"Assalamualaikum nenek!!' Jerit Hanin kuat sebaik saja dia sampai ke rumah. Nek Piah berpaling tersenyum melihatnya.
"Waalaikummussalam... Balik pun cucu kesayangan nenek ni." Hanin mendekati Nek Piah dan mencium kedua pipi perempuan tua itu.
"Habis tu, akak je lah yang nenek sayang? Lela dengan abang Mirul tak?" Laila mengangkat dulang yang berisi air mendekati mereka kemudiannya Amirul menyusul di belakang.
"Semua cucu nenek, nenek sayang. Kamu bertiga ni la." Laila tersenyum bangga.
"Nenek, ada pasu lagi ke nenek nak angkat? Kalau tak ada, Mirul naik dulu ye, nak siapkan kerja sikit." Nek Piah mengangguk melihat Amirul yang naik ke biliknya.
"Abang mana nek? Asyik Mirul je yang tolong nenek." Tanya Hanin apabila hanya Laila dan Amirul sahaja yang bersama Nek Piah.
"Hanin!!! Naik bilik abang kejap!!" Belum sempat Nek Piah menjawab, Shahir telah berteriak dari tingkap biliknya. Hanin meluru naik ke bilik Shahir dan melihat Alif ada sekali bersamanya. Hanin mencium kedua tangan abang dan papanya sebelum duduk.
"Hanin balik dengan siapa tadi?" Tanya Alif.
"Balik dengan Raykal, dia datang rumah ummi tadi." Alif mengangguk perlahan sebelum melihat Shahir kembali.
"Okay, sebab utama abang panggil papa dengan adik ni adalah kerana keluarga kita. Pasal Damia, pasal mami Ros dan pasal Hanin. Papa...tak nak tahu ke rahsia besar di sebalik kehilangan adik?" Alif menelan air liurnya, berdebar menantikan apakah rahsia tersebut.
"Papa nak tahu...siapa dalang kehilangan Hanin." Shahir tersenyum lebar, soalan yang dinantikan telah pun tiba.
"Orang yang bertanggungjawab dalam kehilangan adik selama ni....dia tinggal dalam rumah ni." Membutang mata Hanin dan Alif.
"Dia adalah....... Mami Ros."
"Awak dari mana?" Tanya Alif sebaik saja melihat Rosnah masuk ke dalam rumah.
"Dari penjara la, tengok anak kita. Nak harapkan awak, langsung tak jenguk dia. Awak dah kenapa? Tak kesian ke pada Damia, duduk kat tempat teruk macam tu? Dia pun anak awak jugak tau, bukan Hanin sorang je." Kebetulan pula ketika itu, Hanin turun dari biliknya. Hanin melihat dua orang itu apabila mendengar namanya disebut. Rosnah menjelingnya tajam lalu Hanin beelalu ke dapur, malas mempedulikan Rosnah.
"Tengok!! Awak tengok tu, perangai budak tu. Bukan nak salam dengan saya ke apa, dia tak peduli langsung pada saya. Bukan Dahlia sorang je mak dia tau." Alif bangun dari depan tv.
"Biarlah dia, sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan orang lain. Bukan macam Damia." Alif mula bergerak naik ke bilik.
"Abang, tunggu kejap!! Abang, macam mana dengan Damia? Bila dia boleh keluar dari situ?" Alif berpaling melihat Rosnah.
"Saya tak izinkan lagi awak jenguk dia. Biar dia duduk dalam penjara tu sampai habis hukuman dia. Pandai sangat main dengan dadah, duduk la dalam penjara tu." Tanpa menoleh lagi Alif naik ke biliknya. Rosnah berteriak memanggil namanya, tapi tidak dipedulikan Alif.
"Apa bising-bising ni? Mak nak mengaji tak boleh!" Tegur Nek Piah keluar dari biliknya.
"Mak...Mak tolong la pujuk Alif suruh dia ikat jamin Damia. Mak, dia tak nak. Damia tu anak dia jugak." Nek Piah mengeluh.
