"Wow, cantiknya girlfriend aku pakai sunglasses hari ni. Dah kenapa?" Hanin menjeling Raykal di sebalik kaca mata hitamnya. Tanpa menunggu lama, Raykal mencabut spek itu dan jelas terpampang mata bengkak dan merah Hanin. Raykal mengeluh seketika.
"Hanin, dekat kondo aku ada rumah kosong satu untuk disewa. Kau...nak pindah situ? Keselamatan kat situ terjaga, kawasan dia pun cantik. Macam mana?" Akhirnya Hanin mengangguk bersetuju.
"Bila kau nak pindah? Aku tolong kau?" Hanin memandang Raykal sambil memikir.
"Hujung minggu ni?" Raykal mengangguk dan duduk di depan Hanin.
"Thanks Ray." Raykal mengangguk.
"Umi, Hanin nak pindah." Terhenti Aisyah ketika mereka melipat kain.
"Kenapa? Dah bosan sangat ke duduk rumah? Dah bosan duduk dengan umi?" Serba-salah Hanin dibuatnya.
"Adik rasa jauh tempat kerja dengan rumah. Tiap-tiap hari kena harung dengan traffic jam." Aisyah kekal mendiamkan diri.
"Umi...please." Aisyah melihat anaknya seorang ini.
"Ok, tapi adik kena janji adik balik selalu. Rumahnya dah ada ke?" Tersenyum bahagia Hanin mendengar persetujuan uminya. Allah mempermudahkan urusan hatinya. Hanin mengangguk laju. Aisyah akhirnya mengangguk tetapi mendiamkan diri. Dia tidak menyangka antara ketiga-tiga anaknya, Hanin yang akan keluar dari rumah terlebih dahulu.
"Adik, tunggu sapa? Kenapa tak pergi kerja lagi ni?" Tanya Rashid ketika dia duduk di sofa. Dia melihat Hanin terjenguk-jenguk ke luar.
"Tunggu kawan. Hari ni Hanin pergi dengan kawan sebab dia nak tolong angkat barang masuk rumah baru." Rashid mengangguk-angguk.
"Eh, kalau macam tu biar abah, along dengan angah kamu tolong takpe." Laju Hanin mengeleng. Entah kenapa dia ingin merahsiakan lokasi rumah barunya kepada keluarganya. Seketika kemudian, hon berbunyi. Raykal keluar dari kereta bagi memperkenalkan diri dan membantu Hanin mengangkat barang. Harith dan Haziq keluar selepas bersarapan.
"Along, ingat lagi tak dia? Ni la Raykal, kawan adik masa sekolah hari tu. Tak sangka kerja sekali." Harith bersalaman dengan Raykal sementara Haziq hanya memandang lelaki itu tanpa bercakap apa pun. Apabila tiba giliran Haziq, mereka hanya bersalam hujung jari sahaja. Muka Hanin masam melihat cara layanan Haziq terhadap Raykal. Dan mereka masih lagi tidak bercakap selepas peristiwa itu.
"Jom la Ray. Nanti lewat nak pergi kerja." Raykal tersenyum kepada Rashid dan Harith lalu masuk ke kereta.
"Masam semacam je angah kau. Dia ingat ke aku usya kau masa sekolah dulu. Entah-entah jealous." Hanin berpaling melihat cermin.
"Dah, jangan nak suka hati je fikir. Dah orang benci, buat apa nak jealous bagainya?" Akhirnya, perjalanan mereka ke tempat kerja dalam keadaan yang senyap.
Selepas habis waktu bekerja, Hanin dan Raykal mula bergerak ke kondominium Raykal bagi menempatkan barang-barang di rumah baru.
"Wow, cantiknya kawasan kat sini. Tenang, cantik, bersih, eh ada kolam renang la." Raykal mengelengkan kepalanya melihat Hanin di balkoni.
"Barang kau ada lagi ke kat rumah?" Hanin mengangguk membelakangi Raykal.
"Esok, kau ambik aku lagi kay. Ada lagi barang tak habis simpan. Lepas tu, kau kena teman aku beli barang-barang nak isi dalam rumah ni." Raykal mengangguk sahaja.
"Kenapa kau tak nak beritahu parents kau alamat rumah ni?" Hanin masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa.
