"Angah nak putus tunang." Terkejut semua yang mendengarnya. Aisyah berhenti menyuap nasinya dan merenung Haziq tajam. Sementara Rashid dan Harith berhenti hanya seketika dan menyambung kembali makan. Sudah mengagak ini pasti berlaku. Hanin pula merenung lelaki di depannya ini tidak percaya.
"Angah jangan nak mengarut!! Angah ingat soal nikah kawin ni benda main-main ke?" Tunduk Haziq mendengar umminya marah.
"Angah jangan nak manja sangat eh. Bergaduh sikit, nak putus tunang terus. Apahal kamu berdua ni? Aira call ummi menangis, kamu nak putus tunang. Kenapa dengan hubungan kamu ni?" Rashid menghabiskan makanannya dan melihat Aisyah.
"Tak payah la awak nak marah sangat budak-budak ni. Kita dah bincang hal ni kan? Dah, habiskan nasi awak. Semua takkan terjadi tanpa sebab. Dah, semua habiskan makanan masing-masing." Mereka kemudiannya makan dalam keadaan senyap. Setitik air mata jatuh ketika Aisyah makan. Ini membuatkan Haziq berasa betul-betul bersalah.
Aisyah menghabiskan nasinya dan terburu-buru masuk ke bilik, meninggalkan anak-anak dan suaminya di luar. Rashid mengeleng melihat perangai isterinya.
"Kamu tak payah risau sangat la ummi tu. Tahulah abah nak cakap dengan dia. Dia cuma terkejut tu." Kata Rashid sebelum masuk ke dalam biliknya. Haziq dengan rasa serba salah membasuh tangannya dan keluar dari dapur. Kini meninggalkan Hanin, Harith dan Maria yang baru masuk ke dapur untuk membasuh pinggannya.
"Oh, along baru teringat adik ada nak cakap something tadi kan? Adik nak cakap apa?" Hanin melepaskan nafas lega.
"Tq along dengan akak sebab sentiasa ada masa semua orang takde." Maria dan Harith tersenyum dan Harith menarik kerusi bagi memudahkan isterinya duduk. Hanin tersenyum senang melihatnya, dia sentiasa menyukai perangai Harith yang sentiasa mengutamakan perempuan terutamanya ummi, dia dan Kak Maria.
"Adik cuma nak beritahu yang adik dah jumpa keluarga kandung adik." Senyap Harith dan Maria.
"Adik okay tak? Diorang...macam mana?" Hanin tersenyum, dia tahu apa yang dimaksudkan Maria.
"Adik okay je kak. Walaupun adik masih kabur kenapa diorang buat macam tu, tapi adik akan cuba terima. Kalau diorang tak buat macam tu, tak mungkin adik akan kenal ummi dengan abah, along angah dan akak." Harith masih lagi merenungnya.
"Siapa diorang?" Harith bertanya setelah lama diam.
"Along ingat tak yang adik ada selamatkan sorang pakcik ni kat taman? Dia ayah kandung adik. Adik ada melawat keluarga adik, alhamdulillah semua baik-baik. Adik ada abang yang baik sangat, dan tiga lagi adik. Ada dua mama dan sorang nenek." Sedikit sebanyak Maria dan Harith ketawa mendengarnya.
"Dua mama? Kenapa tu? Mana lagi baik, along ke abang baru adik tu?" Tertawa Maria dan Hanin. Hanin membalasnya dengan mengangkat bahu.
"Esok adik dengan abang nak pergi rumah papa, nak beritahu semua orang. So, doakan yang baik-baik okay." Kemudian, Hanin menceritakan semua yang terjadi kepadanya tentang keluarga kandungnya kepada mereka berdua.
Hanin menarik nafas panjang apabila melihat rumah Uncle Alif. Shahir memegang tangannya dan ketawa kecil.
"Nervous ke? Tak payah la, abang yakin mama nenek dengan papa mesti terima adik dengan gembira." Hanin merenung abangnya.
"Mama papa nenek je ke? Mami, Mia, Mirul dengan Lela macam mana?" Shahir mengangkat bahu kemudian keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Hanin yang masih tidak keluar.
"Assalamualaikum...." Serentak Hanin dan Shahir memberi salam ketika memasuki rumah. Semua ahli keluarganya yang lain telah menanti mereka berdua di meja makan kerana mereka telah diberitahu ada perkara yang ingin diumumkan. Muka Damia mengherot kerana tidak senang melihat kehadiran Hanin.
