"Adik...ok? Senyap je sejak balik dari rumah Kak Aira." Sesekali Haziq menjeling Hanin yang memandang ke luar tingkap kereta. Entah apa yang dilihatnya dari tadi.
"Adik...?" Tangan Hanin laju menguatkan volume radio, tanda dia tidak mahu berbual dan ingin mendiamkan diri. Kecut Haziq, tahu Hanin memarahinya. Haziq mematikan radio dan langsung tidak mempedulikan renungan yang diberi Hanin.
"Look, angah tahu adik marah. Angah cakap kita dating, tapi tak cakap pun dating dengan sape-sape kan? So, dalam hal ni abang dengan Kak Aira dating sementara Hanin ada sekali sebab abang nak kenalkan adik dengan kak Aira. Simplekan?" Haziq cuba menerangkan perkara sebenar kepada Hanin. Hanin berasa serabut dengan abangnya lalu sekali lagi menekan punat radio dan menguatkannya. Mereka tidak bercakap sehinggalah sampai ke rumah.
"Kenapa adik tu? Masam je muka." Harith bertanya kepada Haziq sebaik saja melihat Hanin meninggalkan Haziq di belakang.
"Marah kat angah. Angah ajak dia dating, tapi dating ke rumah Aira. Salah ke? Aira nak kenal Hanin." Harith mendengus dengan perangai Haziq. Kini hasilnya Hanin dan Haziq bertambah menjauh, bukan rapat.
Keesokan harinya, Aisyah mengetuk bilik Hanin sewaktu Harith, Haziq dan Maria bersiap pergi bekerja. Hanin berkeras dan tidak mahu membuka pintu. Itu kerana dia tahu apa yang menunggunya di luar.
"Biarlah umi. Adik tidur lagi kut tu. Ke tak adjust lagi ke masa tidur Malaysia dengan London." Jelas Haziq kepada uminya.
"Hish, korang berdua ni. Bergaduh apa lagi dah besar panjang macam ni. Dah boleh jadi mak bapak orang dah, masih lagi bergaduh macam budak kecik." Bebel Aisyah sebelum ke dapur bagi menyiapkan sarapan.
Haziq memandang pintu bilik Hanin. Dia tahu adiknya mendengar dari dalam bilik, tapi sengaja dikeraskan tidak mahu membuka pintu bilik. Dia mengeluh dan berfikir untuk menyelesaikan masalah ini nanti sahaja.
Apabila semua keluar bekerja, barulah Hanin keluar dari biliknya. Dia menjenguk Aisyah di bilik tidurnya.
"Hah, baru bangun anak dara sorang ni? Tak sempat angah along nak jumpa sebelum pergi kerja." Hanin mendekati Aisyah yang duduk di birai katil.
"Buat apa nak tengok diorang? Macam la kelmarin tak jumpa. Macam la lepas kerja tak balik rumah ni." Aisyah mengeleng dan mengalihkan mata kepada telefonnya. Sedikit ketawa keluar membuatkan Hanin meneliti uminya.
"Umi cakap dengan sapa tu, suka-suka? Lucu benar nampaknya." Aisyah melihat Hanin.
"Ni ha, kawan umi, makcik Kalsum. Oh ya, alang-alang kamu ada kat rumah ni, teman umi pergi rumah dia ye jumaat ni. Dia buat akikah cucu dia." Aisyah tersenyum membuatkan Hanin mengalah dan bersetuju.
Balik sahaja abang dan kakak iparnya, Hanin terus ke dapur. Dia tidak mahu berjumpa dengan Haziq, tapi tidak mahu jiga terperuk di dalam bilik.
Tiba-tiba terdengar bunyi riuh rendah dari ruang tamu. Hanin ingin melihat tapi ditahannya kerana tahu mereka akan ke dapur juga untuk makan. Sesudah menyenduk nasi, Hanin pergi membuat air.
"Adik, sendukkan nasi satu lagi. Kita ada tetamu istimewa hari ni." Tegur ayahnya dari belakang. Hanin hairan dan berpaling sambil membawa jug air tadi. Terkejut dia apabila Aira ada di meja makan tersenyum kepadanya. Tidak lama kemudian, Haziq masuk ke dapur dan melihat ke arah Hanin. Dengan senyum terpaksa, dia mendekati Aira dan bersalam dengannya.
"Akak...datang dengan siapa? Baru sampai ke?" Aira mengangguk dan mengatakan dia datang dengan Haziq selepas waktu kerja.
"Haziq tak cakap pun kamu nak datang, kalau tak umi suruh adik masak sedap-sedap sikit." Aisyah duduk di meja berhadapan Aira.
"Takpelah umi, Aira tak nak susahkan adik. Lagipun, Aira makan je apa yang adik masak. Teruja nak rasa masakan bakal adik ipar ni." Aira senyum lagi kepada Hanin.
