Bab 34

16.3K 533 5
                                    

"Hello....siapa ni?" Dengan perasaan mengantuk, Hanin menjawab panggilan. Dia melihat jam di meja katil yang menunjukkan jam 3 pagi.

"Hanin....abang ni." Hanin terbangun dari katilnya segera.

"Haziq..?! Kenapa call? Jadi apa-apa dengan umi abah ke? Ke ada apa-apa dengan baby?" Haziq mengeluh perlahan.

"Semua okay, abang je yang tak okay." Hanin memandang telefonnya dengan perasaan keliru kemudian dia melekapkan lagi ke telinga.

"Kenapa dengan abang? Abang sakit ke? Sakit apa?" Dia malas bertanya tapi masih ingin mengetahui apa masalah Haziq yang sebenarnya.

"Abang sakit hati. Sakit hati tengok Hanin masuk rumah besar tu dengan lelaki tu. Rumah siapa yang besar sangat tu? Rumah lelaki tu ke?" Hanin menarik nafas panjang.

"Look, abang. Hanin takde masa nak layan semua ni. Esok Hanin kerja, so sekarang ni masa Hanin tidur. Jadi boleh tak kita berbual esok. Boleh tak abang melalut esok? Boleh tak..."

"Abang melalut sebab abang jealous. Jealous tengok Hanin rapat dengan lelaki tu. Kenapa Hanin masuk rumah dia? Kenapa bukan abang yang rapat dengan Hanin? Abang nak kita rapat macam dulu, takde rahsia antara kita." Dalam rasanya serabut, Hanin masih sempat merasa berbunga di hatinya.

"Abang... Haziq.."

"I love you Hanin. Please kita mulakan balik. Jangan tinggalkan abang." Jiwa Hanin mulai kacau. Haziq sudah parah.

"Abang, jangan macam ni please. Kita sambung esok boleh? Esok kita lunch sama-sama ye? Hanin kosongkan jadual Hanin untuk abang esok. Jangan macam ni, abang kena tidur. Esok kita jumpa ye." Setelah memujuk Haziq berbual esok, akhirnya dia bersetuju. Hanin berbaring semula dengan harapan dapat tidur semula tetapi gagal. Dia asyik berfikir tentang kata-kata Haziq namun akhirnya tertidur jua.


Tengahari itu, cepat-cepat Haziq mengemas kelengkapan pejabatnya yang berselerak. Dia tidak sabar hendak bertemu Hanin.

"Ziq, Aira mintak you check proposal ni sebelum you keluar lunch." Kata rakan pejabatnya yang tiba-tiba muncul di pintu.

"Kenapa dia suruh you? Dia tak boleh datang hantar sendiri ke?" Kawannya tadi mengerutkan muka.

"Entah la, katanya ada hal. Hal apa, tak tahulah pulak I. Ok, cek tau. Lepas tu hantar atas meja dia." Haziq mengeluh seketika tetapi proposal itu tetap diambilnya. Tidak lama, dia terfikir tentang Aira pula. Sejak mereka sudah putus, Aira terus mengelak dari bersemuka dengannya. Bukan dia tidak cuba berbaik tapi Aira yang enggan.

Haziq mengetuk pintu bilik Aira namun tiada balasan. Tanpa membuang masa dia masuk saja ke bilik Aira dan melihat wanita itu membuat kerjanya sambil memakai earphone. Dia mendekati meja Aira dan meletakkan proposal itu di atas meja membuatkan Aira terkejut dan mencabut earphone.

"Ha..Haziq!! You tak ketuk dulu ke sebelum masuk?" Haziq melepaskan nafas penat.

"I ketuklah berapa kali pun, selagi you pakai earphone tu you takkan dengar punya. So, jangan salahkan kalau you tak dengar." Diam Aira di kerusinya memandang Haziq.

"I pergi dulu ya. Proposal tu I dah check dan ada error typing sikit, tu boleh disiapkan hari ni. Bye." Haziq memegang tombol pintu tapi Aira sempat menegur.

"You nak lunch dengan Hanin ke?" Terhenti Haziq lalu dia berpaling semula menghadap Aira.

