Nina's POV
Aku berjalan longlai menuju ke kelas. Semangat ke sekolah aku hilang. Hilangnya Oin merudum 1001 kesedihan padaku. Kami berkawan sejak mereka berumur 4 tahun lagi. Ingat dulu mereka sama-sama menangkap berudu di longkang yang sederhana besar di pinggir tadika kami sebab ingat tu ikan laga.
Masa umur 5 tahun pula kitorang panjat meja di tadika lepastu terjun dan meniarap di atas lantai konon-kononnya kitorang tengah lawan berenang.
Masa darjah 3 kitorang pernah main sorok-sorok sampai aku menyorok kat dalam kantin. Lepastu makcik kantin tak perasan aku. Dan terus kunci pintu kantin sebab waktu tu dah habis sekolah. Kecoh betul masa tu sebab cikgu disiplin rempuh pintu kantin sebab ingat aku dah pengsan padahal aku menangis sebab tak dapat keluar sampai tertidur.
Banyak kenangan kami bersama. Kalau nak kira ngan jari termasuk ngan jari kaki jiran sebelah rumah pun tak cukup rasanya. Aku masuk ke dalam kelas. Pandangan dialihkan ke tempat dudukku dan Oin. Tapi yang pelik Dania pulak duduk di situ. Aik? Tak pernah-pernah Dania duduk tempat orang sebab Dania ni jenis yang agak pendiam. Duduk kat depan pula tu. Biasalah nerdy. Tapi comel.
Dania yang sedang membuat ulang kaji modul Sains aku tegur. "Dania, kenapa kau duduk dekat sini? Kenapa tak duduk tempat kau?" Dania memandangku dan menghadiahkan senyuman. "Entah lah, aku pun tak tau, Oin yang suruh aku duduk sini. Dia kata dia jijik nak duduk sebelah pengkhianat. Dia lagi rela duduk kat depan".
Zap.
Air mata yang kian memenuhi kelopak mataku aku tahan. Pengkhianat ya?.
Aku keluar dari kelas. Waktu-waktu macamni Oin ada kat kantin. Biasalah dia tu memang kuat makan sampai tangan pun dah gemuk. Tapi tak nak mengaku.
Oin yang sedang ketawa riang di hari raya bersama 'puak-puak' Sarah aku serbu. Tangan Oin aku genggam kemas. "Apa salah aku?! Kenapa kau buat aku macam ni?!" Para murid yang menjadi mata-mata aku hiraukan. Lantak lah. Apa nak jadi jadilah. Oin menjerit bagai dihisteria. Tubuh aku ditolak melanggar tiang kantin berdekatan. Air milo panas yang berada di meja tadi disimbah kearah ku. Panas, malu, kotor semua ada. Bercampur baur.
Oin, Sarah, Fateha dan Imani meninggalkan aku yang terkulai layu. Sakit akibat belakangku dihentak kuat. Sebelum pergi sempat lagi Fateha menyepak kakiku. 'Kuang ajo' kau Fateha. Dah la pendek.
"Meh," tangan dihulurkan perlahan-lahan aku mendongak untuk melihat tuan empunya tangan. Affan. Aku tidak menyambut hulurannya sebaliknya hanya mengibas-ngibas bajuku yang penuh dengan milo. Aku bangun sendiri. Affan menghadiahkan senyuman manis. Ceh. Nak gelakkan aku la tu. "Gaduh dengan Oin?" Eleh buat buat tanya pulak dah. Kau la puncanya tau tak.
Aku menjeling dan berlari ke tandas. Tangisan aku hamburkan sepuas-puasnya. Aku tak nak semua ni jadi. Ya Allah. Tolongla hamba mu yang comel ni!. Air mataku yang tak henti-henti mengalir terasa dikesat. Affan. Wait. Affan?!
"ARGHHHHHHHHHHH!!"
Hai guys Assalamualaikum :)
Tanggal 31 bulan 8 Lima puluh tujuh.
Lalalalala.
HAPPY NATIONAL DAY~
For this 60th year merdeka, author nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! Maaf zahir dan batin!
Eh kenapa hari raya pulak?
Yela esok kan 1st September
Maaf sekali lagi sebab bab kali ni pendek je.
Author in mood sukan SEA+Merdeka+Raya! Sampai semua idea hilang :'(. Tapi no worries. Cerita ni takkan habis setakat ni je kan?
Bye and muah- Affan
Orang atas tak reti bagi salam, so buat aye bagi. Bye korang Assalamualaikum ~~ -Nina.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...