Perlahan-lahan dia mencelikkan matanya. Pada mulanya ia kelihatan kabur, tapi setelah dikelip lagi dia mula nampak. Rosnah melihat dia kini berada di dalam bilik berlatarbelakangkan putih. Dia dapat mendengar mesin berbunyi dan bau..hospital. Adakah dia berada di hospital sekarang?
"Awak dah sedar?" Rosnah berpaling ke tepi melihat Alif yang duduk. Dia ingin menangis, terharu dengan keprihatinan suaminya.
"Abang..... Tak sangka abang ada kat sini. Abang, apa dah jadi?" Alif mengigit bibirnya, geram dengan perangai berpura-pura Rosnah.
"Apa dah jadi awak tanya? Awak tu dah kenapa? Nak mati awal ke telan ubat tidur banyak macam tu?!" Perlahan-lahan air keluar dari matanya.
"Abang maafkan saya, saya buat macam ni sebab abang dah tak pedulikan saya. Maafkan saya bang." Rosnah cuba meminta simpati dengan Alif tapi tidak dipedulikan.
"Habis tu? Kalau saya tak pedulikan awak sekalipun, awak ambik jalan pintas nak bunuh diri? Mana akal awak Ros? Saya tak sangka saya kawin dengan awak dulu." Rosnah segera bangun dari katil hospital. Dia melihat Alif yang masih lagi marah dengan tindakannya.
"Habis tu, awak menyesal kawin dengan saya? Macam tu?!" Kuat suaranya bertanya Alif. Mujurlah dia ditempatkan di wad kelas pertama di mana seorang satu bilik.
"Suka hati awak la nak fikir apa pun, saya dah tak kisah. Malas dah saya nak layan semua benda mengarut awak ni." Sakit hati Rosnah mendengarnya.
"Takpelah kalau awak fikir macam tu. Sekurang-kurangnya saya tahu awak masih risaukan saya dengan ada untuk saya bila saya sedar." Jawapannya mengundang ketawa sinis di bibir Alif.
"Sayang? Heh, saya takkan berada di sini kalau tak sebab Dahlia. Kalau Dahlia tak nasihatkan saya suruh teman awak kat hospital, lebih baik saya stay kat rumah je dengan dia." Rosnah mengenggam tangannya. Benci rasanya mendengar suaminya memuji Dahlia.
"Jadi semua ni sebab Dahlia? Semuanya pasal Dahlia? Kenapa, awak dah tak sayang saya lagi ke bang? Mana janji cinta awak masa kita baru kawin dulu? Mana bang?" Alif bangun dan berdiri.
"Awak tak sedar ke? Kita kawin sebab kesiankan awak, menjanda masa muda lagi. Ya, saya ada suka pada awak. Tapi lepas saya tahu perasaan saya ni sia-sia akibat perbuatan awak, takde rasa suka." Rosnah bengang. Apakah salahnya?
"Apa silap saya bang? Saya dah bagi segalanya pada awak sepanjang kita kawin. Apa yang saya buat?" Alif memandangnya tajam.
"Awak tanya apa lagi salah awak? Sebab awak la keluarga saya rosak. Sekarang ni, awak fikir la apa benda yang awak buat hingga dah rosakkan hubungan kita." Lalu dia keluar dari situ meninggalkan Rosnah yang bengang.
"Apa salah aku? Rosakkan keluarga dia? Takkan benda tu? Tapi.... Kecuali kalau budak tu bukak mulut." Rosnah menumbuk katil hospital sebagai cara melepaskan rasa marah.
Damia memandang pasangan di depannya ini. Dia seperti tidak percaya mereka berdua melawatnya. Bukan Rosnah seperti biasanya.
"Mana mami? Kenapa mami tak datang? Kenapa korang berdua yang datang." Hanin dan Shah merenung Damia yang kelihatan agak sakit.
"Abang ganti mami datang hari ni. Dia tak dapat datang." Mata Damia dicelik luas.
"Abang tipu!! Mana mami?! Mia tahu abang tipu! Kenapa korang berdua yang datang? Aku tak perlukan korang berdua kat sini!! Pergi!!" Damia agak histeria sedikit tetapi berjaya disenyapkan apabila polis penjaga mendekati mereka dengan jelingan tajam.
