13: "Pelanduk Dua Serupa Kot"

88 14 0
                                    

Aku bangun. Tupperware indigo yang berisi dua potong sandwich ayam itu aku hulurkan padanya. Dia mengambil salah satu dari sandwich tu sambil buat muka wink tak jadi. Aku menghela nafas kuat. Dua-dua noob.

"Saya bukan nak serve sandwich ni kat awak. Saya nak tanya, awak ke yang amik saya punya bekas tupperware ni, sebab bekas ni sama dengan favorite tupperware saya yang hilang bulan lepas." Aku menerangkan dengan panjang lebar. Susah cakap dengan orang slow learner macam diorang ni. Atau dalam erti kata lain,

Sindrom.

Affan menggaru lehernya yang aku tak pasti gatal ke tak. Dia tersenyum sumbing. Aku membalas senyumannya tawar. Masih mahukan penjelasan.

Omg tangan author tengah kebas.

Takpa kita teruskan.

"That is my tupperware, I bought it on my own. Saya tak curi bekas makanan sesiapa. Pelanduk dua serupa kot".

Agak-agak lah awak nak cakap bekas makanan saya ni pelanduk.

Ya aku tau tu perumpamaan.

Melawak je.

Gelakla haha.

Ok author da gila.

Aku tak memberi reaksi. Okay. Sekurang-kurangnya aku dapat terima hakikat yang bekas makanan peberet aku da pergi meninggalkan aku |T-T|. Aku melabuhkan punggung di sebelah Aqram. Memberi ruang kalau Affan nak duduk. Ye lah tikar ni kecik je. Affan duduk berdekatan dengan aku. Keadaan sunyi seketika. Aku memecahkan kesunyian.

"Itulah Aqram tak cakap pun yang dia bawak kawan" Affan tersenyum memandang aku. Dia ni kalau tak senyum masa tengok aku memang tak sah. Memang jenis pemurah dengan senyuman. Hm bagus-bagus. Takde la muka ketat macam Kang Gary kan. Eh, maafkan saya peminat RM.

Aqram mengibas-ngibas sisa-sisa serbuk roti tadi. Bajunya dibuka. Hanya tinggal seluar bawah lututnya sahaja. Dengan perlahan-lahan dia turun ke bawah. Berendam lah tu.

Baru saja aku ingin mengikut jejak Aqram, ada satu tangan yang menahanku. Aku menoleh. Alaaa nak mandiii. Aku duduk semula. Aku menatap wajah Affan. Yang, boleh tahan handsome.

Affan's POV

Nina menatap wajahku bagai meminta penjelasan kenapa dia tak boleh nak mandi lagi. Aku ketawa kecil. Dia ni kalau tak bagi reaksi yang comel memang tak complete hidup dia agaknya.

"Nak mandi eh?". Nina mengangguk laju. Hahahah macam dah tak sabar betul. Sekejap lah sayang. Hm okay kembali pada serious mood. Aku betul-betul nak cakap dekat dia yang aku sayang dia.

Tangannya aku genggam dan aku usap perlahan. Dia seakan-akan terkejut. Dia cuba menarik tangannya namun aku mengemaskan genggaman aku dengan pantas.

"Nina"

"Ya"

"Erm, sihat?"

"Soalan apa tu?"

Aishhhh. Bodohnya akuu. Lain nak cakap lain yang keluar aduhaii.

Nina kelihatan tergelak kecil lantas terus bangun dan menuju ke air terjun. Aku mengikut langkahnya.

Nina kelihatan begitu gembira bermain air terjun yang setia menerjun nerjun. Bahasa apakah. Ah abaikan. Ni cerita aye sukahatila nak letak bahasa tamil pun.

Okay back to the story.

Aku melangkah perlahan lahan ke arah terjunan air yang deras. Aku merentasi terjunan air disitu dan berlindung di bawah batu batu. Sambil itu aku memerhati Nina yang sedang memercik air pada Aqram. Dan mereka ketawa bersama-sama. Aku tumpang gembira melihat Nina gembira. Jealous? Tak sejak...

*Flashback*

"Kau siapa?" Aku bertanya pada Aqram. Dengan malas, dia menjawab. "Aku Aqram lah. Kau ni kalau ya pun dapat bekal dari Oin takkan sampai hilang ingatan sampai lupa aku siapa!" Aku menjeling Aqram. Haish apahal la yang bengap sangat. "Maksud aku, kau tu siapa dengan Nina. Paham idok" Aqram mengangguk laju. "Ohh, Nina ke. Lain kali cakap lah awal-awal. Haha maafla aku ni memang blur blur alam skit sebab masa kecik dulu aku pernah hampir kena panah petir. Sejak tu otak aku ni macam ada wayar yang shot sikit sebab ye lah kan pelajar selalunya stress dengan..." ha lepastu dia sambung pok pek dia. Haish, apalah masalah mamat ni Ya Allah.

