Bab 3

15.7K 576 5
                                    

Sudah beberapa hari mereka tidak bercakap. Ini membimbangkan Aishah dan Rashid. Paling lama Hanin dan Haziq bergaduh cuma dua hari, tapi ini sudah masuk seminggu. Haziq cuba memujuk adiknya, tapi tidak dipedulikan Hanin.

Hari itu dia di sekolah duduk di bangku ketika rehat. Tiba-tiba dia melihat Hanin bergelak ketawa bersama lelaki yang bersamanya di KFC hari itu. Sepertinya mereka berdua meluangkan masa rehat di tepi padang. Dia jadi bengang tiba-tiba. Hanin dan dia telah lama tidak bergurau senda seperti itu dan sekarang Hanin ketawa dengan apa yang dikata oleh lelaki itu. Dia perlahan-lahan menuju ke arah mereka tapi bersembunyi di sebalik pokok.

"Sesedap makanan kantin sekolah ni, sedap lagi kalau Hanin masakkan untuk Ray." Hanin ketawa dengan ayat pickupline tak menjadi Raykal. Itu membuatkan Haziq geram saja ingin menumbuk muka Raykal. Tapi, dia juga hairan bagaimana pickupline teruk tu boleh membuatkan Hanin ketawa terbahak-bahak. Dia keluar dari sebalik pokok dan serta-merta mereka berdua berhenti berbual.

"Hanin, Ray pergi dulu ye. Kita jumpa kat kelas nanti." Hanin mengangguk dan senyum sebelum Raykal pergi dari situ. Haziq masih lagi memberi pandangan bengang kepada Hanin. Setelah hampir lima minit tidak bersuara, Hanin bangun untuk beredar.

"Nak pergi mana tu?" Terhenti Hanin. Dia berpaling ke arah Haziq.

"Nak masuk kelaslah. Takkan nak sambung dating pulak." Tersentap Haziq dengan jawapan Hanis.

"Amboi...dating. Dengan dia pandai pulak ketawa macam-macam, dekat rumah terperuk dalam bilik." Hanin memeluk tangannya, malas mempedulikan sindiran Haziq.

"Biarlah adik nak dating dengan sape-sape pun, adik dah besar. Sekurang-kurangnya adik tak tipu umi nak pergi dating. Cakap ada kelas tambahan bagai." Tersentap lagi Haziq apabila terus-menerus disindir Hanin.

"Angah tak dating ke couple dengan dia ok. Angah keluar makan je dengan dia hari tu." Hanin menjeling Haziq yang memerhatinya. Rambutnya yang diikat satu dilarinya dari bahu. Dia berasa rimas.

"Hah, tak dating? Tapi satu sekolah dia dah jaja dia couple dengan angah. At least, adik tak tipu umi sebab nak pergi dating." Bulat mata Hanin menekan perkataan tipu.

"Angah tak dating dengan dia. Berapa kali angah nak cakap? Habis tu yang adik dating dengan laki tu kenapa? Tak padan dengan kecik, tapi gatal merenyam." Hanin mengepal tangannya menahan marah.

"Hanin tak dating dengan dia, Ray classmate Hanin. Yang angah sibuk-sibuk ni kenapa? Jealous ke?" Hanin menjeling lagi. Haziq memerhati Hanin tajam.

"Hemh, buat apa nak jeles. Yang angah nak tahu adik jeles ke dengan angah sebab angah ada makwe sekarang? Mesti sakit hati adikkan sebab tahu hubungan kali ni tak mungkin adik boleh putuskan macam yang dulu." Senyap Hanin mendengar kata-kata Haziq. Bagaimana dia tahu, itu yang bermain di fikirannya sekarang ini.

"Adik jangan ingat angah tak tahu, adik penyebab semua perempuan yang suka dengan angah jadi tak suka." Masam muka Hanin. Dia terimbas kembali beberapa tahun sebelum ini.

Imbas kembali...

"Angah nak pergi mana dengan kakak tu?" Hanin memegang lengan Haziq erat ketika Haziq bersiap untuk keluar. Di ruang tamu rumahnya terdapat rakan sekelas Haziq, iaitu juga jiran mereka.

"Angah nak pergi dating dengan kakak tu. Jangan beritahu umi dengan abah tau." Haziq mengenyit mata kepada Hanin tapi sebaliknya kepada Hanin. Dia mula menangis dan tidak mahu melepaskan Haziq untuk keluar. Itu membuatkan date angahnya gagal. Beberapa kali dicuba taktik yang sama dan akhirnya perempuan itu penat dengan perangai angah yang terlalu memanjakan adik perempuannya.

