Innalillahiwainnailaihirojiun
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita kembali.
Takziah kepada pihak Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah di atas kematian sultan negeri saya, Almarhum Tunku Abdul Halim Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Al-Fatihah
Takziah juga kepada para penghuni Maahad Tahfiz Darul Ifftifaqiyah yang musnah separuh akibat kebakaran yang berlaku dengan niat.
21 anak syurga, serta 2 warden asrama telah kehilangan nyawa mereka di atas perlakuan kejam kanak-kanak di zaman sekarang.
Sesetengah orang cakap, 'apa nak buat. Kalau diorang tak bakar pun ajal diorang tetap akan sampai. Macam orang cakap, ajal maut semua tu kan di tangan Tuhan'
Benarlah kata pepatah melayu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika tidak mengerti akan penderitaan seseorang, jangalah cepat menilainya dengan sesuka suki.
Pepatah omputeh pulak cakap, easy to say hard to do. Memang betul, ajal diorang akan sampai juga kalau para suspek yang dilaknati Allah itu tak menganiaya mereka. Tapi, kalau anak, mak atau orang yang korang sayang mati dalam keadaan dikhianati, dibakar hidup-hidup, dan mati dalam keadaan yang menyayat hati contohnya rentung sampai tak dapat dicam lagi mayat tu. Korang sanggup terima?. Sanggup kata ajal maut ditangan Tuhan?
Jadi saya yang mendengar turut berada sedih, kecewa dan simpati. Jadi para muslim readers pon tak salah kan kalau ringan-ringankan mulut dan tangan untuk sedekahkan Al-Fatihah? Alah, bukannya luak mana pun masa korang.
Al-Fatihah
Sedekahkanlah juga Al-Fatihah kepada ibu author yang sedang bertarung dengan penyakit fabroidnya yang semakin aktif. Sungguh, saya sebagai anak perempuan tumpah kasihan melihat ibu saya yang asyik mengerang kesakitan walaupun pelbagai ubat dan rawatan telah dijalankan. Kesakitannya juga saya lihat makin berat. Sebabtu jarang update bab dan online di apps sosial sekarang. Kena jaga ibu kesayangan. Saya amat berharap bahawa kesakitan ibu saya akan sembuh segera.
Berikut adalah titipan yang saya tulis sendiri buat ibu saya dan ibu anda.
Ibu,
Kau datang bagai pelangi.
Menyinari hari-hari.
Tetap tersenyum walaupun di ambang mati.Ibu,
Kau adalah insan,
Yang ku contohi buat pedoman,
Yang setia memberiku harapan,
Dalam segala rintangan juga halangan.Ku harap,
Ku doa,
Mengharap jangan mendapat berita
Yang boleh membuatkan hatiku terlukaIbu,
Harapan mu sembuh kian malap,
Namun akanku cuba menjadikan harapan itu kian tegap,
Dan ku harap niatku ini takkan pernah silap.Ibu,
Hadirnya aku melihat dunia,
Tidak akan terjadi jika pengorbananmu tiada,
Akan ku jadi orang yang berguna,
Membalas jasamu tiap masa dan ketika.Maaf jika terlalu panjang ^^
Chap D o a ini bukan untuk menagih simpati sesiapa. Cuma untuk meminta bantuan para readers untuk menyedekahkan Al-Fatihah pada para 25 insan ini.
Assalamualaikum w.b.t
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...