Bab 24

15.2K 513 17
                                    

"Oh hai, kak Aira. Buat apa kat sini?" Aira melihat sekeliling mereka dan tersenyum kepada Hanin.

"Dah datang restoran, mestilah makan kan? Takkan basuh kereta pulak kan? Taklah, gurau je. Office angah dengan kakak dekat je sini. Hanin pulak buat apa kat sini? Ni siapa, boyfrind ke?" Hanin tersenyum pahit dan mengeleng. Dia perasan riak Haziq yang masam apabila melihat Luthfi di sisinya.

"Taklah kak. Saja datang sini, ubah selera. Akak, ni Luthfi yang datang sekali masa akak datang hari tu. Tak sangka pulak office akak kat sini." Sebaik mungkin Hanin ingin mengelak daripada melihat atau bercakap dengan Haziq. Dia tahu, selain melihat Luthfi, kerap kali juga Haziq melihatnya.

"Luthfi, kita nak bertolak dah kan? Saya takut lewat je masuk office, kejap lagi ada meeting." Dia dan Luthfi serentak bangun dan Luthfi menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Haziq. Haziq menyambutnya dengan mengenggam kemas membuatkan Luthfi mengaduh kecil.

Masuk saja ke dalam kereta, Hanin memandang Luthfi yang agak tidak selesa. Nampaknya, Haziq masih lagi memandang ke arah mereka.

"Wow, nampaknya awak adik kesayangan Haziq yang dia betul-betul sayang." Luthfi melihat tangannya sekali lagi.

"Kenapa?" Tanya Hanin pelik.

"Kemas betul abang awak bersalam dengan saya tadi, sampai merah tangan saya. See, dia masih lagi tengok kita. Kalau dia bukan abang awak, saya akan cakap dia jealous dengan saya sebab saya rapat dengan awak." Hanin diam tidak tahu hendak membalas apa.

Pagi itu, seperti biasa Hanin bersiap-siap ke tempat kerja. Tiba-tiba Harith menelefonnya.

"Ada apa along call pagi-pagi ni? Ada apa berlaku kat rumah ke?" Cemas Hanin tiba-tiba.

"Memang ada something yang berlaku kat rumah semalam dan along mintak maaf sebab lambat cakap." Berdebar Hanin menanti berita Harith.

"Along dah jadi ayah pagi ni. Kak Maria sakit bersalin pukul 4 tadi." Menjerit Hanin di telefon gembira.

"What? Along, tahniah. Baby laki kan? Along dengan akak letak nama apa? Wait, nantilah. Nanti adik datang hospital masa lunch jenguk akak dengan along.

"Bahagia nampak hari kenapa?" Tegur Raykal apabila Hanin masuk ke dalam kereta.

"Macam mana tak bahagia kalau hari ini aku jadi auntie." Raykal terpaku seketika sebelum terkejut dan juga ketawa.

"Tahniah pada kau dengan Harith. Wah, bestfren aku dah ada anak dah. Dah tua rupanya kau ni." Masam Hanin menjeling Raykal.

Tidak lama selepas itu, telefon Hanin berbunyi lagi. Terpana dia sekejap apabila melihat Haziq yang menelefonnya.

"Hello, Haziq." Raykal melihat Hanin sebelum fokus kepada jalan semula.

"Hanin tahukan yang kak Maria dah bersalin?"

"Haah, tadi along call bagitahu." Sejujurnya dia tidak tahu hendak dibualkan apa dengan Haziq.

"Jom kita pergi lawat kak Maria sekali lunch nanti. Angah ambik Hanin." Hanin mendengar perkataan angah disebut.

"Takpelah, Hanin pergi dengan kawan je. Bye." Dia terus menutup telefon tanpa menunggu lama.

Haziq melihat telefonnya lama. Tidak menyangka Hanin akan meletak telefon secepat itu. Dia mengeluh panjang.

"Apa aku dah buat ni? Ni tak boleh, tak boleh." Dia menyandarkan kepalanya kepada stereng kereta. Tidak lama kemudian, Aira masuk ke dalam.

"Sayang, jom tengok baby along. Kakak ipar I dah bersalin pagi tadi." Dengan senyuman, Aira mengangguk bersetuju.


