Nina's POV
Aku terasa pening. Aduh.. rasa apa ni? Pening, mual, sakit kepala. Perlahan-lahan, aku membuka mata. Walaupun soalan ni agak cliche, aku still nak tanya. Aku kat mana?
Perlahan-lahan, aku mengangkat tanganku. Ketar. Ada jarum yang dicucuk di tangan kananku. Selimut putih.. baju hijau... hospital? Aku kat hospital?
Usai pening di kepala kian pudar. Aku menanggalkan penutup mulut yang tak henti-henti menghembuskan udara secara automatik dari tadi. Apa ni? Jam putih kecil di dinding menunjukkan pukul 5:30 minit pagi. Ah, patutlah gelap.
Aku melihat ke sekeliling. Nampaknya ni bilik VIP. Sebab aku sorang je dalam bilik ni?. Aku memejam mata. Cuba mengingat apa yang terjadi sebelum ni. Namun, aku gagal.
Amnesia? Tak. Sebab aku kenal figura manusia yang tengah berbaring kat sofa berhampiran aku.
Affan.
Sejujurnya.. aku rindu dia. Tapi.. ego aku yang menghalang. Aku tak boleh sesenangnya memaafkan dia. Bukan semudah tu untuk menelan segala amuhan dia padaku 8 bulan lalu.
'Koff! Koff!' (tak reti nak buat bunyi orang batuk macam mana lmao) ugh... tekakku terasa kering. Nak panggil nurse ke.. nak panggil Affan?
Aku memaling sedikit kebelakang butang merah kelihatan bersilau akibat cahaya lampu dari luar tingkap. Baru saja aku menghalakan jari ke arah butang tersebut...
"Ugh... Nina..?" Kedengaran suara serak-serak basah menyapa aku. Auch menggoda la you. Eh eh. Aku menarik tangan dari menekan butang merah itu walaupun nafsuku melonjak untuk menekannya. Aku menguntum senyuman kecil. Rindunya aku kat kau Affan.
Affan berdiri dan menghampiriku dengan pandangan yang... erm mungkin dia pelik yang aku bangun waktu-waktu macam ni kot?
Aku meneliti tubuh badan Affan dari atas ke bawah. Agak susut. Tapi makin tinggi. Mukanya nampak barai. Dan rambutnya agak tak terurus. Sebab dia tidur kot?
Aku meneliti mukanya. Nampak matang. Cepatnya dia berubah. Padahal baru 8 bulan dia tinggalkan aku. Sedang asyik aku menilik wajahnya, aku terperasankan matanya yang sembam. Eyebag betul-betul ketara di kedua belah matanya.
"Akhirnya.. after 3 months... you finally wake up Husnina" ujarnya sambil memandangku tidak percaya. Aku mengerut dahi. Apa yang tiga bulan?
Aku memegang kepalaku. Ah sakit! Kenapa tiba-tiba ni! "Affan.. pa.. nggil-- argh sakit!!"
Sayup-sayup kedengaran nama doktor dipanggil Affan. Keadaan kembali gelap.
Affan's POV
Nina pengsan di pangkuanku. Mulutku tidak henti-henti dari memanggil doktor dan nurse. Apahal lambat sangat ni?!
Kemudian, kedengaran suara derapan kasut berlari-lari ke bilik kami. Macam cerita-cerita cliche yang lain, salah seorang daripada nurse di situ mengarahkan aku untuk keluar seketika sementara doktor memeriksa keadaan Nina. Aku hanya mengangguk. Perlahan-lahan, kepala Nina yang dipangku di riba aku baringkan semula di atas bantal. Lalu, aku mempamit diri.
Aku lalu mengambil tempat di ruangan menunggu. Kedua tanganku meraup muka. Alhamdulillah, perkataan suci yang tak henti-henti meniti di bibirku.
Ya Allah, terima kasih. Terima kasih kerana sanggup memberi peluang untuk aku menebus semula segala kesilapanku padanya. Akan aku manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya. Itu janji aku.
Tak ada yang mampu menghuraikan rasa kasihku pada Nina.
Ya, orang kata, cinta zaman remaja ni cinta monyet. Cinta yang dipandang remeh. Tapi, kenapa aku kena peduli dengan apa yang orang katakan, ni diri aku, kisah hidup aku. Aku yang tentukan. Kalau asyik hidup bergantung dengan apa yang orang cakap... apa gunanya kau hidup? Kalau sekadar nak mendengar dan mempercayai apa yang orang cakap tanpa usul periksa? Aneh. Dunia ni aneh. Aneh dengan sifat manusia yang berbagai.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...