"Wow, adik masak? Sejak bila pandai masak ni? Kena try nak komen ni." Harith menegur Hanin membuatkan Maria ketawa kecil kerana jelas dia menyindir Hanin. Hanin pula berpura-pura memukul lengan Harith.
Terdapat kerusi kosong di tepi Haziq dan itu satu-satunya kerusi kosong di meja tersebut. Hanin menjeling Harith dan kerusi kosong di tepi Haziq. Harith perasan dengan jelingan Hanin dan dia mengikut sahaja. Dia tahu hubungan Hanin dan Haziq bagaimana kebelakangan ini. Harith bangun mengambil nasinya dan berpindah ke kerusi kosong itu.
Haziq yang menyedari tindakan dua beradik itu menjeling tajam kepada Hanin tapi tidak dipedulikan adiknya."Hanin sekarang ni buat apa kat rumah? Dah cari kerja ke?" Aira cuba mencipta perbualan apabila melihat hanya Hanin yang mendiamkan diri. Tetapi Hanin tidak mendengar soalannya kerana sedang termenung. Muka Aira berubah sedikit kerana Hanin tidak menjawab soalannya. Haziq pantas menyepak kaki Hanin di bawah meja membuatkan Hanin menjerit kuat.
"Apa ni angah!!!!! Sakit la." Hanin bangun dari kerusinya untuk memarahi Haziq tapi dia terhenti apabila melihat semua terkejut dengan tindakannya. Hanin menepuk dahinya, lupa ada bakal akak ipar di sini. Dia duduk kembali, sempat menangkap ketawa yang keluar dari Maria dan Harith. Masam mukanya apabila Harith sentiasa mengenakannya.
"Apa benda Hanin? Tu, kak Aira tanya adik tak jawab." Aisyah menegur Hanin dan melihat ke arah Aira. Hanin tersenyum malu kepada Aira dan memberi jelingan maut kepada Haziq yang senyum sinis kepadanya.
"Akak tanya apa tadi? Oh, Hanin tak buat pape pun kat rumah. Teman umi je, nak rehat-rehat dulu baru nak cari kerja. Nak lepaskan penat belajar dulu." Aira mengangguk mendengar jawapan Hanin.
"Maafla Aira. Macam ni la angah dengan adik dia kat rumah. Nak bertekak je kerjanya. Lagi-lagi kalau Harith tak ada, tak tau macam mana nak hentikan diorang." Jelas Rashid pula kepada Aira.
"Biasalah tu abah. Adik beradikkan, lagi bergaduh lagi rapat diorang. Kan Ziq?" Haziq mengangguk dan senyum manis kepada Aira apabila Aira melihatnya. Hanin melihat mereka berdua. Dia mula membandingkan dia dan Aira. Aira telah memanggil abahnya abah walau tidak berkahwin lagi. Aira sangat memahami Haziq. Dan dia dapat melihat cinta di sinar mata Haziq kepada Aira. Dia mengeluh perlahan.
Sesudah makan, mereka semua menuju ke ruang tamu sementara Hanin stay di dapur. Tadi Aira cuba membantunya membersihkan meja, tapi ditolaknya. Dia tidak betah melihat perempuan itu di depan matanya. Maria juga turut dihalaunya ke depan supaya pergi berehat saja.
Sedang dia mencuci pinggan mangkuk, tiba-tiba ada tangan mencuit pinggannya membuatkan dia terkejut. Hampir saja dia terlepas pinggan itu. Dilihatnya Haziq di belakangnya, tersengih. Dia bengang dan tidak mempedulikan Haziq.
"Angah nak apa? Pergi la depan tu dengan bakal bini angah tu." Hanin terlambat menyedari suaranya berbaur unsur cemburu. Dia memutuskan untuk diam sahaja.
"Ehhh, adik jealous ke? Jealous ke?" Makin lebar sengihan Haziq. Kini dia mencuit pula pipi Hanin membuatkan Hanin menepis tangannya.
"Tak payah sentuh la. Adik tak suka. Adik langsung tak jeles k. Nak jeles buat apa, bukan ada faedah pun. Angah nak apa ni?" Jawabnya kurang sabar.
"Hahaha. Taklah, berhentilah cuci pinggan tu. Pergi depan, kak Aira bak balik dah tu. Nanti apa pulak dia kata kalau adik takde." Hanin bertambah menyampah mendengar.
"Biarla dia nak fikir apa pun. Adik langsung tak kisah. Lagipun, angah yang nak hantar dia balikkan? Kalau adik pergi depan pun, takde fungsi. Dia bukan sape-sape nak iring dia balik." Hilang senyuman Haziq.
"Hanin!!! How could you. Dia kan bakal.." Hanin segera mengangkat tangannya dan meletakkan di depan muka Haziq. Tidak mahu mendengar sambungan perkataan Haziq. Dia keluar dari dapur dan segera masuk ke biliknya. Tidak mahu mempedulikan keadaan di luar.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...