"Okay, mulakan sekarang. Repot pada aku bila semua dah selesai." Dia menamatkan panggilan dan menarik nafas panjang. Keputusannya ini adalah terbaik untuk semua.
"Anak awak ke mana pulak dua tiga hari ni? Tak balik rumah, tak masuk kerja. Nak jadi apa dengan dia ni?!" Rosnah berhenti membelek majalah dan berpaling melihat suaminya di belakang.
"Mana saya tahu dia ke mana, dia takde beritahu saya. Dahla, daripada awak bising-bising dengan saya, baik awak call dia tanya dia sendiri ke mana dia pergi." Dia mengambil majalah di tangannya dan segera naik ke atas, malas mempedulikan Alif yang bising memanggilnya.
"Kamu berdua gaduh pasal apa lagi ni? Penat mak dengan Lia dengar, dari taman luar lagi. Agaknya, semua jiran boleh dengar." Alif berpaling melihat emaknya yang menolak kerusi roda Dahlia. Dia segera mengganti tugas Nek Piah dan menolak Dahlia ke ruang tamu. Tidak lama kemudian, orang gaji mereka menghidangkan kuih dan teh kepada mereka bertiga.
"Damia la mak, pasal apa lagi. Haih, macam-macam masalah budak tu bawak sekarang. Saya tanya Rosnah pun bukan dia tahu Damia ke mana." Alif mengeluh panjang.
"Biasalah bang, budak-budak sekarang. Memang mereka memberontak tambah lagi masa muda macam ni." Dahlia mempertahankan Damia.
"Habis tu kenapa Damia je? Mirul Lela tak macam tu. Hanin pun rak macam tu, Shah pun. Apa lain ke cara saya mendidik anak-anak mak?" Kali ini Alif bertanya kepada Nek Piah pula.
"Pendapat mak....mungkin Damia tu terlebih manja dulu, berbanding adik-adiknya? Nak apa, semua dapat. Yelah, sejak dia pengganti sementara Hanin." Senyap mereka bertiga.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Terpisat-pisat Chen bangun dari tidurnya yang tidak selesa. Dia melihat Damia yang masih lagi lena di sisinya. Serabut dengan bunyi bising di luar rumahnya, dia mengambil seluar panjang yang dicampak ke bawah dan memakainya. Hidung yang berair disapu kasar.
"Encik Lee Chen Hua?" Itu soalan pertama sebaik sahaja pintu dibuka. Tanpa berfikir dia mengangguk.
"Anda kami tahan atas tuduhan pengedaran dadah." Tidak sempat dia ingin melarikan diri, anggota polis di depannya terus menggari Chen di dinding. Mendapat anggukan dari anggota polis yang bercakap tadi, mereka terus menggeledah rumah sewa Chen. Tidak lama kemudian, terdengar suara teriakan Damia dari dalam bilik.
"Lepaslah bodoh!!! Apa salah aku?!!" Dengan bengang dia cuba merungkai pegangan tangannya dari pegangan tapi terlambat kerana telah digari.
"Damia Alisa? Anda ditahan kerana pengedaran dadah dan pecah amanah." Damia berteriak lagi, kali ini lebih kuat.
"Aku tak salah! Aku tak salah! Mana bukti kau aku edar dadah, hah? Mana bukti kau!! Aku nak peguam aku sekarang!! Papa, mami!!!" Teriakannya langsung tidak dipedulikan anggota polis yang terlibat. Dia dipaksa masuk ke dalam kereta dan bersama Chen dibawa ke balai polis.
"Semua dah selesai boss." Suara garau itu menimbulkan senyuman.
"Okay, bagus. Terima kasih bantu aku. Ada apa-apa hal nanti, aku call kau balik." Shahir mematikan talian dan merehatkan dirinya di atas kerusi pejabat biliknya. Dia memusing-musingkan kerusinya menanti sesuatu yang akan berlaku.
"Ni nombor Puan Rosnah ke?" Rosnah mengecualikan dirinya sebentar dari mesyuarat wanita itu. Panggilan ini dirasakan penting tiba-tiba.
"Ye saya. Ni siapa ya?" Dia keliru tapi ingin mengetahui sebab panggilan itu.
