"Assalamualaikum, adik. Umi ni." Tiba-tiba sahaja Aisyah menelefonnya di waktu dia di pejabat.
"Tak, umi nak cakap. Lepas balik kerja ni singgah la rumah dulu. Tidur sini hari ni. Esok angah nak pergi meminang Kak Aira. Elok la kita satu family pergi." Terdiam Hanin di talian. Tidak menyangka berita buruk ini akan sampai di pendengarannya secepat ini.
"Adik? Umi suruh along datang ambik ya. Umi, abah semua tak kenal lagi rumah adik kat mana." Berat hati Hanin ingin membenarkan keluarga itu menjejakkan kaki ke rumahnya. Dia berfikir semula.
"Ha, boleh la umi. Tapi umi dengan abah tak payah datang lagi la. Sebab adik tunggu along kat bawah je kut." Akhirnya Aisyah bersetuju. Hanin berfikir mungkin ada baiknya salah satu daripada keluarga angkatnya mengetahui di mana dia tinggal. Dan dia memilih Harith kerana hanya lelaki itu yang tahu segala rahsianya.
"Babe, Haziq nak masuk meminang Kak Aira la esok. Aku kena balik rumah umi hari ni." Terhenti Raykal membuat kerja. Ketika itu, Hanin datang melepak di bilik pejabat Raykal.
"Kau ok ke? Nak aku temankan?" Hanin melihat Raykal dengan wajah yang monyok.
"Its okay. You've help me a lot. Kali ni, aku kena selesaikan sendiri masalah aku. Nanti apa-apa aku roger kau k. Thanks for listening." Hanin berlalu tanpa sempat Raykal mengucap apa-apa.
"Tak nak jemput along dengan akak masuk dulu ke?" Tanya Harith ketika melihat Hanin menggalas beg bajunya di ruang parking kondo. Hanin memandang mereka berdua dengan muka kosong.
"Since I left my make-up box upstairs, jomlah." Kerap kali Hanin melihat ke belakang memastikan Harith dan Maria di belakangnya. Pasangan suami isteri itu mengerling kondominium yang sederhana mewah itu berulang kali ketika berjalan dan menaiki lif. Sampai di depan pintu, Hanin membuka pintu rumahnya dan menjemput abang dan kakak iparnya masuk.
"Nilah rumah adik sekarang." Harith dan Maria merenung sekeliling rumah yang agak kemas itu.
"Kawan adik, Raykal tu duduk mana? Dekat-dekat ni jugak ke?" Hanin berpaling melihat Harith yang duduk di sofa.
"Ray duduk tingkat bawah daripada adik. Ni pun, mujurlah dia tolong carikan rumah nak sewa." Kedua Maria dan Harith terangguk-angguk.
"Jomlah kita balik bang. Lewat-lewat risau pulak umi kat rumah tu tunggu kita bertiga." Sebaik sahaja Maria keluar dari rumah, Hanin mendekati Harith.
"Akak tahu ke bang? Pasal adik dengan angah?" Harith mengangkat bahunya.
"Along belum cakap dekat akak, tapi along rasa akak macam tahu je." Hanin mengangguk dan mereka mula bergerak pulang ke rumah.
"Hah, dah sampai pun anak kesayangan umi ni. Jom masuk, umi dah masak lauk sedap-sedap untuk Hanin. Jom kita makan sama-sama." Mereka bersama-sama duduk di meja makan, bersedia menjamu makan malam. Hanin ada menjeling Haziq, tapi tidak dipedulikan abangnya.
"Ingatkan dah ada rumah baru, tak ingat nak balik sini. Rupanya ingat lagi." Terhenti Hanin menjamah makanan, mendengar sindiran Haziq.
"Kalau macam ni lah setiap kali adik balik, along pun takkan ingat jalan balik rumah. Tak habis-habis lagi ke angah? Sambut adik, bukan sindir-sindir dia." Harith terus memotong sindiran Haziq, membela Hanin. Kini jelas di matanya Hanin cuba mengekalkan hubungan mereka bertiga seperti biasa, tetapi Haziq tetap ingin membuatkan mereka bergaduh.
"Sudah, sudah. Kenapa kamu bertiga ni, bergaduh depan rezeki. Haziq, behave. Biarlah adik nak balik bila-bila sekali pun, ini rumah dia." Terdiam mereka mendengar suara Rashid menegur. Haziq mengerling tajam Hanin dan Harith yang berada sebelah menyebelah di hujung meja.
Selepas makan, Harith dan Hanin pergi melepak di luar rumah. Kemudian, datang Haziq mendekati mereka.
"Hanin....angah nak cakap sikit." Harith dan Hanin berpandangan seketika.
"Along masuk bilik dululah tengok Kak Maria. Ingat, jangan bergaduh." Hanin mengangguk sebelum melihat Harith masuk.
"Angah harap dengan angah bertunang ni, perasaan Hanin akan hilang dekat angah. Angah tak sanggup kalau adik terus suka kat angah macam ni." Hanin mengangguk lalu berpaling kepada Haziq.
"Thank you la sebab at least ok sikit jawapan angah dari sebelum-sebelum ni. Tapi apa yang buat Hanin sedih adalah angah sedar tak sebab utama angah nak kawin dengan Kak Aira ni sebab angah nak suruh adik lupakan angah. That's all. Angah sedar tak kak Aira akan sedih kalau dia tahu ni sebab angah nak kawin sangat dengan dia. Kalau macam ni la perangai angah sebenarnya, adik menyesal suka kat angah." Hanin bergerak masuk ke rumah, kemudian dia berpaling semula.
"One more, angah jangan risau perasaan adik pada angah, pandaila adik jaga diri sendiri. Yang penting sekarang, angah. Angah macam nak paksa diri je sebab kawin ni. Lepas ni, adik akan make sure untuk kurangkan hadir ke rumah ni. Angah jangan risau, yelah mana tau kalau angah semak tengok adik kat sini. Adik tak sedih sebab angah nak kawin tau, adik cuma sedih sebab hari ni adik hilang seorang abang yang paling adik rapat and sayang sebelum ni." Hanin segera masuk ke rumah meninggalkan Haziq keseorangan di luar.
"Along harap angah tak menyesal dengan tindakan yang angah buat sekarang." Haziq berpaling melihat Harith.
"Angah ingat along tak suka kalau adik terus-menerus suka angah." Harith duduk di kerusi sebelahnya.
"Yes, tapi dulu. Sekarang ni along nak support je dengan siapa-siapa je adik nak dating. Dia berhak. And kalau la along tak pandang adik tu adik, and belum ada wife, along pun mungkin suka adik. Nak jadikan dia isteri along." Tangan Haziq mengepal mendengar kata-kata Harith.
"Relaks la ngah, sekarang ni Kak Maria life along. Tak mungkin along nak cari pengganti lain. Dah la, along nak masuk dalam dulu la. Nak bincang dengan umi sikit." Haziq berpaling melihat Harith.
"Bincang apa dengan umi?" Mukanya berubah keliru.
"Bincang la nak satukan semula Luthfi dengan Hanin." Kata Harith lalu masuk ke rumah.
Haziq terbayang-bayang lelaki bernama Luthfi. Kemudian, wajah Hanin pula. Dia terduduk kembali memikirkan rancangan seterusnya.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romansa"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...