Epilog

30K 790 72
                                    

Setahun kemudian......

"Ummi!! Parking sini, parking sini!!!" Shahir melambai-lambaikan tangannya kepada Aisyah dan Rashid serta yang lain apabila mereka sampai ke rumahnya pagi itu.

"Susah tak cari jalan umi, abah?" Shahir bersalam dengan Rashid, Harith dan Haziq.

"Takde la susahnya. Sebab Haziq dah kenal jalan kan, senang la jadinya." Haziq tersenyum lebar penuh makna. Shahir menjemput mereka masuk dan di dalam Alif dan Dahlia telah menanti mereka dengan senyuman.

"Inilah mama Hanin ye, saya Aisyah dan suami saya Rashid. Anak menantu saya dengan anak dia." Tidak habis dengan bersalam, Dahlia menarik Aisyah ke dalam pelukan.

"Terima kasih besarkan Hanin sampai dia jadi bagus cantik macam tu. Terima kasih." Aisyah mengangguk, menahan air mata yang hendak menitis.

"Haninnya mana bang?" Tanya Alif apabila topik utama mereka hari ni tiada di pandangan mata.

"Ada kat dapur rasanya. Kejap abang tengokkan." Shahir menuju ke dapur bagi memanggil Hanin. Tidak lama kemudian, Hanin bersama Shah datang sambil membawa air. Semua mata tidak berkelip melihat perubahan Hanin, terutamanya Haziq.

"Anak ummi....dah bertudung.." Hanin mengangguk lalu bersalam dengan ahli keluarganya. Haziq masih lagi merenung Hanin dengan tidak berkelip. Selepas Harith menyikunya barulah dia menunduk menahan malu kerana merenung anak dara orang terlalu lama.

"Papa, mama, ummi, abah, adik ke dapur dulu ya." Mereka mengangguk dan melihat Hanin beransur ke dapur semula.

"Assalamualaikum semua, maaf lambat." Muncul Nek Piah sambil dipimpin Amirul dan Laila yang mengekori di belakang. Aisyah bangun untuk bersalam dengan nenek Hanin.

"Terima kasih Aisyah, dah besarkan Hanin sampai dia jadi orang berjaya macam tu. Terima kasih banyak-banyak makcik ucapkan." Aisyah mengangguk lagi, bersyukur kerana Hanin dapat bertemu keluarga yang baik seperti ini.

"Okaylah, semua orang dah ada ni, boleh la kita mulakan ye?" Cadang Alif. Rashid pun mengangguk.

"Tujuan kami datang hari ni adalah sebab nak meminang bunga sekuntum di taman untuk anak bujang kami." Laila tergelak seketika mendengar petanda itu. Dahlia menjeling sedikit barulah Laila berhenti ketawa. Dia menyukai cara orang-orang dulu meminang, penuh adab.

Tulah, kami cuma nak mengetahui adakah bunga tu dah berpunya?" Alif mengangguk dan melihat Dahlia. Dahlia ke dapur bagi mendapatkan jawapan Hanin. Tidak lama kemudian, dia datang kembali. Mereka semua melihat Dahlia dan menantikan berita gembira itu.

"Si bunga masih belum berpunya dan....dia setuju....sangat." Tersenyum lebar Haziq mendengar persetujuan Hanin.

"Alhamdulillah lah macam tu. Mudah kerjanya." Mereka menadah tangan berdoa sebelum menghabiskan acara pagi itu. Setelah selesai semua perbincangan, mereka berangkat pulang.

"Ummi, angah ada sesuatu nak bincang dengan Hanin kejap, so angah balik dengan dia je lah nanti." Harith tersenyum sinis memandang kedua bakal mempelai ini. Hanin menjegilkan matanya kepada Harith, tahu maksud pandangan itu. Harith akhirnya ketawa.

"Angah jaga perangai tu ye. Hanin bukan isteri angah lagi." Rashid pula mempermainkan mereka. Merah muka Hanin sementara Haziq hanya ketawa kecil.

"Papa, mama, nenek, Hanin keluar kejap eh. Nak bincang something dengan abang." Mereka bertiga mengangguk. Sampai giliran Shahir, dia tersenyum sinis serupa dengan Harith sebentar tadi. Hanin menjeling, malas melayan kerenah abang-abangnya.

"Abang suka tengok Hanin bertudung. Manis, sopan, cantik je." Hanin berpaling ke arah lain, malu dipuji Haziq.

"Sekarang je ke manis, sopan, cantik? Dulu tak?" Haziq pantas mengeleng.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now