Hanin 14, Haziq 17, Harith 20
"Hello umi, Hanin ni. Hanin balik lewat sikit hari ni, nak pergi bandar kejap beli barang." Dia menggunakan telefon awam di tepi sekolahnya untuk menelefon Aisyah. Di sisinya Fatin dan seorang lagi classmate lelaki, Raykal menunggu untuk ke bandar bersama-sama.
"Ok, hati-hati tu pergi bandar. Nanti umi beritahu abah tak payah jemput kamu nanti." Hanin tersenyum apabila mendapat keizinan uminya.
"Abang dah balik ke belum umi?" Tiba-tiba dia terfikir untuk bertanya tentang Haziq. Seharian dia tidak bertemu Haziq di sekolah hari ini.
"Abang kamu tak balik lagi. Katanya ada kelas tambahan hari ni. Balik dengan kawan dia." Sesudah itu, dia memberi salam dan meletakkan gagang telefon. Mereka bertiga menahan teksi dan menuju ke bandar.
Mereka memasuki kedai alat tulis dan mula mencari barang. Fatin menggunakan peluang itu untuk mencari novel-novel terbaru di tingkat atas. Kini tinggal Hanin dan Raykal di tingkat bawah.
"Hanin, cari apa? Mungkin Ray boleh tolong." Hanin tersenyum berpaling pada Raykal di sisinya. Dia melihat plastik di tangan lelaki itu menunjukkan dia telah selesai membeli.
"Takdelah Ray. Hanin tengok pen ni, nak tengok mana yang best pakai." Seketika kemudian, mereka mula berborak panjang dan bukan saja pen yang dibincangnya tetapi hampir semua benda yang dijual di dalam kedai itu. Sekejap Hanin tertawa mendengar lawak Raykal.
"Oi, pasangan kekasih. Tak sudah lagi ke beli-belahnya? Cepat sikit, patik dah lapar ni." Merah muka Hanin apabila Fatin tiba-tiba menyampuk mereka berdua berbual. Dia menyinggul siku Fatin. Raykal tertawa melihat keakraban Fatin dan Hanin.
Seketika kemudian, mereka berjalan pula ke KFC untuk mengisi perut sebelum balik ke rumah. Selesai memesan makanan mereka naik ke tingkat atas untuk duduk. Keadaan KFC yang agak sesak membuatkan hampir semua meja penuh. Mujurlah Raykal melihat ada sebuah meja kosong di penjuru tingkap. Tempatnya agak tersorok dari orang ramai.
Duduk sahaja, tiba-tiba Hanin ternampak seorang yang agak dikenalinya. Dia menyangkal sangkaannya lebih-lebih lagi terdapat seorang perempuan juga dari sekolahnya di depan lelaki itu. Tapi sangkaannya meleset apabila lelaki itu bangun untuk mengambil sos, Haziq.
Hanin teringat uminya memberitahu Haziq mempunyai kelas tambahan hari ini, itu sebab dia lambat balik ke rumah. Jadi kenapa abangnya berada di sini.....dengan perempuan itu? Hanin teringat wajah perempuan yang bersama abangnya, salah seorang top student di sekolah mereka. Dia tidak jadi melamun apabila Haziq ternampak dia di meja bersama Fatin dan Raykal. Serta-merta wajah Haziq seperti cemas. Untuk menyembunyikan kekecewaan di hatinya, Hanin menundukkan wajah dan fokus kepada makanan di depannya.
"Hanin? Kenapa senyap ni? Ayam tak best ke?" Raykal perasan Hanin tiba-tiba mendiamkan diri. Dia cuba melihat ke arah pandangan Hanin tapi terhenti apabila Hanin tiba-tiba menekan kuat kuku Raykal membuatkan Raykal menarik tangannya cepat dari terus sakit.
"Adoi, sakit!!! Hanin?" Fatin di sebelah ketawa melihat Raykal yang masih sakit pada jarinya. Raykal memuncungkan mulutnya melihat Fatin yang masih ketawa dan Hanin yang senyum separuh kepadanya. Lupa terus untuk melihat ke mana pandangan Hanin sebentar tadi.
Hanin separuh senyum kepada Raykal sambil mulutnya bergerak mengikut perkataan sori. Dia agak terhibur melihat Raykal sebentar tadi tapi agak kesian. Dia berbuat demikian kerana tidak mahu Raykal tahu apa yang diperhatinya sehingga moodnya berubah.
Matanya berpaling dari makanan dan mencari Haziq. Terkejut dia melihat Haziq memberi pandangan tajam kepadanya. Hanin malas mempedulikan Haziq sekarang, jadi dia berpura-pura tidak mengenali abangnya.