"Hanin datang...duduklah, ingat abang sorang." Hanin tersenyum semanis mendengar Nek Piah mengajaknya. Dia dapat melihat semua tersenyum kecuali Damia, Rosnah dan Amirul. Tapi, muka Amirul tidaklah masam seperti kakak dan maminya cuma dia tidak senyum kepada Hanin. Hanin menelan air liurnya gugup.
"Ehem ehem. Sebelum kita makan, elok abang umumkan dulu berita ni. Takut ada yang tak lalu makan." Semua mata memberi perhatian kepada Shahir dan tidak kurang juga kepada Hanin.
"Nenek, papa, mama dan mami. Hari ni Shah suruh semua balik awal sebab Shah ada pengumuman penting yang mungkin mengubah keluarga kita." Damia telah mengesyaki ini semua pasti ada kaitan dengan Hanin yang duduk di sebelah Shah.
"Dalam setahun dua ni, Shah ada upah orang untuk cari mana adik kandung Shah semula." Semua muka berkerut.
"Shah, stop it. Kita dah bincangkan semua ni, benda dah berlalu." Alif menyampuk dan melihat reaksi isteri pertamanya yang jelas agak sedih. Sedih juga kepada Hanin kerana dia menganggap ayahnya tidak menerima dia. Tapi, Shah mengenggam tangannya di bawah meja memberinya kekuatan.
"No papa, tiba masa semua ni kita perbetulkan. Shah tahu mama akan sedih tapi Shah yakin mama akan gembira balik kalau dia jumpa anak dia balik." Semua mata memandang Hanin dan sepertinya mereka tahu siapa anak yang dikata itu.
"Maksud Shah....Hanin.." Dahlia berwajah tidak percaya. Kerap kali dia memandang Hanin yang masih menunduk.
"Ya, mama. Hasil penyiasatan Shah dah membawa Shah berjumpa dengan Hanin." Belum sempat diterangkan lebih lanjut, Damia mula berdiri.
"So, abang nak cakap sekarang perempuan yang konon hero papa ni anak papa yang selama ni cari? Tak mungkin, Mia tak percaya. Entah-entah dia mengaku anak papa yang hilang sebab nak harta. Papa tengok sendiri lah masa first time dia datang hari tu, macam baru keluar dari gua je." Lantang suara Damia menyatakan pendapatnya.
"Duduk Mia!!! Dengar dulu!" Jerkahan Alif membuatkan Damia berhenti bercakap. Tidak menyangka papanya akan memarahinya di depan Hanin.
"Untuk kukuhkan lagi bukti abang, beberapa minggu sebelum ni, abang dengan Hanin ada buat ujian DNA dan ujiannya positif." Semua mata membulat. Shahir menyerahkan sampul surat yang disertakan dengan keputusan DNA tersebut. Damia turut mencuri pandang dan dia mengeleng.
"No, ini tak mungkin. Abang dengan dia ni mungkin ubah keputusan ni. Dia tak mungkin anak papa yang hilang selama ni." Damia meluru naik ke biliknya dan diikuti pandangan Rosnah yang agak cuak. Rosnah memandang Shahir dan kelihatannya Shahir memberikan senyuman sinis kepadanya.
"Saya naik atas dulu bang, tengokkan Damia." Tapi itu tidak mengalih perhatian Alif terhadap Hanin yang berada di depan mata. Akhirnya, Rosnah naik mengejar Damia.
Hanin bangun dari kerusinya dan menghampiri Dahlia, Nek Piah dan Alif. Beberapa titik air matanya jatuh kerana gembira."Anak mama dan papa.... Maafkan kami sayang sebab tak cari sayang dari dulu lagi." Alif memeluk Hanin kemudian merungkainya supaya Hanin boleh memeluk Dahlia pula.
Tidak lupa juga Nek Piah yang berdiri di sisi memerhatikan mereka."Nenek dah agak dah ada sebab kamu tanya banyak pasal cucu nenek yang hilang. Alhamdulillah Ya Allah, Kau dah lengkapkan keluarga aku." Nek Piah juga turut menangis sambil merangkul Hanin.
Amirul dan Laila masih melekat di kerusi masing-masing. Mereka berdua melihat penyatuan keluarga baru itu. Laila mengesat air mata yang kadang-kadang keluar. Amirul memberinya tisu sebelum Laila menyambutnya.
"Bukan ke abang tak suka Kak Hanin ke?" Amirul mengeleng.
"Tak suka mula-mula, tapi abang akan suka dia." Laila tersenyum senang. Kini masalahnya sekarang adalah mami dan kakaknya.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...