Tiga minggu kemudian......
"Apa semua ni Damia?!!!" Jerkahan Shahir agak kuat hingga didengari oleh pekerja-pekerja di luar pejabatnya. Namun, Damia hanya bermuka selamba.
"Apa lagi bang, laporan kewangan syarikat bulan ni la." Jawapan simple Damia membuatkan Shahir sakit hati.
"So, boleh Mia terangkan macam mana duit syarikat kita boleh kurang 70 ribu? Dalam masa 10 bulan." Damia meneguk air liur pahit.
"Abang dah lupa ke duit yang takde tu kita belanja untuk decor office? Lepas tu kita ada buat majlis sikit untuk pekerja-pekerja kita sempena keuntungan projek besar hari tu. Ke situlah habisnya duit tu." Dada Shahir turun naik lagi mendengar jawapan Damia.
"Jangan nak bodohkan abang, Mia! Abang pernah pegang jawatan Mia sebelum abang sampai ke tahap ni. Setakat deco office dengan majlis kecik tu tak mungkin habis 70 ribu, 10 ribu pun takkan sampai. Beritahu hal yang sebenarnya, mana hilang semua duit ni?!" Damia mula merengus.
"Abang tak percaya sudah!! Mia dah explain and Mia buat kerja Mia. Mia cakap betul, abang tak percaya, now up to you!!!" Shahir tersenyum sinis kepada Damia.
"Fine, kalau Mia tak nak beritahu hal yang sebenar takpe. Tapi, kalau sampai hal ni pada papa, abang tak dapat nak tolong." Dengan perasaan bengang, Mia bangun dan menghampiri pintu.
"Oh, sebelum abang lupa. Selain dari penjelasan hal duit syarikat ni, tolong nanti jelaskan jugak kepada papa kenapa Mia dah beberapa hari tak balik rumah." Tanpa berlengah lagi, Damia membuka pintu dan menghempasnya dengan kuat lalu pergi.
"Hello, kau follow Damia. Bagitahu aku dia pergi mana, dengan siapa dia bergaul dan apa yang dia buat." Arah Shahir melalui telefon. Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi minta diangkat.
"Hello, encik Shahir? Saya nak beritahu encik keputusan DNA encik telah siap diproses dan encik boleh datang ambik." Dengan wajah gembira, Shahir mengucapkan terima kasih dan keluar dari pejabatnya.
"Sue, cancel semua meeting hari ni. Saya ada hal kat luar." Sue hanya mengangguk dan melihat bossnya keluar.
Satu jam kemudian, Shahir keluar dengan wajah yang gembira. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket belakang seluar dan mula mendail.
"Hanin, guess what? Kita sebenarnya...."
Hanin mengetuk pintu bilik Raykal, kebetulan pula Raykal baru sahaja ingin keluar. Hampir-hampir sahaja mereka berlanggar.
"Yes, ada apa awak nak jumpa saya?" Hanin melihat Raykal yang agak terburu-buru.
"Boss, nak cepat-cepat ni ada hal penting ke? Saya menganggu urusan boss ke?" Raykal menarik masuk Hanin ke biliknya. Tidak selesa berbual di depan pintu.
"Tak ganggu pun, aku cuma ada urusan kat luar je. Kenapa kau datang ni?" Hanin mengangguk saja mendengar.
"Tak, aku nak mintak kerja separuh hari hari ni." Muka Raykal berubah menjadi risau.
"Kenapa, ada apa-apa berlaku ke? Kau nak aku hantarkan kau ke mana-mana ke?" Hanin tergelak melihat kekalutan Raykal.
"Takde apalah, tak payah risau sangat. Cuma, apa pendapat kau.... kalau aku dapat tahu siapa sebenar keluarga kandung aku?" Raykal terpegun dan mendekati Hanin.
"Siapa? Kau tak beritahu aku pun. Sampai hati." Hanin tergelak lagi.