"Kamu jangan nak libatkan mak pulak. Masalah anak-anak kamu, selesaikan sendiri. Lagipun, mak setuju sangat dengan Alif tu. Biar Damia merasa susah sebab perbuatan dia. Siapa suruh dia main dengan dadah semua tu?" Nek Piah juga tidak mempedulikan Rosnah lalu masuk ke biliknya.
"Tak guna! Kenapa semua orang tak nak tolong ni?! Damia tu tak ada kaitan langsung ke dalam keluarga ni?" Rosnah menghentakkan kakinya geram. Tanpa berlengah dia naik ke biliknya.
Di dapur, Hanin dan Shahir mendengar segala isi perbualan Rosnah bersama Alif dan Nek Piah. Sedikit rasa senang timbul di hati Hanin apabila semua orang tidak mempedulikan Rosnah.
"Aku dengar apa dah jadi pada Damia dua tiga hari ni." Hanin berhenti mengacau air dan melihat Raykal.
"Dari Laila la tu." Raykal mengangguk dan tersenyum malu.
"Tapi...aku tak nampak pun sebarang riak wajah sedih pada kau dengan Laila. Kau okay tak?" Hanin melihat Raykal dengan pelik.
"Kenapa pulak aku nak sedih? Yang masuk penjara dia, bukan aku. Yang hisap dadah dia, bukan aku. Yang musnah hidup dia, bukan aku. Lagipun, kau tahu perangai Damia macam mana dengan aku sebelum ni. So, rasa kesian tu takde sangat." Raykal diam seketika.
"Look, aku bukan jahat tau, sampai nak cakap padan muka dia ke apa. Tapi, dia langsung tak nak cuba berbaik dengan aku sepanjang aku masuk dalam keluarga ni. Aku cuba tau, senyum dekat dia tapi dia tak layan. Ibaratnya aku dengan dia ni orang asing. So, takde makna aku nak rasa kesian dekat orang yang tak kesiankan hidup dia." Raykal terlopong mendengar ulasan panjang Hanin.
"Aku rasa....kau ada benda tak beritahu aku ni. Jap, biar aku teka, benda pasal keluarga kau ni. Kalau tak, kenapa kau berapi semacam ni cerita pasal Damia." Hanin menyepikan diri, sengaja dia tidak mahu menceritakan apa yang dia tahu tentang kehilangannya.
"Okaaay....kau dengan Haziq macam mana sekarang?" Muka Hanin merah seketika apabila nama Haziq disebut.
"Macam mana? Macam tu la. Takde apa berubah." Raykal tersengih lebar.
"Hmmm.....macam kecewa jer. Ada pape yang aku tak tahu ke?" Hanin memandang Raykal dengan pandangan kosong lalu melempar kertas yang digumpalnya kepada Raykal.
"Assalamualaikum Hanin..." Ceria suara Haziq di talian.
"Waalaikummussalam. Ada apa abang call?" Suara Hanin jelas tidak seceria Haziq.
"Em, saja. Hanin sibuk ke? Jom lunch sama-sama. Abang ambik Hanin." Hanin berfikir sebentar. Dia teringat kembali soalan Raykal pagi tadi. Adakah dia mengharapkan sesuatu dari Haziq? Sebelum ini Haziq ada mengaku mencintainya tapi itu seminggu yang lalu. Dan ini kali pertama Haziq menelefonnya selepas dia balik ke rumah.
"Tak nak la. Malas, kbye!" Hanin terus mematikan panggilan membuatkan Haziq keliru. Dia ada membuat apa-apa salahkah sehingga Hanin dingin dengannya.
"Along, kalau orang perempuan tiba-tiba angin tu kenapa? Kita ada buat salah ke?" Harith memandangnya pelik.
"Angah tanya orang yang berpengalaman, along dengan akak kan? Lagipun, angah nak ajak Hanin lunch dengan kita dua, tapi dia tiba-tiba marah. Tak tahu kenapa."
"Percayalah angah kita tak ada salah dengan dia. Kita cuma silap."
"Silap apa?"
"Silap tanya. Along yakin ni masa bulannya datang. Biasanya akak akan tiba-tiba jadi macam ni bila bulan dia sampai." Terdiam Haziq.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...