Maafla bab ni creepy skit.
Sikitjur.
Aqram's POV
"Jaga dirimuuu sayangkuuuu. Disaatku bila tiada di sisimuuu. Semoga cinta kita kan bersamaaa dihatimuuuuu uwohhh jadikan.. adoi! Sakitlah!" Tengah sedap aku nyanyi lagu Irfan Haris. Affan mengetuk kepalaku. Ingat apa? Drum nak ketuk-ketuk? Tau lah suara aku merdu. Orang tua-tua kata jealous biar bertempat!.
"Kau kalau suara sedap takpa! Ni suara macam godzila panggil hujan je apa cita!" Affan membebel padaku. Kalau bodoh tu aku tak kisah. Ni bodoh sangat. Ada ke godzila panggil hujan. Haih, aku bersimpati atas kebodohan kau Fan. Aku hanya mencebik. Nak nyanyi pon tak boleh. Teruk betul jenis ada member yang kuat cemburu.
Kitorang sekarang ada kat padang sekolah. Sekarang waktu PJK. Member lain kata nak main bola tapi stor sukan pulak kunci. So kitorang lepak je kat padang. Tanpa rasa bersalah aku menyanyi la lagu Pesan tu untuk hiburkan hati diorang. Tapi kepala aku diketuk dan diboo ramai. Hm sedih.
Dari jauh aku memerhati pelajar perempuan kelas aku sedang bermain bola jaring. Mana diorang dapat bola tu aku pun tak pasti. Untungla dapat main. Beberapa orang pelajar yang sedar aku sedang memerhati mereka buat acah control ayu. Lari pun pelan-pelan tak jerit jerit. Nyampah. Dah gedik tu gedik je la terus. Lagi gedik aku tengok korang control ayu tu tau tak.
Aku berpaling ke arah Affan. Dia sedang menguis-nguis rumput yang tak bersalah tu. Pandangan ku beralih ke arah Iqbal. Ketua kelas kitorang. Dia tengah rancak bersembang dengan geng-geng nya yang lain. Cuma aku dan Affan yang mendiamkan diri. Budak-budak nerd kelas kami terus balik ke kelas lepas tau tak boleh main. Study la tu.
Aku memandang pula ke arah blok lama sekolah. Blok tu dah tak digunakan lagi. Walaupun tu blok A. Ada yang cakap blok tu berhantu. Aku malas nak amik tau walaupun aku macam nampak ada orang tengah melambai aku dari tingkat tiga blok tu.
Ada yang cakap, dulu blok ni menempatkan pelajar tingkatan 4&5 tingkat satu pulak asalnya bilik audio, bilik persalinan dan bilik sakit. Tapi aku dengar cerita jugak dulu ada pelajar tingkatan 5 ni, diorang ada kem. Kem apa aku tak pasti. Malam kem tu, sepatutnya pelajar laki tidur di dewan. Tapi ada geng budak nakal ni pergi naik kelas diorang kat blok A lepastu main SOTC. Dah gatal pergi panggil benda tu sangat kan lepastu bila benda tu muncul tau pulak nak lari. Tapi aku tak tau apa jadi kat diorang. Sebab sampai sekarang ketiga-tiga pelajar tu tak ditemui sampai sekarang.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Sebab manusia tiga orang tu habis satu blok kena tutup sebab banyak sangat gangguan yang terjadi lepas pelajar tu tak ditemui. Mesti sekolah terpaksa menanggung kerugian yang besar sebab nak buat blok baru kan. Nasib baik aku duduk blok D. Jauh sikit dari blok A. Heheh.
Aku berpaling kebelakang. Kelibat Affan sudah tiada. Mana pulak malaun ni pergi. Dah la aku biasa kawan dengan dia je haish. Aku bangun dan mengibas-ngibas rumput-rumput di kaki seluarku. Sambil itu mataku yang lawa ni meliar-liar mencari kelibat Affan. Dengan tak sengaja aku terpandang pintu tangga blok A yang terbuka. Kelibat seorang lelaki yang bagaikan mahu menaiki tangga itu mencurigakan aku. Eh? Tu bukan Affan ke? Aku berlari kearahnya. Tidak berniat mahu menuju ke blok A. Baru sahaja di pertengahan jalan terasa seperti ada yang menahan tanganku supaya jangan pergi ke arah Affan. Aku ternampak kelibat Affan naik ke atas. Apa dia buat kat blok berhantu ni?.
Aku melihat ke arah gerangan yang memegang pergelangan tanganku. Affan. Eh?! Bukanke tadi..
"Kau buat apa nak pergi blok tu? Bahaya tho!" Affan melarangku dalam keadaan yang tercungap-cungap. Mungkin kerana penat mengejarku tadi. Aku memandangnya dengan muka yang keliru. Kalau ni Affan, tadi tu siapa?
Maafla pendek.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomantizmPerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...