"Mirul, kau nampak tak tadi?" Amirul mengalihkan pandangannya dari komputer dan melihat Damia kalut tiba-tiba. Dia tidak suka kekalutan dan senang dengan ketenangan. Sebagaimana dia tidak menyukai perangai Damia, dia perlu tahu apa yang cuba disampaikan kakaknya.
"Apa pulak kali ni?" Tanyanya dengan riak wajah bosan. Damia mencapai kerusi di depan meja adiknya lalu duduk.
"Aku rasa Shah tu rancang sesuatu la. Tadi, aku nampak dua orang lelaki yang pelik baru keluar dari bilik Shah tu. Aku tanya Sue dan u know la, macam biasa dia tak tahu apa yang berlaku dengan boss dia." Amirul diam di tempatnya memikirkan kata-kata Damia.
"Wei, aku cakap dengan kau ni. Kau dengar tak?" Amirul mengalihkan pandangan meliha Damia yang mula bengang dengan sifat pendiam Amirul.
"Ye, aku dengar la. Tapi kau soal aku, mana aku tahu. Takpelah, aku rasa lebih baik kau balik ke bilik kau, buat kerja. Daripada jalan-jalan cari gossip dengan pekerja lain." Mencerlung marah mata Damia mendengar tuduhan Amirul. Tanpa berlengah lagi, dia keluar dari bilik Amirul dengan rasa tak puas hati.
"Kak, kau sepatutnya aware dengan situasi ni. Kau sepatutnya tackle hati papa, pujuk supaya budak tu tak jejak kaki kat sini, tapi since benda dah jadi macam ni, rasa ok je kalau kita ambik alih tugas mami yang sepatutnya lindung kita." Bisik Amirul perlahan dan matanya merenung potret keluarga mereka berlima, tanpa Nek Piah, mama Lia atau Shahir.
"Hanin, tadi ada orang hantar bunga untuk u, I dah letak dalam bilik u tau." Pesan Zura, kawan pejabatnya. Hanin mengucapkan terima kasih dan masuk ke bilik dengan perasaan aneh. Siapa pula yang menghantarnya bunga. Masuk sahaja, dia melihat sejambak bunga beserta nota di dalam bungkusan.
Awak masih lagi saya minat dan saya pun harap sebaliknya. - Luthfi
Telefonnya kemudian berbunyi dan satu panggilan dari nombor tidak dikenali.
"Hello, Hanin?" Hanin tahu siapa yang menelefonnya sebaik sahaja mendengar suara itu.
"Luthfi..... Assalamualaikum. Thanks for the flower." Luthfi di sebelah sana ketawa kecil.
"Suka tak? Saya rasa bunga tu biasa je, kalau nak digambarkan dengan hati saya." Hanin tidak tahu mahu bereaksi bagaimana, jadi dia membalasnya dengan ketawa juga.
"Suka, bunga ni pun cantik. Tapi ada apa-apa ke di sebaliknya? Saya tak terima bunga atau hadiah tanpa sebab tau." Di fikirannya masih tertanya-tanya apa makna di sebalik bunga ini.
"Hanin.... Macam ni lah, saya rasa elok kalau kita bercakap berdepan. Saya rasa cakap dalam telefon macam ni, tak sampai pula mesej yang saya nak sampaikan. So, lunch dengan saya nanti?" Hanin berfikiran seketika. Bunyi suara Luthfi macam serius.
"Ok, tapi awak datang ambil saya eh. Saya tak tahu kita nak lunch di mana ni." Dengan itu, Luthfi terus bersetuju.
"Hanin, jom lunch." Muncul Raykal di balik pintu pejabat Hanin.
"Sorry, Ray. Aku ada nak jumpa someone hari ni. Esok je la kita lunch sama-sama ye." Raykal memandang Hanin.
"Ookaaay.... Sound suspicious, tapi takpe, lepas ni aku pastikan kau cerita semua pada aku." Hanin ketawa melihat Raykal sebelum dia berlalu dari situ.
Seketika kemudian, telefon Hanin mula berbunyi menandakan Luthfi telah berada di bawah. Dia tidak mengangkat telefon itu dan terus mencapai handbagnya dan bergegas turun. Hanin tersenyum lebar melihat Luthfi di dalam kereta.
