1: "Dah puas tilik muka saya?"

474 21 3
                                    

"Husnina Izzati binti Ibrahim, tahniah! Awak diluluskan permohonan untuk duit bantuan biasiswa" Husnina yang sedang menutup mata mengharap namanya diumumkan membuka matanya luas. Alhamdulillah! Kurang juga sedikit beban keluarganya untuk menampung perbelanjaan sekolahnya sehari-hari. Bola matanya yang luas jelas tampak bersinar-sinar. Ada yang menepuk tangan ada yang ketawa melihat telatahnya dan ada juga yang masih mengharap nama mereka dipanggil. Nina naik ke atas pentas. Buku akaun Bank Simpanan Nasional bertukar tangan. Nina mempamerkan senyuman indah tanda gembira. Senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa jua!

Usai nama-nama lain dipanggil, majlis pun bersurai. Ada yang mengalirkan air mata kerana sedih tidak dipilih. Nina faham akan kesedihan yang ditanggung. Sudahlah keluarga susah, niat di hati mahu membantu keluarga namun hajat tak kesampaian pula. Nina melangkah ke kelas 5 Ibnu Yasmin. Kelas kedua daripada enam kelas yang berada di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary ini.

Langkah laju diambil. Nak kena cepat masuk ke kelas!. Tak pasal-pasal nanti cikgu Halim, guru matapelajaran Geografinya meradang dan mendendanya tanpa soal siasat pula. Cikgu Halim memang begitu, ada kala baiknya datang, bisinglah macam mana pun tidak dihiraukannya. Tapi di kala baran singa lautnya datang, cicak pun tak berani berdecit agaknya!.

'Bukk!' Aduh! Bala apa pula?! Buku-buku bertaburan. Kelihatan rekod kedatangan kelas 5 Ibnu Khaldun, Alamak! Aku terlanggar cikgu ke?! "Maafkan saya cik.." Nina mendongak. Ternyata bukan guru, tapi seorang pelajar lelaki. Mata Nina membulat. Lelaki itu tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri. Gigi hadapannya jarang sedikit tapi tetap indah mata memandang. 'Ya Allah, ciptaanMu ke ni?!' Jujur dilihat dari paras rupa, lelaki itu segak memakai uniform sekolah biasa namun berlengan panjang. Nametag nya tertera nama 'Affan' wow, nama seindah rupa hehe. Hidungya yang dibentuk cantik menarik perhatian, bibirnya yang merah tanpa kehitaman yang sering dilihat pada pelajar lain menandakan dia anti rokok. Matanya yang bulat kecoklatan menarik hati sesiapa jua yang memandang. Kulitnya yang putih berseri tanpa sedikit jerawat mahupun parut sedikit kemerahan akibat musim kemarau berlarutan yang melanda Malaysia sejak kebelakangan ini.

"Dah puas tilik muka saya?" Affan tergelak kecil. Sedari tadi mata gadis yang tidak dikenali itu membulat menatap wajahnya. Agak-agaklah kalau jatuh cinta pun cover lah sikit . Nina menunduk malu. Mukanya yang putih gebu sedikit kemerahan. Eh, bukan sebab kemarau tapi sebab malu. Sebaik sahaja tunduk ke bawah, Nina melihat buku modul latihan Matematik Tambahan yang berterabur di sana-sini buku akaun bank BSNnya turut jatuh mencium lantai.

Nina pantas menunduk mengambil buku-buku itu dan menyusunnya semula. Melihatkan sebuah dua buku-buku yang kotor terkena lantai simen membuatkan rasa bersalahnya kian memuncak. Affan yang sedari tadi tersenyum melihat reaksi Nina yang malu-malu membangkitkannya ke alam nyata. Dia turut menundukkan diri menyusun modul-modul Matematik Tambahan itu. Usai menyusun lama, Nina dan Affan meluruskan badan mereka semula. Mata bertentang mata. Nina melarikan pandangan. Malu nak tatap lama-lama! Yang kau tatap muka dia kemain lama tadi takpe plak hahaha. Shh.

Melihat Nina melarikan anak matanya memecah deraikan lamunan Affan untuk kali keduanya. Haish, kenapalah gadis ini sering melayang-layangkan fikirannya jauh dari jasadnya?. Tak tahulah. Mungkin .. Ah mengarut!

"I gotta go, sorry and bye" Nina pantas meninggalkan Affan yang terpinga-pinga. Tak betah dia lama-lama di situ. Hati jadi tak tentu arah macam terlanggar pengetua pula debarannya!.

Usai debaran di hati hilang. Nina berjalan seperti biasa menuju ke kelas. Jam Swatch di tangan kanan dikerling sekilas. Pukul 9:45 minit pagi. Kelas cikgu Halim pun dah tamat jadi tak perlu lah tergesa-gesa sangat.

Nina menyanyi-nyanyi kecil. Sekarang waktu Pendidikan Jasmani semua pelajar perlu turun ke padang seperti biasa. Terasa menyesal pula naik ke atas. Dah la kelas tingkat tiga haih. Alang-alang dah ada di atas singgah tandas kejap lah. Tudung dah senget agaknya sebab terlanggar mamat mana entah tadi. Hm seronok juga jalan melenggang. Pergi bilik Citra Wawasan tadi pun jalan melenggang balik pun jalan melenggang. Mendengarkan perkataan 'melenggang' pergerakan Nina terhenti secara tiba-tiba. Matanya yang bulan terbeliak sedikit. Mulutnya ternganga. Dia panik. Poket seluar slack nya diselup kiri kanan depan dan belakang.

Tiada. Nina semakin panik matanya kuyu. Mahu menangis. Buku bank dan dompetnya hilang. Seingatnya dia memegang kedua-dua barangnya tadi sampailah..

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now