"I tahu Haziq. I tahu sebab you putuskan pertunangan ni, sebab Hanin. You dah gila ke? Dia adik you!! Haram semua ni Haziq!!" Mata Aira berair melihat lelaki yang masih dicintainya.

"Hanin.....anak angkat dalam family I. Anak angkat yang langsung takde kaitan dengan keluarga I. Perempuan yang halal untuk I kawin. So, I tengok takde masalah kat situ. I pergi dulu." Terpampam wajah Aira melihat Haziq keluar. Tidak disangka Hanin merupakan anak angkat. Tapi, sangkaannya benar, Haziq mencintai Hanin.

Mood untuk temu janjinya bersama Hanin bertukar hambar selepas berbual dengan Aira. Tapi ianya terubat selepas dia melihat muka ceria Hanin di depan matanya.

"Abang okay?" Itu soalan pertama Hanin kepada Haziq. Haziq nampaknya seperti terganggu malam tadi dan itu membuatkan Hanin risau.

"Abang okay, tq tanya. Maafkan abang sebab ganggu Hanin semalam. Abang cuma.... abang asyik teringat pada Hanin." Merah muka Hanin tapi dia mengawal mukanya.

"Okay, Hanin nak berterus terang pada abang. Beberapa minggu ni banyak benda yang jadi dalam hidup Hanin. Abang single....dan Hanin....tak single. Hanin dah jumpa my half." Keras Haziq mendengar kata-kata Hanin. Apakah maksud Hanin?

"Apa Hanin cakap ni? Hanin dah ada orang lain ke?" Cemas suara Haziq, dia langsung mengenggam tangan Hanjn erat.

"Tak, abang dengar dulu apa yang Hanin nak cakap ni. My other half tu adalah.... Keluarga kandung Hanin."  Muka Haziq tidak bereaksi mendengar kata-kata Hanin.

"Abang Shah, lelaki yang abang tengok selalu dengan Hanin tu abang kandung Hanin. So, that's why Hanin pindah masuk rumah keluarga kandung Hanin. Sebab Hanin nak rapat dengan diorang, terutamanya mama Hanin." Perlahan-lahan Haziq merungkaikan pegangan tangannya.

"Umi dengan abah dah tahu?" Hanin terus mengeleng.

"Hari Hanin nak cakap tu, abang dah kejutkan umi dengan abah tentang nak putus. So tengok keadaan tu, tak mungkin Hanin nak beritahu diorang. Tapi Hanin janji, balik hujung minggu ni beritahu semua pada umi dengan abah." Kemudian, makan tengahari mereka dihabisi dengan Hanin bercerita tentang keluarga barunya. Haziq suka melihat wajah Hanin yang ceria apabila bercerita tentang keluarganya.

"So, bila abang boleh jumpa family Hanin?" Senyap Hanin mendengar pertanyaan Haziq yang tiba-tiba itu. Dia dan Haziq saling berpandangan lama.




"Abang!!! Lama tunggu?" Masuk saja dia di dalam kereta, Shah memandangnya pelik.

"Kenapa tengok Hanin macam tu?" Hanin berasa pelik melihat Shahir memandangnya pelik.

"Cik salah kereta ni. Kereta cik kat belakang." Melihat wajah Shahir yang jelas serius, dia keluar dengan teragak-agak. Sempat lagi dia melihat nombor plat kenderaan kereta Honda Civic itu, memang kereta Shah. Lalu dia berpaling ke belakangnya dan tergamam.

"Oh My Gosh!!!! She is so.....gorgeous!! Siapa punya ni bang?" Dengan ketawa Shahir keluar dari kereta dan menghampiri Hanin lalu memaut tangannya keatas bahu Hanin.

"Suka tak? Ambik la, untuk adik. Abang terlalu banyak kereta sampai tak tahu nak guna buat apa." Hanin menumbuk bahu Shahir perlahan.

"Auch!! Gurau je la. Papa belikan untuk adik. Dia kesian anak kesayangan dia ni kena tunggu abang yang selalu lambat siap pagi-pagi." Hanin menjerit seronok dan mendekati honda Jazz yang baru itu. Dalam hatinya sangat bersyukur. Walaupun Alif kurang melayannya, tapi ternyata papanya masih mengambil berat tentangnya.



Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now