Perempuan kedua juga berjaya dihalangnya. Dengan cara dia menelefon Haziq setiap lima minit sepanjang mereka keluar dating, perempuan itu juga malas melayan Haziq kerana memanjakan sangat Hanin. Begitu juga dengan dua orang lagi perempuan. Mereka meninggalkan Haziq kerana Haziq lebih meluangkan masa dengan Hanin berbanding diri mereka.

Itu semua berlaku kerana sewaktu Hanan berumur 8 tahun, dia pernah diejek oleh beberapa orang pelajar lelaki di sekolahnya.

"Kalau kau adik Haziq, kenapa kau berbinkan nama Abdullah? Tu sebab kau bukan adik Haziq dengan Harith?" Dia menangis apabila dibuli dan semua berhenti apabila Haziq datang dan menghentikan ejekan mereka. Balik sahaja dari sekolah, dia menangis sambil menceritakan peristiwa tersebut kepada Aisyah. Dan sehinggalah Aisyah memberitahu kisah sebenar kepadanya. Daripada itu, entah kenapa dia tidak suka Haziq rapat dengan perempuan lain. Jadi dia berazam untuk menggagalkan setiap hubungan Haziq. Dan dia berjaya kerana Haziq sangat menyayangi dirinya berbanding girlfriendnya.

"Kenapa senyap? Betulkan?" Hanin melihat Haziq di depannya.

"Takde sebab kenapa adik nak buat macam tu. Perasan la angah ni." Malas bergaduh, dia berlalu meninggalkan Haziq di situ. Dia juga tidak mempedulikan walau beberapa kali Haziq memanggilnya.

Balik saja ke rumah, mereka kembali senyap tidak bercakap.

"Korang berdua ni tak baik-baik lagi ke bergaduh? Dah-dah la...penat umi tengok." Tiada respon dari mereka berdua. Dia dan Rashid berpandangan sesama mereka.

"Along balik petang nanti. Umi tak tahulah nak jawab apa kalau di tanya adik-adik dia gaduh pasal apa pulak kali ni." Ceria muka Hanin mendengar Harith balik petang ini. Dia lama merindui abang sulongnya itu. Sejak dia masuk ke universiti, mereka semakin jauh.

Petang itu, sampai saja Harith di depan rumah, terus Hanin menyambutnya dengan muka manis. Haziq yang muncul di belakangnya bermuka masam melihat rapat Harith dan Hanin.

"Along, angah pun ada kat sini tau." Hanin berpaling melihat Haziq dan menjelirkan lidah. Apabila Harith balik ke rumah, mereka seolah-olah rapat kembali.

"Taula ngah. Umi abah mana?" Tanya Harith, tangannya mengusap rambut lembut Hanin.

"Umi dengan abah keluar ke rumah kawan abah. Nak ke Mekah katanya." Haziq menjawab apabila melihat Hanin hanya mendiamkan diri. Mereka berdua menarik Harith duduk di tengah-tengan sofa. Harith mendepakan tangannya dan menyandarkan Haziq dan Hanin ke bahunya.

"Along dengar korang berdua gaduh. Dah hampir seminggu dah korang tak cakap. Kenapa?" Mula-mula kedua mereka mendiamkan diri tetapi apabila Harith berpura-pura batuk, Hanin mula mencelah.

"Angah tipu umi. Dia cakap ada kelas tambahan, tapi sebenarnya dia pergi dating." Tajam Haziq memandang Hanin.

"Adikkk!!!!" Mulutnya laju ingin memarahi Hanin tapi diam apabila perasan Harith menjelingnya.

"Nak salahkan orang. Along tahu tak, adik kesayangan along tu pun dah pandai dating sekarang. Tak padan dengan kecik. Kalau boyfriend hensem takpelah, ni ntah pape taste dia." Giliran Hanin pula ingin menumbuk lengan Haziq tapi ditahan Harith.

"Dah dah. Jangan gaduh, macam budak kecik la korang dua ni. Padahal dua-dua dah masuk sekolah menengah. Angah, kenapa tipu umi? Nak dating sekalipun, jangan tipu umi. Adik.... Adik dimaafkan sebab kecik lagi." Hanin menjelir lidahnya kepada Haziq membuatkan Haziq bertambah bengang.

"Ya Allah, dah-dah la tu. Sekarang mintak maaf. Along tak nak korang balik ni asyik nak masam muka je kerjanya. Nak rehat pun tak tenang." Mereka berdua bersalam juga walau hanya menyentuh jari sahaja. Haziq dan Hanin bangun ke dapur bagi membuat air kepada Harith.

Harith memerhati mereka berdua sambil tersenyum. Mendengar Hanin mendapat boyfriend, Harith tidak percaya kerana dia tahu setelah melihat Hanin.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now