Bab 28

15.7K 501 15
                                    

"Kalau abang putus tunang dengan Aira macam mana?"

Jantung Hanin berdegup. Matanya membulat melihat Haziq. Dia berasa jahat kerana mempunyai rasa bahagia walaupun hanya sedikit.

"Gurau je. Hahahahaha... Hanin ingat betul ke? Comelnya muka Hanin tadi." Merah muka Hanin apabila sedar diri dipermainkan. Kerana malu, dia mengambil handbagnya dan beredar dari situ. Tidak sempat Haziq ingin menghalang.

Kerap kali Hanin berpaling ke belakang melihat Haziq yang masih duduk di restoran itu. Haziq kini merenungnya. Tanpa berlengah, dia masuk ke pejabatnya.

Haziq masih memandang tempat di mana Hanin berdiri tadi. Dia dapat melihat muka Hanin yang sangat berharap sebentar tadi. Tepat seperti sangkaannya, Hanin masih mencintainya. Dia tersenyum kecil, cukup Hanin mengaku dia mahu, dia akan memutuskan pertunangannya. Andai perkara semudah itu.





Sedang Harith bersenang-lenang bersama Maria di depan tv, Aisyah mendekati mereka.

"Along, umi nak tanya sikit." Harith memperlahankan suara televisyen dan melihat uminya.

"Angah tak ada cerita apa-apa ke pasal dia dengan Aira?" Harith mengeleng perlahan.

"Takde pulak umi. Kenapa?" Aisyah mengeluh panjang.

"Tadi, Aira call umi. Nangis, sebab dia rasa macam angah dah tak peduli pada dia." Kini giliran Harith pula mengeluh. Dia memandang isterinya dan Maria seolah memahami maksud pandangan Harith.

"Umi, umi tak rasa serabut ke si Aira tu? Gaduh dengan angah je adu pada umi. Gaduh je mengadu pada umi. Apahal dia tu?" Aisyah melihat cucunya.

"Dah dia beritahu umi, takkan umi nak diamkan je." Harith mengelengkan kepalanya.

"Along faham kenapa angah tak pedulikan Aira tu. Yelah, gaduh je mengadu kat mak bapak. Ni baru tunang, belum lagi kawin. Aira tu kuat sangat mengadu. Sebelum ni dia dah pernah mengadu pada umi kan? Angah dah ada cerita yang dia dah nasihatkan Aira tu supaya jangan nak mengadu sangat. Manja sangat." Aisyah mengeluh lagi.

"Tak tahulah, umi rungsing dengan dua orang ni. Ni satu lagi, along tahu apa-apa ke pasal angah dan adik?" Terdiam Harith. Dia memandang Maria dan Maria memandangnya. Sebelum ini dia ada menceritakan sedikit sebanyak pasal hal adik-beradiknya.

"Along tahu la tu. Umi tahu pandangan tu. Adik pindah rumah sebab angah ke? Angah dan Aira bergaduh pun sebab ni ke?" Tidak tahu hendak menjawab apa, Harith hanya mengangkat bahu.

"Takpe, takpe. Umi pasti tahu jugak nanti. Along tak nak cerita takpe, umi guna cara umi nanti korek rahsia angah dengan adik."  Baru saja Aisyah ingin masuk ke biliknya, Harith memanggil lagi.

"Umi marah ke dua orang tu ada apa-apa?" Berdebar juga Harith sewaktu bertanya soalan itu.

"Terpulang, lagi lambat angah along adik cerita hal yang sebenar, lagi la umi marah. Sekarang ni umi cuma nak tahu hal sebenar je. Marah ke tak ke belakang kira." Harith tidak tahu sama ada uminya marah atau senang hati. Maria menyiku lengan suaminya.

"Wow, sporting la umi. Umi macam tak kisah je adik dengan angah." Maria tersengih tapi Harith cuma membalas dengan mengangkat bahu.

"Abang, macam mana kalau ada apa-apa antara angah dengan adik?" Tanya Aisyah kepada suaminya ketika mereka bersiap untuk tidur.

