2: "Watch Out"

185 23 1
                                    

Affan menatap lama buku bank dan dompet hitam itu. Siapa punya ni? Nak kata kawan-kawannya ni beg duit perempuan. Buku bank diselak. Manalah tau ada nama di dalamnya. 'Husnina Izzati binti Ibrahim' Affan melangut ke langit biru seketika. Siapa Husnina?. Mukanya yang bereaksi keliru kian pudar. Senyuman manis mula terukir. Ya, itulah si gadis manis yang melanggarnya sebentar tadi. Hairan betul dia. Gadis itu bercakap tanpa melihat mukanya dan terus berlalu meninggalkannya sendirian.

Senyuman nakal mula terukir di bibir merahnya. Nampaknya dia akan berjumpa dengan si gadis sombong itu semula. Husnina Izzati ya, Husnina Izzati, Husnina Izzati.

Nina terbatuk-batuk. Air matanya mula mengalir. Tak, dia bukan menangis, tapi batuk yang tak henti-henti membuatkan air matanya jatuh membasahi pipi. " Apasal Nina? Tak sedap eh air bandung tu? Kan favourite kau air tu". Jawapan Ain, rakan baiknya dibiarkan lama. Batuknya masih belum berhenti. Kang kalau jawab sambil batuk-batuk kang tersembur air liur dicakap pengotor pula. Usai batuknya reda, Nina membuka mulut memula bicara. "Biasalah orang hot kan, ramai 'heater' " Nina mengibas tudung sekolahnya tanda riak. Dasar budak WeChat. "Acah sia" Ain membuat gaya 'tangan ke bahu mata ke atas' aksi kegemarannya. Nina hanya menjeling. Keadaan diantara mereka berdua senyap seketika. Hanya bunyi bingit para pelajar yang lain kedengaran.

Nina yang hanya berwajah biasa tiba-tiba menepuk meja mereka. Riak wajahnya pantas ditukar. Wajahnya beriak sayu. "Weh kau tau tak aku punya dompet dengan buku bank hilang! Nasib baiklah pagi tadi aku tergesa-gesa lepastu aku tak letak duit belanja dalam dalam beg duit aku tapi dalam dompet aku ada duit raya yang Mak Su bagi haritu". Riak wajahnya masih sayu. Ain juga begitu. Simpati benar dengan sahabatnya seorang ni. "Haih kau ni, cuai betul!. Macam mana boleh hilang?" Nina mengerling memerhati para pelajar yang sedang beratur membeli makanan. Soalan Ain dibiarkan tergantung. Dia juga tak tahu. Kalau dia tahu, tak payah lah dia susah payah berfikir panjang.

Fikiran gadis berumur 14 tahun itu menerawang jauh. Dia mengingati semula, Turun sahaja dari kereta dan meletakkan beg di dalam kelas, Nina mengeluarkan beg dompetnya dan memegang kejap lalu menuju ke kantin untuk membeli sarapan. Biasanya Nina hanya bersarapan di rumah tapi dia terbangun lewat hari ini jadi nasi goreng masakan Mak Su nya tak sempat dijamah. Usai bersarapan, pengunguman dibuat oleh cikgu Siti Hajar yang menyuruh para pelajar yang membuat pemohonan biasiswa hujung bulan lepas untuk berjumpa dengannya di bilik Citra Wawasan.

Keluar sahaja dari bilik Citra Wawasan, dia masih memegang dompetnya kerana dia ada memusingkan hujung tali beg dompetnya berulang kali sambil tangan kirinya memegang buku banknya menuju ke kelas.Tapi sebelum itu dia ada terlanggar mamat entah dari planet mana dan melangkah lenggang kangkung ke kelas. Mata Nina terus membulat dan memerhati Ain yang baru menghabiskan sudu terakhir mee gorengnya.

"Ha, dah ingat?" Soal Ain pendek. Nina menepuk meja buat kali kedua. Namun kali ini lebih kuat sehingga pelajar perempuan yang berdekatan sedikit terkejut dan mengomel geram. "Mamat tu!" Nina mengangkat jari telunjuknya dan menoleh ke arah Ain. Ain bingung. Sungguh tak mengerti. Mamat mana pula ni?.

"Tadi on the way nak pergi kelas aku ada terlanggar mamat ni. Tingkatan 5 Khaldun agaknya sebab dia pegang buku register kelas 5 Khaldun dengan buku modul Matematik Tambahan masa tu. Habis buku berterabur. Aku rasa buku bank dengan dompet aku terselit antara buku-buku tu. So mestilah ada dekat dia kan?!" Cerita Nina panjang lebar. Hampir tercungap dia kerana langsung tidak berhenti mengambil nafas sepanjang bercerita tadi. Ain membuat mulut 'O'. "So, kita kena cari mamat tu. Nama dia apa?". Sekurang-kurangnya senanglah mereka mencarinya. Takkan lah nak suruh Nina tilik muka pelajar 5 Khaldun satu demi satu kalau nak tau siapa yang melanggarnya tu.

"Affan". Sebaik sahaja nama itu disebut mulut Ain melopong. Biar betul! Syed Affan, crush nya yang dia gilai sejak dari tingkatan 1 lagi. Disebabkan Ain jenis yang suka memendam rasa, Nina tidak diberitahu mengenai hal ini. Tapi..

"Asal melopong teruk tu, masuk lalat kang". Lamunannya pecah berderai taktala Nina membuka kata. Affan tu kacak, tak mustahil Nina boleh jatuh hati dengannya. Ini tak boleh jadi. Affan miliknya!. Nina yang melihat Ain merenung tajam padanya menelan liur. 'Dah kenapa minah ni, renung aku macam nak telan je' Nina menyedapkan hati lantas melambai tangannya di hadapan Ain. "Kau dah kenapa? Kena rasuk ke". Ain menggenggam kuat tangan Nina. "Affan tu, crush aku since form 1 lagi. So watch out". Ain meninggalkan Nina yang terpinga-pinga di situ. Nina melihat tangannya yang digenggam Ain sebentar tadi. Merah. Sakit.

Assalamualaikum and hye readers! . Please vote and promote my story if korang rasa interesting and menarik hati. Oh jangan lupa tekan button 'Add Story In Library' tu okay!. Please wait for my new chapter!. Vote and popularkan tau. #KasiViral!.

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now