Tepat pada pukul 6 pagi, Haziq telah menunggu Hanin di sofa rumah. Tetapi, semakin lama ditunggu, Hanin tidak keluar-keluar dari biliknya.
"Kamu ni tak siap lagi ke angah?" Tanya Rashid kepada anak keduanya yang masih lagi di sofa.
"Abah, Hanin dah pergi kerja ke?" Mereka berdua sama-sama melihat bilik Hanin yang tertutup rapat.
"Hanin dia kata pergi kerja lewat sikit hari ni. Masuk pukul 9. Dah, pergi siap. Karang lewat nak ke tempat kerja pulak." Haziq mengangguk dan perlahan-lahan masuk ke bilik.
Hanin melihat telefonnya berbunyi lagi. Dia tidak menghiraukannya dan meneruskan lunch. Raykal di depannya ini sudah tidak sanggup mendengar lagi lalu dia mengambil telefon Hanin dan mengangkatnya, tidak sempat Hanin menghalang.
"Hello, siapa ni?" Kasar Raykal menjawab. Hanin menanti jawapan pemanggil.
"Ni siapa? Kenapa kau jawab fon ni? Mana Hanin?" Hanin dan Raykal berpandangan.
"Hanin kat bilik. Kenapa cari dia? Ni boyfriend dia." Hanin membeliakkan matanya dan memukul lengan Raykal dengan senyap. Raykal juga tertawa dalam keadaan senyap.
"What? Boyfriend? Eh, ni sape ni?" Tidak menunggu lama, Hanin mematikan talian dan merebut telefonnya kembali.
"Kau...habis la kalau angah salah faham nanti." Raykal menghabiskan ketawanya.
"Eh, biarlah. Kau cakap nak move on, aku beri jalan la ni." Muka cemberut membuatkan Raykal tersenyum lagi.
"Tapikan, dengar tak suara Haziq tadi? Macam jealous jer?" Cemberut Hanin bertukar senyum melihat Raykal.
Petang itu, rumah kosong meninggalkan Hanin dan Haziq sahaja di rumah. Hanin mengunci dirinya di dalam bilik, enggan berjump dengan Haziq. Ini semua kerana dia lambat balik ke rumah, semua ahli keluarganya yang lain telah menghadiri kematian saudara jauh di Melaka. Sementara Haziq pula enggan mengikuti mereka.
Haziq di luar berasa geram dengan Hanin. Dia tidak tahu apakah salahnya hingga Hanin mengelakkan diri. Dia bangun dari sofa dan mengetuk bilik Hanin kuat. Semua rancangan di tv tidak masuk di dalam fikirannya.
"Hanin, bukak pintu ni. Angah nak tahu kenapa Hanin buat macam ni kat angah. Hanin! Hanin!" Berasa serabut, akhirnya Hanin membuka pintu.
"Apa angah ni? Satu rumah dengar, entah jiran-jiran pun dengar." Haziq menarik tangan Hanin duduk di sofa.
"Kenapa adik elak angah? Apa salah angah?" Hanin mengunci mulutnya dan matanya tetap pada drama di tv. Haziq mengambil remote dan menutup tv.
"Cakap la. Susah sangat ke? Kalau angah ada buat salah, angah minta maaf." Hanin bangun dari sofa untuk ke masuk ke biliknya tapi Haziq menariknya kembali duduk.
"Ish lepaslah angah. Bingit la angah ni." Haziq memegang kedua bahu Hanin menghalang Hanin bergerak.
"No, angah takkan lepas adik selagi adik tak beritahu apa salah angah sampai adik elak jumpa dengan angah." Hanin memeluk lengannya dan memandang Haziq dengan perasaan bengang.
"Angah nak tahu sebabnya apa? Sebabnya angah nak kawin dengan Kak Aira. Puas hati angah.?" Haziq melepaskan pegangan Hanin dan mula ketawa.
"Apalah, adik ni. Angah ingat sebab apa la merajuk tak ingat dunia. Kan angah dah cakap, kalau angah lawin pun, angah takkan lupakan adik angah sorang ni." Hanin bangun dari sofa dan melihat Haziq yang masih lagi ketawa.
"Angah tak faham, dan takkan faham kenapa adik elak angah." Hanin bergerak masuk tapi sekali lagi Haziq menariknya duduk di sofa. Kali ini tiada lagi ketawa di muka Haziq. Abangnya kini berwajah serius.
"Ok fine. Beritahu angah kenapa? Apa sebabnya kita dah tak rapat macam dulu?" Mata Hanin mula basah. Dia takut Haziq mengetahui sebabnya.
"Sebab adik tak boleh." Hanin berkata perlahan tapi masih didengari Haziq.
"Kenapa tak boleh? Dulu takde apa-apa pun. Takkan sebab angah nak kawin je?" Hanin berpaling melihat Haziq.
"Sebab adik suka angah. Lebih daripada seorang abang." Muka Haziq keras mendengar kata-kata Hanin. Dia menjauhkan jarak sedikit daripada Hanin membuatkan Hanin ketawa kecil.
"See, ni sebabnya kenapa adik tak nak beritahu angah. Ni akan buatkan angah tengok adik pelik." Dia bangun dari sofa.
"Sejak bila?" Hanin menghela nafas kecil.
"Angah rasa kenapa adik cuba rosakkan hubungan angah sejak kita sekolah?" Terdiam haziq dan Hanin melihatnya dengan kecewa.
"Betul cakap along. Adik sepatutnya jauhkan diri dari angah dari mula lagi. Kalau tak, semua ni takkan terjadi." Muka Haziq terpana lagi. Tidak menyangka Harith tahu tentang perasaan Hanin kepadanya.
Hanin masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Dia berlari ke katil dan menekup mukanya dengan bantal. Dia menangis semahunya malam itu. Sudah dijangka ini akan berlaku bila dia meluahkan rahsianya.
Keesokan harinya, Hanin jelas dapat melihat Haziq pula yang mengelak berdepan dengannya.
"Angah, umi suruh sarapan sebelum pergi kerja." Haziq tidak berpaling melihatnya seperti biasa. Hanin juga menganehkan keluarganya kerana pagi-pagi lagi dia telah memakai kaca mata hitam. Itu semua bagi menyembunyikan mata bengkaknya kerana menangis.
Haziq ke dapur tanpa bercakap sepatah apa pun kepada Hanin. Hanin berasa kerana tidak dipedulikan tapi dia pasrah. Semuanya berpunca daripada perasaannya.
"Ada apa-apa ke terjadi semalam?" Suara Harith bertanya dari belakang.
"Adik dah confess dah kat angah. Dan hari ni angah dah tak pedulikan adik. Betul cakap along selama ni. Semua salah adik. Adik jatuh cinta pada orang yang salah." Dia menekup mukanya menahan air mata.
"Hanin.." Harith cuba menyentuh bahunya tapi Hanin menjauh.
"Along, adik ingat nak pindah. Tak sanggup duduk rumah ni lama-lama. Lagipun, adik memang bukan asal keluarga ni. Dah sampai masa adik cari family adik." Katanya sebelum bergegas keluar ke tempat kerja.
Harith memerhatikan Hanin keluar dari rumah. Dia ke dapur dan melihat semua telah ada di meja dan bersarapan sebelum ke tempat kerja.
"Hanin mana along?" Tanya Rashid sebaik melihat Harith.
"Dia dah ke tempat kerja bah. Katanya ada hal penting tu." Harith duduk berhadapan Haziq dan mereka saling membalas pandangan tajam.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...