"Oi! Aku tanya pasal kau dengan Nina yang kau menyimpang pasal langkah-langkah nak study malam sebelum periksa ni apa citer!". Aku memegang kedua-dua bahunya dan menggoncangnya geram. Ha bayangkan lah. Aku tanya pasal hubungan dia dengan Nina yang dia pergi melencong pasal kena panah petir la stress study la ape la. Cepuk kang baru tau.

Aqram mengangguk pantas tanda cuak. "Ha okay okay, aku dengan Nina tu sebenarnyaaaaaaa ehem! Ehem! Drum please!"

Dan para pelajar lelaki mengetuk meja mereka ala-ala drum menambahkan nervous di hatiku.

Dudududududududud pam!

"Cousin aku!"

Sesaat kemudian aku menhembus nafas lega yang teramat lega.

Hinggalah Aqram menceritakan semuanya apabila tumpuan pelajar lelaki sudah hilang pada kami.

"Dia cousin aku, sepupu semuhrim, tak boleh kahwin. Sebab tu mak su kitorang tak kisah sangat bila dia tinggal kitorang berdua kat rumah. Alah lagipun Nina bukan taste aku and aku pun bukan taste Nina. So takkan ada lah perkara yang tak diingini berlaku. Alah lagipun aku dah anggap si Nina tu macam adik kandung aku sendiri dah. Kitorang memang rapat sejak kecil." penjelasan Aqram yang panjang lebar lebih melegakan aku. So sekarang aku dah tak syak sapa-sapa akan ambil Nina dari aku. Yeay!.

*End Flashback*

Aku keluar daripada sebalik pancuran air terjun itu. Aku ikut serta bermain bersama mereka. Nina pada mulanya malu malu anak kucing nak main percik-percik air dengan aku tapi bila dah terbiasa dia pulak yang asyik memercik atau lebih sedap orang kata mencurah air kat aku.

Lepas je main aku ajak Nina ke tempat yang lebih dalam sementara Aqram naik ke atas sebentar sebab nak amik tuala nak lap kepala dan muka. Tapi aku tengok muka Nina macam cuak-cuak. Aik? Takkan la tak tau berenang kan? Ye la sebab haritu aku spot check buku kokurikulum dia kat pejabat, kelab dia kelab renang. Kelab renang dah la aktif gila setiap dua minggu mesti ada aktiviti renang kat luar sekolah. Lagipun tempat yang kitorang main tadi pun takdelah cetek mana. Kalau nak bergerak pun kena berenang sikit.

Aku bertanya lembut. "Nina pandai berenang kan?" Nina pantas mengangguk. Dah lepastu? Orang kalau pandai berenang ni pergi la dalam mana pun. Dia peduli apa. Lagi-lagi yang pro. Ye la setiausaha kelab renang kan. Selalunya cikgu Bazlin takkan ambil orang sembarangan untuk memegang jawatan kelab renang walaupun AJK. Tak macam kelab lain. Ambil jawatan ikut tingkatan je kan. Dekat kelab renang tak ikut tingkatan, diorang ikut kepakaran. Kiranya Nina ni hebat renang la sebab tu dapat jawatan tinggi sikit dari AJK dan bendahari kan.

Aqram menepuk belakang aku. "Dia memang tahu berenang, tapi dia fobia sikit kat tempat dalam-dalam ni, lagi-lagi kat air terjun. Dia kalau nak mandi kat tempat dalam, dia kena tempat tu memang dah dalam dari tebing. Bukannya ada yang cetek ada yang dalam. Kalau kau nak tahu sebab apa dia trauma/fobia nanti aku cerita kat kau. Nanti-nanti la eh". Aqram separuh berbisik. Khuatir jika Nina terdengar. Aku mengangguk pantas menarik Nina ke tempat yang lebih cetek. Aqram memberiku tuala berwarna indigo. Semestinya bukan tuala aku sebab tuala aku indigo muda. Ini indigo tua. Haish rasa terharu pulak sebab ada cita rasa yang sama. Hiks.

Aku memberi pada Nina. Dia mengelap-ngelap mukanya yang basah serta tudungnya yang lencun. Nasib baik walaupun dia tak tau aku nak datang sini tapi dia tetap pakai tudung. Hm bagus.

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now