Laila berbaring di atas katil, tidak tahu hendak membuat apa. Dia tiba-tiba terfikir tentang tetamu yang datang ke rumahnya hari itu, Hanin Syakira. Dia tidak tahu apa kaitannya tetapi kadang-kadang dia ada mendengar kakak dan abangnya tertinggi suara apabila bercakap dengan maminya. Tapi, apabila dia masuk untuk mendengar, mereka terus berhenti berbual dan menukar topik.

Tapi Laila perasan tentang air muka mama Lia dan Nek Piah seperti gembira tapi seperti menyembunyikannya. Begitu juga dengan papa dan abang Syah. Dia ingin bertanya tapi biasanya akan dikatakan menyampuk. Tiba-tiba dia mendapat idea.

Laila turun mendapatkan papanya yang berada di meja study. Dia duduk di depan Alif dan tersenyum.

"Papa... Papa ada nombor kakak yang datang hari tu tak?" Alif berhenti membuat kerja dan melihat anak bongsunya.

"Yes....but why?" Laila tersenyum kepadanya.

"Pa, Lela bosan duk kat rumah tak buat apa macam ni. So, why not kita ajak Kak Hanin datang rumah, jenguk mama Lia dengan nenek. Diorang pun mesti happy." Alif berfikiran seketika lalu mengeleng.

"Tak payah la, kakak sibuk dia kerja. Kakak tak ada masa nak layan Lela. Pergi tolong mama Lia ke, atau tolong mami ke." Laila meletakkan dagunya ke atas permukaan meja.

"Mami dah keluar dengan kawan persatuan dia, mama Lia ada dalam bilik, nenek solat. So, papa please..." Alif kesian melihat Laila. Antara semua anaknya, dia paling rapat dengan Laila.

"Ok, papa call kakak. Tapi please bukan sekarang nak sibuk-sibukkan kakak okay. Kakak bizi." Laila mengangguk cepat dan melihat papanya mengambil telefon dan mendail Hanin.

"Hello, Hanin." Kedengaran suara teruja Hanin di dalam telefon. Laila tersenyum lega.

Hanin gembira apabila Uncle Alif menelefonnya lagi. Dia sangat-sangat mengharapkan mereka menelefon lagi. Entah kenapa dia merindui keluarga itu terutama auntie Lia dan Nek Piah.

"Hanin, sorry uncle ganggu time office macam ni. Tapi, hari ni Hanin sibuk tak?" Hanin memandang Raykal di sebelahnya.

"Takdela sibuk sangat, kenapa uncle?"

"Sebenarnya Laila, anak bongsu uncle ni sibuk nak suruh uncle call Hanin. Katanya rindukan Hanin dan harap Hanin boleh datang rumah uncle." Hanin berasa terharu dan meminta untuk bercakap dengan Laila.

"Hai Lela, buat apa tu? Sibuk tak?" Laila gembira mendengar suara Hanin.

"Tak pun akak. Lela macam nilah, duduk rumah tak tahu nak buat apa." Alif membulatkan matanya, bimbang Laila menganggu kerja Hanin.

"Ok, macam ni. Kakak nak ajak Lela keluar, Lela nak tak?" Bunyi setuju Laila jelas di pendengaran Raykal membuatkan lelaki itu tersenyum.

"Ok, mintak dengan uncle nak keluar dengan kakak. Kita pergi tengok baby." Selepas mendapat persetujuan Alif, Hanin menutup telefon dan mengarahkan Raykal ke rumah uncle Alif bagi menjemput Laila.

"Happy nampak dapat call dari uncle tu. Ada pape ke?" Hanin berpaling sekilas.

"Tak tahu la, ada something yang buat aku attract dengan keluarga ni. Aku ras bahagia dapat kenal diorang, entah la kenapa." Sampai sahaja, Laila telah menunggu mereka.

"Kau akan suka dia Ray. Aku rasa bahagia sangat, rasa macam aku dapat adik yang aku idam selama ni." Mata Raykal meluas melihat Laila yang tersenyum menghampiri mereka.

"Mungkin betul....aku akan suka budak ni." Hanin memandang Raykal pelik kemudian faham dengan maksudnya.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now