Jangan tanya kenapa kalau bab bab seterusnya background still gambar Haqiem. Aye cakap sekali je
Kerana dia telah menambat hatiku~ <3
Okbai.
Harraz's POV
Aku melangkah masuk kedalam lif diikuti Nina. Nina yang macam tak pernah masuk lif transparent ni nampak sangat teruja melihat jalan raya yang dipenuhi kenderaan dibawah sana. Allahu, comelnya.
Aku mengawal tangan yang makin gatal nak cubit pipi dia yang comel itu. Lagi lagi bila dia kembungkan pipi. Like, seriously?. Kenapa harus terlalu comel?
Tiba-tiba lif terhenti di tingkat dua dan dua jejaka masuk kedalam lif tanpa menekan nombor yang hendak dituju. Hm, floor sama kot. Saat salah seorang jejaka itu memusingkan badannya untuk bersandar di dinding lif. Aku terpaku melihat wajahnya. Wajah yang aku dah lama tak jumpa. Macam mana dia boleh ada kat sini?! Bukan dah pergi London ke?!
"Affan.." hanya itu yang mampu aku ungkap. Nina yang asalnya membelakangi pintu lif melihat wajahku. Riaknya jelas cuak. Lalu dia memandang Affan yang juga terkejut melihat kami di situ.
Affan mengangkat perlahan jari telunjuknya separas dadaku. "Harraz.." ujarnya perlahan. Lantas dia memalingkan muka ke arah Nina. Ah sudah! Macam mana kalau dia minta maaf dengan Nina lepastu diorang getback? Habistu aku? Oh please, putik cinta kami baru nak tumbuh!
Nina's POV
Setelah menuding jari kearah Harraz, dia memalingkan wajah kearahku. Matanya makin terbeliak melihat aku di sini. Haish! Macam mana boleh menyemak kat sini?! Bukan dah berambus ke?! Aku mengerutkan kening dan mengenggam kedua belah tanganku. Dendam yang tersimpan kian mekar di hati.
Ting! Pintu lif terbuka. Waktu tu baru aku perasan ada seorang lagi kat belakang dia. Em, abang dia maybe. Seriously? Muka dia macam Airil Zafriel. Ugh, sorry abang Airil. Nina tak dapat nak selfie ngan abang Airil walaupun abang Airil artist pujaan Nina. Mungkin lain kali.
Aku mendengus kuat lalu menarik tangan Harraz keluar dari perut lif. Kenapa dalam banyak-banyak orang dekat Aman Central ni, dengan dia jugak aku nak kena naik satu lif?! Kalau dengan Airil Zafriel sorang je tak boleh ke!
"Nina! Kejap!" Affan menarik lembut tanganku. Aku menepis kasar. Sekarang ni apa yang kau cakap dah terbukti weh! 'Aku takkan jilat balik ludah aku' konon! Sekarang ni? Apa!
"What?" Soalku bengis. Mataku langsung tidak memandangnya. Harraz memandang sayu dari jauh. Tolonglah Harraz, aku dah minat dengan kau ni!
"Nina, I'm back. Don't you miss me sweetie?" Soalnya lembut. Kepalanya ditundukkan. Cuba memandang aku. Aku menolak dadanya kasar. "Back off bi**h!". Kakiku mahu melangkah pergi namun badanku dipeluk dari belakang. **al! Dia ingat aku perempuan murah ke! "I miss you a lot. Please!!" Jeritnya lantang. Aku menjerit memanggil Harraz yang sedang tunduk menatap lantai. "Harraz!". Harraz mengangkat wajahnya dan sungguh terkejut melihat aku yang sedang cuba bergelut meleraikan pelukan Affan. Airil Zafriel cuba menariknya. "Affan, its too much" ujar artis pujaanku itu hoho. Seriously muka dia mirip sangat ngan Airil Zafriel.
Belum sempat Harraz berlari kearahku, satu tumbukan tepat mengenai wajah Affan. Pelukan terlerai dan Affan rebah di lantai sambil mengaduh sakit. Aku memalingkan wajah pada si pemukul.
Aqram.
"Its freaking much Affan! Never tought you to be like this huh, eh tu lagu" sempat Aqram berseloroh sambil menggaru kepalanya. Harraz sudah berada di sisi aku. Dia mengenggam pergelangan tangaku yang dilapik baju, erat.
Aku facepalm mendengar ayat Aqram. Sempat lagi buat lawak aduh. Affan bangun dari pembaringan. Mata-mata sekitar mula memandang kami, dalam erti kata lain, memberikan perhatian mereka 100% pada kami.
"Nina.." Affan mengabaikan Aqram lalu dengan teresak-esak dia berjalan padaku. Macam budak kecik nangis bila jatuh lepastu jalan pergi kat mak dia.
Aku menapak selangkah demi selangkah ke belakang. Peristiwa hitam kembali terlayar di ruang fikiran.
"Menyesal aku kenal kau!"
"Iloveyou"
"--my bad past, Husnina Izzati Ibrahim"
"Cemburu?"
"Saya sanggup tinggalkan semuanya demi awak"
"Jangan contact aku lagi"
"--perempuan murahan yang tagihkan kekayaan!"
"--sayang?"
"Don't you miss me?"
Aku memegang erat kepalaku. Sakit! Berdenyut denyut! Aku tak tahan! Aku berlari kearah yang aku sendiri tak pasti. Apa yang aku sedar, kakiku memijak eskalator lalu,
Jatuh.
Dan segalanya gelap apabila aku sampai di tingkat bawah dalam keadaan yang bergolek-golek.
Aqram's POV
"NINAAAAA!!!!" aku meraung nama Nina. Dia jatuh depan aku. Depan mata aku. Hatiku dah memaki hamun diri sendiri. Tangan ni... gagal menyelamatkannya. Aku gagal.
Para pembeli-belah sudah mula mengerumuni jasad Nina yang aku percaya masih bernyawa. Sepantas kilat, aku, Affan, Harraz bersama seorang lelaki yang aku rasa itu abang kepada Affan berlari turun ke bawah.
Aku pantas mencelah dari setiap manusia yang berkumpul. Pantas, aku memangku kepala Nina yang sudah dipenuhi darah. Air mataku mulai menitis. Bukan ini yang aku nak, bukan ini yang aku harapkan. Aku ingat, dengan kehadiran Affan. Segalanya akan berubah. Tapi..
Aku silap.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...