"Awak rasa ada apa-apa ke antara mereka berdua?" Aisyah runsing dengan anak-anak mereka.

"Saya risau jugak, takkan la adik ada perasaan pada angah? Yelah, kita dah jaga adik macam anak-anak kita. Diorang pun dah macam adik-beradik. Takkanlah." Rashid tergelak kecil.

"Kita jaga adik macam anak-anak kita, biarkan diorang jadi adik-beradik. Tapi, Hanin tu langsung takde ikatan dengan keluarga kita. Dia berhak suka sapa yang dia nak." Aisyah mengerling suaminya.

"So, abang tak kisah la ni? Adik jadi buah hati angah? Ish, pelik sangat la bang. Macam haram pulak." Rashid melihat isterinya berkerut muka.

"Apa yang haramnya? Hanin takde ikatan dengan keluarga kita. Dia sah nak kawin dengan angah tu. Kalau dah berkenan nak buat macam mana. Asal diorang tak buat apa-apa yang melanggar syariah, saya okay je." Aisyah mengeluh perlahan.

"Saya risau la bang."

"Yang awak nak risau sangat ni kenapa? Awak betul-betul yakin ke Haziq ada hati dengan Hanin?" Aisyah mengangguk perlahan.

"Saya dapat rasa ada something antara dua orang tu. Cara pandangan Haziq pada Hanin tu lain, tak macam dia pandang Aira. Walaupun Hanin tak pedulikan angah, tapi saya tahu bang. Mungkin Hanin tu nak jaga hati kita kut. Jadi dia lupakan Haziq." Tergelak lagi Rashid.

"Pandailah awak buat drama. Ni pasal banyak sangat tengok drama pukul 7 la ni."

"Saya tahulah bang, saya pun pernah bercinta. Lagi-lagi budak-budak sekarang. Langsung tak pandai nak tutup perasaan suka tu. Nampak terang-terangan." Rashid mengangguk saja mendengar isterinya berceloteh, malas ingin menyampuk.





"Assalamualaikum, abang dah balik." Kelihatan hanya Amirul yang berada di ruang tamu rumahnya.

"Nenek dengan mama mana?" Tanyanya setelah rumah kelihatan agak kosong.

"Semua orang ada dalam bilik." Shahir baru saja ingin masuk ke dalam bilik tapi dipanggil Mirul.

"Abang ada rancang apa-apa ke tanpa pengetahuan papa ataupun family?" Shahir duduk di depan Amirul.

"Kenapa? Mirul ada nampak abang rancang pape ke?" Amirul memerhatikan abang tirinya.

"Kenapa kebelakangan ni Mirul selalu nampak ada dua orang asing asyik keluar masuk pejabat abang? Apa yang abang rancangkan?" Shahir tahu Damia dan Amirul selalu memerhati tindak-tanduknya ketika di pejabat.

"Abang nak betulkan semula apa yang salah selama ni. Abang tak nak jadi macam papa, mendiamkan diri tengok je kesalahan depan mata tapi tak cuba perbetulkan." Amirul berasa terkesan dengan kata-katu itu.

"Kenapa, apa yang papa dah buat? Kalau apa yang abang nak perbetulkan ni bermakna ada pertambahan ahli baru dalam keluarga kita, Mirul tak nak. Pada pandangan Mirul, papa langsung tak salah, papa cuma nak jaga keluarga kita je." Shahir tersenyum sinis dengan pendapat Amirul.

"Banyak lagi yang Mirul tak tahu pasal keluarga ni. Jangan risau, kalau keluarga kita bertambah sekali pun, posisi Mirul dalam syarikat, abang akan still kekalkan. Mirul takkan rugi apa-apa pun. Dengan masuknya ahli baru ni, semua yang salah akan dibetulkan semula. Abang janji tu." Tidak menunggu lebih lama, Shahir menaiki anak tangga ke biliknya. Amirul ditinggalkan keliru.

"Apa lagi yang tersembunyi dalam keluarga ni?" Bisik hati kecil Amirul.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now