Entah kenapa sakit hatinya melihat Haziq keluar dating tapi tidak memberitahunya. Sakit hati mungkin kerana Haziq menipu umi, tapi lebih sakit apabila kadang-kadang perempuan di depan abangnya itu ketawa. Satu sahaja yang bermain di fikirannya apabila perempuan itu ketawa ; fake!! Hilang selera makannya melihat kejadian itu.
Apabila keluar dari KFC, Hanin masih lagi senyap dan perubahannya disedari Fatin dan Raykal. Risau, Raykal menyentuh bahu Hanin. Tapi tangannya tiba-tiba ditepis oleh seseorang. Terkejut dia melihat Haziq di belakang Hanin bersama perempuan itu.
"Eh, abang Haziq. Bila sampai? Kitorang tak perasan pun abang kat sini tadi." Ramah Fatin menegur Haziq yang kelihatan masam. Dia melihat ke arah Hanin dan kawannya itu langsung tidak melihat kepada abangnya. Sebaliknya, dia menyentuh bahu Raykal.
"Apa angah buat ni? Ray, ok tak? Hanin minta maaf ye?" Sakit hati Haziq melihat Hanin meminta maaf kepada lelaki itu. Raykal mengangguk perlahan sambil matanya melihat Hanin. Dia benci lelaki itu melihat adiknya.
"Mintak maaf ye bang. Saya tengok Hanin macam tak ok je tadi. Saya takde niat pape pun pada Hanin." Raykal meminta maaf terdahulu kepada Haziq. Mungkin lelaki itu ingat dia ingin mengapa-ngapakan Hanin. Hanin bercekak pinggang kemudian menarik tangan Fatin dan tangannya pergi dari situ.
"Tunggu Hanin, balik dengan angah sekarang." Keras suara Haziq melihat Hanin yang mengheret Fatin dan lelaki itu pergi dari situ.
"Tak nak. Hanin nak balik dengan Fatin dengan Ray. Kitorang tak habis beli barang lagi." Kasar juga suara Hanin membalasnya. Bengang Haziq mendengar adiknya menjawab. Ini kali pertama Hanin menjawab dengannya. Fatin merasa tidak sedap hati dengan pergaduhan ini.
"Hanin, aku rasa kau better balik jelah dulu. Abang kau marah sangat tu." Bisik Farah di telinga Hanin. Hanin berpaling laju melihat Farah dan Raykal di belakangnya.
"Haziq, jangan la marah dia. Dia mungkin ada lagi barang yang dia nak beli. Lagipun, tak elok kacau orang dating." Perempuan di sisi Haziq bercakap lembut kepada Haziq. Haziq bertambah menggelegak apabila mendengar ayat dating keluar.
"Dating? Tak payah nak mengada-ngada. Tak padan dengan kecik, sibuk nak beboyfriend. Balik sekarang." Menyirap darah Hanin mendengar ayat perempuan itu. Entah kenapa, seperti perempuan itu sengaja membuatkan abangnya lagi marah. Jelik melihat perangai palsu perempuan itu di sisi abangnya.
"Ray, Atin. Hanin minta maaf k. Nanti kita keluar lagi." Raykal dan Fatin mengangguk sahaja melihat Hanin berlalu melepasi Haziq dan perempuan itu. Sengaja dia melanggar bahu abangnya dan perempuan gedik itu ketika dia lalu di tengah-tengah. Hanin telah berlalu ke hadapan, meninggalkan Haziq masih lagi tajam melihat Raykal. Apabila perempuan itu menarik sedikit tangan Haziq, barulah mereka beredar dan masuk ke dalam teksi.
Sesudah menghantar perempuan itu, Hanin dan Haziq langsung tidak bercakap. Sampai sahaja ke rumah, Hanin laju masuk ke biliknya dan menutup pintu bilik dengan kuat.
"Apahal tu Hanin!!! Tutup pintu kuat-kuat? Nak roboh rumah ni." Marah Aisyah kepada Hanin yang kini mengunci pintu bilik. Haziq mencium tangan uminya sesudah menanggalkan kasut sekolah.
"Kamu balik sekali ke?" Tanya Aisyah apabila Haziq mengambil stokingnya di luar. Haziq mengangguk perlahan lalu masuk ke biliknya. Aisyah tahu mereka mereka berdua telah bergaduh dan ini jarang berlaku.
"Apahal dengan adik tu? Kuat benar tutup pintu bilik?" Tanya suaminya sesudah solat.
"Bergaduh la tu dua orang ni. Senyap je masing-masing. Haih, kalau Harith balik tahu diorang gaduh ni, tentu dia tahu macam mana nak selesai ni." Harith sentiasa memulihkan keadaan antara mereka bertiga.
"Alah, sehari dua je tu... Nanti ok la tu." Rashid berkata sebelum berlalu ke dapur.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...