orang membuka pintu, dia berpaling dan tersenyum kepada mereka berdua.

"Anak ni kan yang selamatkan uncle masa kat taman tadi? Terima kasih ye, kalau adik takde tadi, tak tahulah." Hanin tersenyum lalu duduk di sisi lelaki itu.

"Takde apalah uncle. Kalau saya takde sekalipun, orang lain pasti ada. Uncle sakit apa? Macam mana sekarang, dah ok?" Lelaki tadi tersenyum kembali kepada Hanin, senang dengan keramahan Hanin.

"Uncle dah ok. Biasalah nak, sakit orang tua. Sakit jantung. Tadi mungkin uncle push sangat jogging, tu yang pengsan tu. Oh, lupa nak tanya tadi, anak ni nama apa dengan kawan tu?"

"Nama saya Hanin uncle, kawan saya nama dia Raykal." Berubah lelaki itu seketika. Tetapi, dia tersenyum kembali.

"Nama uncle Alif." Tidak lama kemudian, datang seorang wanita bersama seorang lelaki.

"Abang, abang ok? Berapa kali saya cakap pada abang bawa Fiq. Syukur abang ok. Eh, ni siapa?" Baru dia perasan Hanin dan Raykal yang duduk di sisi Alif.

"Emh, awak ni Ros. Saya ok, tak payah susahkan Fiq ikut saya pergi mana-mana. Lupa nak kenalkan, ni Hanin yang selamatkan saya. Tu kawan dia Raykal." Muka Rosnah turut berubah seketika tapi dia masih menyambut huluram tangan Hanin yang bersalam dengannya.

"Hanin....cantik budaknya. Auntie nama Rosnah, wife uncle Alif. Tu Fiq, driver kitorang. Uncle Alif ni degil sangat, dah tahu sakit tapi still nak drive sorang-sorang. Auntie selalu risaukan dia." Kedua Hanin dan Raykal tersenyum, memahami perasaan auntie Rosnah.




Haziq memegang tangan Aira ketika dia ingin memasuki kereta. Aira berpaling keliru melihat Haziq yang berwajah serius.

"Beritahu parents you, I hantar parents I hujung minggu ni untuk masuk meminang you." Tersenyum gembira Aira mendengar keputusan Haziq. Setelah sekian lama menanti, Haziq akhirnya bersetuju menyunting dia sebagai isteri.

Selepas saja menghantar Aira, Haziq berfikir semula keputusannya. Namun, akhirnya dia bersedia. Bersedia melupakan Hanin yang entah kenapa bermain di mindanya beberapa hari ini.






Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now