"Relaks, macam perempuan la kau ni. Macam mana kau nak ambik tahu pasal aku kalau kau tu sibuk je memanjang dengan Lela? Kau jangan ingat aku tak tahu eh." Muka Raykal bertukar merah. Dia cuba menidakkan tapi apa gunanya kalau Hanin sudah mengetahuinya.
"Hmmmm.... So siapa family kau tu? Apa perasaan kau?" Hanin mengangkat bahunya.
"Aku nak cerita lebih lanjut pun, aku kena tengok dulu. So, buat masa sekarang biarlah rahsia. Haa, sebelum aku pergi. Aku nak pastikan kau tak main-main dengan Lela. Kau serius ke pasal dia?" Raykal mengangguk yakin membuatkan Hanin tersenyum bangga.
"Oklah, boss. Saya pergi dulu, driver saya dah on the way tu. Saya tak siap lagi ni." Raykal memandang keliru, siapa pula driver yang dimaksudkan Hanin selain dari dirinya?
Turun saja Hanin ke bawah, Shahir telah menunggunya. Dia masuk ke dalam dan mereka saling bertatapan. Tidak lama, Shahir menghulurkan tangannya dan Hanin mencium tangan abangnya. Sedikit air mata keluar dari mata Hanin kerana terlalu gembira. Shahir tergelak sedikit dan mengusap kepala Hanin.
"Welcome home, adik. Kami dah lama tunggu adik balik." Hanin mengangkat kepalanya dan mereka berbalas senyuman.
Sesudah solat isyak, Haziq duduk di atas katilnya. Dia mengepal tangannya dan berfikir sedalamnya. Setelah mendapat keputusan yang sewajarnya, dia keluar dari bilik. Terkejut dia apabila melihat Hanin berada di dapur, menolong Aisyah menyiapkan makan malam.
"Hanin..?" Harith yang ketika itu berada di ruang tamu bermain dengan anaknya melihat Haziq.
"Along ambik dia lepas magrib tadi. Katanya ada sesuatu nak cakap, umi pun buat la makan malam hari ni special sikit." Haziq mengangguk mengerti.
"Along, Ha....angah, makan. Akak nanti Hanin bawakkan makanan orang berpantang. Umi dah siapkan." Maria mengangguk dan senyum kepada Hanin. Haziq memandang Hanin dan jantungnya berdegup-degup. Memikirkan patutkah dia meluahkan atau menyimpannya. Setelah Harith menepuknya di bahu barulah dia bergerak. Dia duduk berhadapan dengan Hanin. Hanin pada mulanya ada melihat dia tapi akhirnya menjeling tajam. Haziq perasan Hanin masih lagi marah kepadanya.
"Sukanya ummi, semua anak-anak ummi berkumpul ada kat rumah. Hanin terutamanya. Susah betul nak balik sekarang ni." Hanin tersenyum kecil.
"Sori ummi, adik bizi sikit kat pejabat. Ada projek baru masuk." Abah dan uminya mengangguk. Setelah mereka menghabiskan masa dengan berbual. Haziq hanya mendiamkan diri, fikirannya masih lagi berserabut. Kemudian dia memilih untuk meluahkan sahaja.
"Ummi, abah, Hanin/Haziq ada nak cakap sesuatu." Spontan perkara sama keluar dari mulut mereka berdua. Hanin dan Haziq berpandangan sesama mereka. Aisyah, Rashid dan Harith melihat mereka berdua.
"Adik nak cakap apa? Angah nak cakap apa?" Apabila Rashid bertanya, semua mendiamkan diri.
"Hanin cakap dulu la." Hanin mengeleng dan menyuruh Haziq meluahkan dulu tapi Haziq juga mengeleng.
"Nak cakap apa kamu berdua ni?" Tanya Aisyah. Haziq menarik nafas panjang dan melihat keluarganya.
"Haziq... Nak putus tunang." Terkejut semua orang mendemgarnya.
YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...