"Aku tak nak diorang datang rumah ni. Kalau datang, buat keputusan aku sewa rumah ni goyah. Kalau macam tu, aku akan rasa nak balik je, tak nak duduk sini. Tapi, kalau aku balik pun, semua best fren aku kat rumah bizi. Along sibuk dengan isteri dia mengandung, angah sibuk dengan perasaan dia bencikan aku. So, baik aku duduk sini. At least aku ada kau, nak susahkan kau. Tapi tu la, kau satu tingkat bawah aku." Raykal menjeling Hanin. Apabila tibanya waktu magrib barulah mereka berdua bergerak menghantar Hanin ke rumah.
"Baru reti nak balik? Ingatkan dah tidur rumah baru dengan kawan tu." Hanin dan Raykal berhenti tertawa apabila mereka mula-mula sampai ke rumah.
"Angah..!" Hanin berasa terkejut dan juga marah kerana tuduhan Haziq. Dia tidak mempunyai hubungan yang tidak baik bersama Raykal. Selepas itu, Haziq menjeling mereka berdua sebelum masuk ke dalam rumah. Raykal dan Hanin berpandangan sesama mereka.
"Masuk dulu Ray. Aku nak buatkan air untuk kau tolong aku hari ni." Raykal mengangguk dan mengikut Hanin. Masuk sahaja Haziq bermuka masam sambil menonton televisyen.
"Duduk dulu Ray. Nanti abah aku keluar. Aku buatkan air kejap." Raykal memberi senyuman kepada Haziq ketika mata mereka berpapasan. Tapi pandangan tajam dibalas Haziq.
"Tak payah buat air. Dahla bawak balik anak orang lewat, duduk sini lagi buat apa?" Terpegun Raykal seketika. Hanin keluar dengan wajah yang bengang, dia berjalan ke arah Haziq dengan bercekak pinggang.
"Apa yang angah tak puas hati ni? Kalau bercakap setakat nak sakitkan hati orang, baik tak payah cakap langsung. Lagipun angah nak sibuk apahal? Raykal tetamu Hanin, bukan tetamu angah." Haziq bangun dari sofa dan berdiri setentang dengan Hanin.
"Ha, elok sangat la tu bawak balik lelaki ke rumah. Ni baru dekat rumah, tak tahu macam mana kalau kat rumah baru nanti?" Kemarahan Hanin tidak terbendung lagi. Dia akhirnya tertampar Haziq tanpa sengaja. Raykal bangun segera mendekati mereka yang seakan ingin bergaduh besar. Kepala Haziq terteleng akibat ditampar Hanin.
"Hanin, Haziq!!!!" Mata mereka bertiga serentak berpaling melihat Aisyah dan Rashid di depan ruang tamu. Tidak lupa Harith dan Maria yang berpimpinan tangan di belakang. Haziq dengan perasaan bengang segera masuk ke biliknya tanpa mempedulikan panggilan Rashid.
"Hanin, aku rasa aku balik dulu la. Kita jumpa esok ok." Hanin mengangguk dengan berat hati. Tebal rasa bersalahnya kepada Raykal. Tidak lupa ucapan maaf sebelum Raykal menggerakkan keretanya beredar dari situ. Hanin masuk dengan hati yang sebal. Kelihatan Haziq telh duduk di sofa bersama ahli keluarga yang lain.
"Angah jangan ingat umi dan abah tak dengar apa yang angah cakap pada kawan adik tadi. Kenapa cakap macam tu? Abah dah izinkan adik balik lewat sikit, faham kena kemas rumah baru. Kesian la kawan adik tadi." Haziq menjeling uminya di tepi.
"Kenapa kamu bertiga dah tak mesra macam dulu? Sekarang semua dah buat hal masing-masing. Kenapa, sebab semua dah besar, so boleh nak jauhkan diri dari semua? Along dengan cara alongnya, angah dah tak cakap dengan along dan adik, adik nak pindah rumah. Apa kena dengan kamu bertiga ni? Cuba cerita sikit pada abah." Rashid melihat ketiga-tiga anaknya.
"Semua ni salah anak kesayangan abah dengan umi la, Hanin Syakira. Abah boleh tanya dia kenapa semua ni berlaku." Semua mata terarah kepada Hanin.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...