"Hai, dah lama sampai?" Luthfi juga tersenyum apabila Hanin mula memasuki keretanya.
"Taklah, baru je. Hanin, thanks sebab sudi jugak nak jumpa saya. Yelah, kerja banyakkan?" Hanin ketawa dan mengeleng.
"No, it's okay. Lagipun kita dah lama tak spent masa berdua kan. Last.... masa date yang umi dan makcik Kalsum set hari tu kan? Hahahaha." Luthfi turut ketawa membayangkan temu janji mereka pada hari itu. Tidak lama selepas itu, mereka mula bergerak ke sebuah restoran.
Sampai sahaja, kelihatan ramai orang di restoran itu. Tapi mereka berjaya mendapatkan tempat duduk. Baru sahaja duduk, pelayan terus mendapatkan pesanan mereka.
"Okay, apa yang penting sangat sampai kita tak boleh cakap melalui phone?" Luthfi merenung wajah Hanin sebelum mengalihkan pandangannya. Dia menjelaskan suara terlebih dahulu sebelum mula bercakap.
"Okay, since awak dah pindah rumah ni, saya cuma nak tanya...em...macam mana eh?" Hann tergelak melihat Luthfi yang mula tergagap dan dahinya sedikit berpeluh. Masih lagi tergelak, Hanin memberi Luthfi tisu dan Luthfi mengambilnya dengan senang hati.
"Okay macam ni. Awak...awak dah ada boyfriend belum?" Soalan direct Luthfi tidak dijangka Hanin. Hanin juga menjelaskan tekaknya dan menyelit rambut yang bermain di mukanya di belakang telinga. Dia jadi terfikir bagaimana untuk menjawabnya.
"Kenapa tanya macam tu?" Luthfi berasa gementar seketika. Dia melihat Hanin dan dia tahu maksud pandangan itu.
"Ok, macam ni. Saya nak berterus terang. Hanin, saya suka awak. Saya tahu kita baru je kenal and jumpa pun kadang-kadang. Tapi saya suka awak, love at first sight. Bila mama saya aturkan temu janji kita hari tu, saya rasa bersyukur sangat. Mulanya aya tak tahu pun yang ummi awak pun tak boleh hadir, tapi lepas aya tengok awak, saya tahu. Saya tahu saya dah jatuh cinta pada awak. So, awak sekarang ni single or berpunya?" Luthfi berasa lega yang teramat selepas meluahkannya. Sebaliknya bagi Hanin, dia tidak tahu hendak bereaksi bagaimana.
"Luthfi, I'm sorry." Luthfi melihat tepat ke mata Hanin dan Hanin melarikan pandangannya.
"I'm single, tapi sekarang ni saya lebih prefer single. Lagipun, saya....kita baru kenal awak." Hanin berasa serba salah apabila melihat muka down Luthfi. Dia menyentuh lengan Luthfi dan Luthfi melihatnya lalu tersenyum.
"Its okay, saya faham. Mungkin saya yang terburu-buru. Sorry Hanin, benda ni pasti buat awak rasa akward." Hanin tersenyum kepada Luthfi.
"Maafkan saya Lutfi, tapi sekarang ni ada banyak benda bermain di fikiran saya. Tapi saya harap benda ni tak buat kita terputus terus. Saya harap, kita boleh tay sebagai kawan. Kalau boleh..." Luthfi mengangguk setuju. Sungguh dia menyenangi perangai gadis ini dan dia tidak berasa terlalu kecewa dengan penolakan Hanin. Walaupun Hanin tidak mahu bersamanya, dia berasa lega kerana telah melepaskan perasaannya.
"Hanin, minta maaf ok. Walau kita tak bersama, saya masih nak kawan dengan awak."
"Hanin..!!" Kedua mereka berpaling ke arah orang yang menegur Hanin. Kelihatan Aira yang memeluk lengan Haziq mesra, menegur mereka. Perasan Hanin melihat ke arah tangan mereka, Haziq segera merungkai pegangan tangan Aira tadi. Dan Aira merasa pelik tiba-tiba dengan perubahan Haziq. Dia melihat Haziq memandang Hanin sedangkan Hanin mengalihkan pandangannya membelakangi Haziq. Tiba-tiba sahaja fikiran Aira diganggu dengan soalan pelik tapi cepat dia menepisnya. Tak mungkin Haziq dan Hanin?
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...