"Saya Inspektor Rosyam dari Balai Polis Seri Bangi. Saya telefon puan sebab nak umumkan anak puan, Cik Damia Alisa ditahan pihak polis atas tuduhan pengedaran dadah dan pecah amanah. Hampir jatuh Rosnah sebaik saja mendengar berita itu. Mujur dia sempat berpaut pada kerusi berhampiran.
"Terima kasih ya, inspektor. Nanti saya dan suami menyusul ke sana." Habis saja bercakap, dia menelefon Alif dengan perasaan marah, sedih dan terkejut.
"Abang...abang anak kita, Damia...kena tangkap polis. Ye, saya balik sekarang." Dia menuju semula ke meja mesyuarat dan mengundur diri.
"Afiq, kita balik rumah sekarang." Afiq hanya mengangguk dan memandu pulang. Sampai saja ke rumahnya, kelihatan Alif tenang saja menghirup teh sambil membaca surat khabar.
"Abang, tak siap lagi? Cepat la bang, kesian Damia tu sorang-sorang kat sana. Abang!!!" Rosnah berteriak sedikit apabila Alif seperti tidak ambil kisah hal Damia.
"Kesian? Nak kesian apa lagi? Dia sendiri tak kesiankan diri dia. Edar dadah? Bukan benda kecik tu. Pecah amanah? Apa tak cukup ke duit saya bagi dia sebelum ni? Awak tahu ke benda ni jadi pada Damia sebelum ni?" Rosnah tunduk dimarahi suaminya.
"Abang, dah la tu. Pergi la siap cepat, tengokkan Damia kat sana. Kesian dia, entah macam mana layanan diorang pada dia." Rosnah menjeling keras Dahlia yang masih menyebelahi dia. Alif merengus sedikit lalu berlalu ke bilik Dahlia untuk bersiap.
"Dah, jangan risau sangat Ros. Insyaallah, Mia tak apa-apa." Dahlia cuba mententeramkan madunya tapi dibalas dengan jelingan oleh Rosnah. Rosnah lalu keluar masuk ke dalam kereta, malas mempedulikan madu cacatnya itu.
Sampai sahaja mereka di balai polis, Shahir telah menunggu di sana. Rosnah meluru keluar dan mengcengkam leher kemeja Shahir.
"Ni semua sebab kau!! Kau penyebab Mia masuk penjara!! Kau dah gila ke hah?! Mana ada abang yang suruh adik dia masuk penjara?! Kau jangan ingat aku tak tahu, yang kau dah lama bencikan aku anak beranak kan?! Ni semua salah kau!!!" Tidak sempat dia ingin melepaskan marahnya lebih panjang, Alif telah menariknya dari terus dekat dari Shahir. Shahir hanya berwajah tenang, tahu ini semua akan berlaku.
"Sudah la Ros, buat malu je. Semua orang tengok!! Ni bukan salah Shah, ni semua salah Mia! Dia pergi sentuh benda-benda haram tu kenapa?!" Rosnah menangis dalam keadaan marah. Dia bencikan Alif yang tidak menyebelahinya. Keadaan mereka telah menarik beberapa mata yang ketika itu berada di luar balai.
"Er, uncle, puan, lebih baik kita masuk dalam. Tengok macam mana Cik Mia." Afiq menegur pasangan suami isteri itu dari terus bergaduh. Tanpa banyak soal, Rosnah terus meluru masuk.
"Mamiii!! Mia tak salah mi, tolong bebaskan Mia!! Mia tak pernah buat semua tu. Papa!! Trust me pa, Mia takkan buat semua kerja hina ni. Papa!!! Mami!!!" Rosnah mengusap kepala Damia perlahan, kasihan melihat Damia.
"Mia jangan risau, mami akan buat apa saja untuk keluarkan Mia dari sini. Mia duduk sini baik-baik ye, jaga makan, jaga diri. Mami akan pujuk papa." Terangguk-angguk Mia mempercayai kata-kata Rosnah.
"Saya takkan ikat jamin dia. Pandai buat, pandai la tanggung." Itu saja yang dikata Alif kepada anaknya sebelum beredar dari situ. Damia berteriak memanggil papanya tapi tidak dipedulikan. Rosnah juga terpaksa keluar dari situ bagi memujuk Alif. Dapat dia melihat buat kali terakhir wajah sedih bercampur bengang Mia. Dia berjanji akan mengeluarkan anaknya dari situ, walau apa cara sekalipun.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Storie d'amore"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...