"Mana mami?! Mia nak mami!!" Damia berbisik dengan kuat. Hanin tidak mampu menahan lebih lama, dia mengeluh. Dia berasa kasihan kerana papanya mempunyai anak manja yang bermasalah seperti Damia.
"Kau nak tahu sangat mana mami kau kan? Mami Ros tak sedarkan diri, masuk hospital. Sekarang ni dia ada kat hospital!" Shahir berpaling melihat Hanin yang mengucapkan ayat-ayat tersebut. Muka Damia terus pucat.
"Kau!!! Mesti kau ada buat apa-apa pada mami kan, kalau tak takkan dia jatuh sakit. Aku dah cakap dah yang kau ni bawak malang. Sekarang tengok apa dah jadi. Ini tak boleh jadi, aku kena selamatkan keluarga aku. Daripada kau Hanin!! Daripada kau!!" Serentak dengan itu, Damia bangun untuk mencekik Hanin tapi berjaya dihentikan oleh Shahir dan polis penjaga sebentar tadi. Hanin dan Shahir terpegun melihat Damia yang mencuba melepaskan diri walau tangannya telah digari dari belakang.
"Mami!! Aku nak mami!! Aku nak mami!! Bawak aku keluar dari sini!! Aku nak mami!! Aku nak keluar sekarang!! Lepaskan aku la bodoh!! Kau tak dengar ke, aku nak keluar dari sini. Aku nak selamatkan keluarga aku daripada dia ni. Lepaslah!! Aku nak balik! Aku nak balikkk!!" Suara Damia masih lagi terpekik walaupun telah diheret masuk ke selnya. Shahir dan Hanin terkejut dengan perubahan Damia.
"Korang berdua ni keluarga cik Damia ke?" Sebelum keluar, seorang pegawai polis bertanyakan soalan itu kepada mereka berdua. Shahir mengangguk dan memperkenalkan diri dia dan Hanin sebagai adik beradik Damia.
"Saya ada hal sedikit nak bincang tentang hal Damia. Dia dah berubah sejak masuk ke sini." Hanin dan Shahir merasa tidak sedap hati mendengarnya.
"Berubah macam mana tu cik? Dia....makin kurus?" Teka Hanin tapi hanya mendapat senyuman tipis dari polis tersebut.
"Kalau setakat penurunan berat badan, itu perkara biasa cik bagi semua banduan. Tapi, yang saya nak cakap ni melibatkan semua, fizikal dan mental dia." Shahir cuba memahami isi sebenar yang cuba disampaikan polis tersebut.
"Cik Damia kelihatan tak sihat dalam sebulan dia duduk di penjara ni. So, kami bawak dia ke klinik untuk pemeriksaan doktor." Polis itu terhenti seketika.
"Okay, Mia pergi klinik. So, apa hasilnya? Dia sakit apa?" Jelas Shahir tidak sabar mengetahui ayat seterusnya.
"Cik Damia positif mengandung." Jantung Shahir mahu gugur apabila mendengar berita Damia mengandung. Tangannya dikepal menahan marah kepada Chen, boyfriend Damia. Pasti lelaki itu yang mengandungkan adiknya. Hanin menggosok sedikit tangan Shahir, menyabarkan abangnya.
"Itu hanya satu berita. Kami ada satu lagi berita pasal cik Damia. Kali ini melibatkan mental dia pulak." Jantung Shahir kembali bergetar, berdebar menantikan berita buruk apakah lagi yang akan disampaikan.
"Selain daripada mengandung, cik Damia juga ada masalah mental kebelakangan ni. Mungkin akibat shock akibat ditangkap polis. So, kami nak dapatkan persetujuan keluarga encik Shahir dan cik Hanin untuk urusan pemindahan cik Damia ke hospital mental." Terbeliak mata Hanin mendengarnya.
"Apa yang encik maksudkan sekarang ni, Damia dah....gila? Ting tong? Dan dia mengandung?" Hanin bertanya sekali lagi. Perlahan polis itu mengangguk mengiyakan.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romantik"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...