25

3.5K 226 45
                                    

Jungkook yang baru menghadiri upacara kematian keluarganya dan juga rakan rakannya mengeluh perlahan.

Dia kehilangan orang yang tersayang serentak. Appa eomma Somi noona, Jin, Jimin dan Tae dan Yoongi . Puas dia memikirkan siapa yang melakukan semua ni namun dia buntu.

Siapa yang berdendam dengan dia? Mengapa kenapa dan bagaimana?

Ya. Dia akui sejak dari zaman persekolahan dia terkenal dengan sikap jahil. Kaki buli, kaki perempuan, kaki arak dan segala macam kaki lagi. Tapi takde la sampai bunuh orang.

Mengapa sampai begini sekali balasan yang dia terima?

" Eomma, appa, noona and guys, mianhae. Sebabkan aku korang yang terima akibatnya. Andai waktu boleh diputar aku akan perbaiki segalanya. Andai waktu boleh diputar pada ke masa lalu,aku takkan buat perangai syaitan aku, andai... andaiii....hikk hikkk hikkkk." Jungkook jatuh diatas tanah. Air mata nya membasahi pipi. Mencairkan ego yang selama ni menyelimutinya sehingga memerangkap dirinya sendiri.

Dia menyesali segalanya. Namun masa takkan berputar ke belakang. Apa yang terjadi telah terjadi.

Sekarang dia menelan apa yang telah ia luahkan.

Kringg kringggg

Telefonnya berbunyi nyaring. Dia membuka telefonnya.

Panggilan daripada Namjoon. Dia menjawab panggilan tersebut.

" Hello.." Jungkook menjawab.

" Kook. To...to..tolong aku..Datang ru..rumah aku sek...sek...sekarang... Ho..hoseok..Arghhhhhhh!" Panggilan terputus.

" Hello. Joon hyung! Wehhh!! Apa yang jadi?" Jungkook cuba menelefon kembali Namjoon namun tak dapat.

Dia membuat keputusan untuk terus ke rumah Namjoon. Dalam hatinya berharap bahawa Namjoon hyung selamat. Namun muncul sesuatu dalam fikirannya memikirkan ayat Namjoon tadi

" Hoseok hyung? Takkanlah?" Jungkook melajukan keretanya ke destinasi.

Jungkook sampai ke rumah Namjoon. Dia keluar dari kenderaannya. Dia melangkah perlahan lahan ke dalam rumah Namjoon. Dia melirik ke arah kereta Hoseok yang diparkir di sebelah kereta Namjoon.

Pisau rambo dipegang erat. Andai berlaku apa apa sekurang kurangnya dia bersedia.

Dia masuk kedalam rumah Namjoon yang pintunya terbuka luas.

Dia masuk dengan berhati hati.

Dia mencari kelibat Namjoon. Tiba tiba.

" Urghhh.." Bunyi seperti orang yang berada dalam kesakitan dari tingkat atas menyebabkan dia meluru menaiki tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah.

Dia terkejut.

" Hoseok hyung!! waegurae?" Jungkook terkejut apabila melihat Hoseok yang memegang pisau yang penuh dengan darah dan Namjoon hyung yang sudah kehilangan nyawanya.

" Bu..bukan aku!" Hoseok menjatuhkan pisau diatas lantai. Dia mendekati Jungkook namun Jungkook menghunuskan pisau rambonya kearah Hoseok hyung.

" Kenapa hyung bunuh Namjoon hyung? Kenapa ! Jadi semua ni hyung yang rancang? Hyung yang bunuh parents dan Bangtan? How could you!" Jungkook berteriak kesal.

" Bukan aku! Ye! IU yang rancang nak musnahkan kau! Dia nak porak perandakan kau dan dia upah aku untuk tolong dia. Tapi yeoja tu..yeoja tu... arghhhh!! Semua ni babi!!" Hoseok berlari keluar dan dikejar oleh Jungkook.

Hoseok terus berlari kearah jalan raya.



"Hyung!!"


Bammmmmm

[C] My Egois Husband 18+++Where stories live. Discover now